nUFFNANG

Monday, December 31, 2007

Azam...

Selamat Menyambut Tahun BAru 2008...







Azam tahun ini?...
  1. Memiliki kereta sendiri
  2. Memiliki tubuh badan yang sihat
  3. Mempunyai keluarga yang bahagia
  4. Mempunyai sahabat yang menghargai dan mengerti erti persahabatan
  5. Dan azam dari semasa ke semasa...hehe

Aminnnn...

Mengimbau Kenangan 2007

Imbasan 2007...Menanti Detik 12.00 Tgh MAlam



Tahun ni merupakan tahun yang amat bermakna jugak la bagi aku. Tapi tak semua perkara yang berlaku hanya suka, tp byk duka dan lara menimpa jiwa...ahaks!... Tp yang duka tu, aku buat pengajaran dan pengalaman bagi aku. Seiring dengan itu, senarai keazaaman aku juga semakin panjang lebar, apabila byk kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

My new furnitures...
Menang hadiah pertama MAskulin
"Anak sapa la nie..?" Ahaks

Raya bersama kluarga tersayang...kecik je famili aku..mak (63 thn) abah (65 thn) Kenangan ngan geng koir aku masa show kitorang di Zon Regency, JB
Time ni aku dah naik pangkat, jadi konduktor koir...bestnyer!!
Semasa temasya sukan di Melaka...Gempak siot...ada maskot lagi tu!!
Dapat beberapa kumtum bunga selepas buat
persembahan menyanyi di MITC, Melaka
Itu sebahagian dari kenangan 2007 yang masih ada dalam simpanan aku. Banyak lagi ada kat kampung aku, Alor Setar sana...Nanti ceq balik kampung, ceq nak korek kenangan lama ceq...nak abadikan di cini plak...***Wachaaa***

Sunday, December 30, 2007

Fahami Bait-bait Puisi...Biar Betul!!!

Assalamualaikum...salam minggu buat kome semua... Entah apa nak buat pagi ni, umah dah kemas dan baju pun esok baru nak cuci. So pagi ni cuma baca blog kawan-kawan ajer...

Tadi aku ada tgk Melodi kat TV3. Tertarik dengan lagu Suhaimi Mior HAssan, Suatu Hari NAnti, lagu baru beliau. Tetiba menjadi bualan dan kontroversi sehingga ke peringkat Menteri. KEsian kat beliau. Apa jadinyer?...
Lagu:Suatu Hari Nanti (Suhaimi Meor Hassan)
Ini gara-gara ada orang yang letak lagu dan photo kepincangan yang berlaku dalam demokrasi negara. Lirik dan photo yang digambarkan sama sekali tidak seperti yang dimaksudkan oleh komposer tersebut (video tu tak dapat aku downloadkan sebab dah kene kick out). Video klip tersebut difahamkan, mampu mengubah persepsi masyarakat dunia mengenai Malaysia, tanah air kita. Video itu tidak menunjukkan kebaikan kepada kita semua (hampeh orang yang buat ni!!)
Nampak sangat orang yg buat video klip tu, tak faham lirik lagu puisi tu tapi apa niat "orang tu"?. Adakah ingin menjatuhkan nama baik Suhaimi atau negara kita. So, moral of the story, jgn la terpengaruh sangat dengan dakyah murahan ni. Buang karen jer. Cukuplah pemimpin kita yang memikirkannya. Insyaallah, kita umat Islam akan hidup makmur kat dunia sejahtera. Sebagai renungan, video klip ni boleh menginsafkan kita...ok..MAcheh...






NowSeeHeart: Damai Yang Hilang

Saturday, December 29, 2007

Kemuncak MAlam Sehati Berdansa

Tahnniahhhh!!!!!!!!
Debaran Sehati Berdansa telah pun berakhir sebentar tadi yang dilansungkan dari PICC di Astro Ria, CH104. Mmg masa yang aku nantikan. Fuh... Puas!!!
Akhirnya, Rashidi dan Vanida telah menjadi juara Sehati Berdansa 2007....
(tak sia-sia mengundi dan beramal)

Juara menerima Sebuah kereta Mini Coupe BMW 1.4, Percutian Berbulan Madu ke Paris, Sumbangan Wang Tunai Kepada Persatuan Kanser Malaysia RM15,000 dan trofi
Kareografer: Percutian ke Paris, Tunai RM8,000 dan Trofi Naib Juara: Sumbangan RM10,000 kepada Persatuan KINWANIS dan trofi
Kareografi: Trofi dan tunai RM5,000
Tersingkir di Minggu ke-8
Juga tersingkir di Minggu ke-8

Tersingkir di minggu ke-6
Tersingkir di minggu ke-5
Tersingkir di minggu ke-4
Tersingkir di minggu ke-3

Memang suspen ler...aku sanggup melopong depan tv...tgk diorang menari final...macam profesional siot..apapun sure enjoy..tahniah...

Friday, December 28, 2007

Sejuk Mata MEmandang...

Minggu ini, especially ari ini Jumaat terakhir sebelum kita melangkah masuk ke Tahun baru 2008. Aku amat berasa bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini, Alhamdulillah.

So tanpa melengahkan peluang dan masa yang ada, sementara menunggu azan dan masuknya waktu, aku amik la beberapa foto sekitar masjid Putrajaya yang indah dan permai ini.

Mula-mula tu segan jugak, tp bila dah mula apa aku pedulik..janji aku dapat amik foto ni. Aku terpesona dengan keindahan seni bina Islam yang ada pada bangunan ini. Cuaca pun cantik, terang, tak terlalu panas seolah-olah ia juga sudah bersedia menyambut kehadiran tahun baru.

Pandangan sisi dalam masjid di tengah dewan solat
Ruang dalam kubah besar masjid yang masih tersergam indah

Gambaran sisi dari penjuru selatan masjid

Keadaan dalam masjid selepas selesai solat Jumaat


Cuaca yang cantik, terang dan tenang telah membangkitkan suasana damai dan ketengangan di jiwa..Syukur alhamdulillah.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan mercu tanda kerajaan dan
pemerintahan demokrasi negara.

Ari ni mmg hari yang berbahagia bagi aku walaupun aku sorang je syok sendiri..hehe. Byk kenangan di tahun ni tapi sedih-sedih jer. Tak nak la aku sebutkan apa perkaranya tetapi secara tak langsung ada dalam blog aku untuk tahun ini. Aku cuma berdoa kepada Allah swt agar aku diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjalani hidup ini. Juga dengan harapan, aku akan menyayangi sesiapa yang menyayangi diri ku ini...tak rugi kita berkasih sayang sesama umat ISlam..renungkan!!

Hehe... Cerita betul nie...

Semalam punya story, aku beritakan hari ini. Manataknyer, aku bz siot...letih gak dibuatnyer.
PAsal apa??... dah tentu la pasal keje. Semalam mmg kelakar, pelik dan buat aku terpegun... begini ceritanya...
"Abg, leh tolong tak?..."
"Tolong apa?...."
"Tolong bukak pintu la abg...nak masuk ni...bank dah bukak kan?..."
"A ah..dah kul 9 dah. Tak perasan... tapi nak masuk dalam buat apa?"
"NAk masukkan duit, bayar bil dan sebagainyer.."
"Tolak ajer pintu tu... macam tak biasa!"
"Mana la saya sampai cik abg oi...(sambil mengusap perut)"
"KAlu tak bukak nak buat apa?.."
"Saya cakar abg sampai abg mau bukakkan untuk saya!"
"Amboi.... yer la yer la...(pintu dibuka)"...
"TAu takut... nasib baik aku kucing, kalu rimau dah lama aku ngap..."...

Open sesame?.....YA inson mata aji semartilam?... uik.. tak leh pun...
Wachaa kang baru tau..Dah bagi salam pun tak bukak-bukak nie...
KArang aku beranak kat depan pintu ni baru tau...
Terkejut aku. Seekor kucing betina spesis kampung Pak Belalang tercegat depan pintu BSN CAw. UPM, Serdang. Tunggu peluang nak masuk ke dalam... agaknyer cari tempat nak beranak kot...bunting tu..!!! Cute sangat. LAma dia tunggu kat situ. Ada la lebih kurang 10 minit...

Thursday, December 27, 2007

Makan ler... Lapaq Dah Oiii!!!

Its time for a dinner...mlm ni ntah apa hantu masuk dalam badan aku (Hantu Jepun kot), tetiba teringin nak makan kat Sushi King. So aku ngan Buzz ke Metro Point Kajang semata-mata untuk mengisi perut dan memenuhi hasrat hati nak makan sushi. Apa lagi, serannnngggggggg!! BAnzai..
Selesa kan?...
Sementara menunggu hidangan sampai, aku amik le pic.. Boleh plak terlupa bawak kamera,, "Apa punya turrrr"... Last-last, gunalah kamera phone jer...boleh ler yer!!
Tori Teriyaki Don: Nasi, isi ayam (4 keping jer), telur goreng... erm... 7/10...
sodap, manis dan simple...
Cha soba: Buckwheet noodle (cold), kicap cair dan wasabi (pedas siot)...7.2/10
Boleh tahan rasanya.. kenyang oooo!!! Salmon Sushi...erm..manis... 9/10 Crab Sushi... Sedap nyer.., erm nak lagi .. nak lagi..!! 9/10
Unagi Temaki: Isi belut, hirisan sayur, nasi dan digulung dengan seaweed 9/10

Sake Temaki: Isi ikan, sayur dan bijan..juga nasi...balut jugak!! 9/10 Nyam..nyam... lapaq siot... balun dulu apa yang ada... wachaaa!!
Dah abis, dah kenyang, g cuci mata sat. G kat tempat bowlling tgk ada sesapa yang terror...kalu ada nak ajak cabar... heheh. Challenge ngan aku la kalu berani... Kalu takut, tak yah mimpi ler!..hehe

Hehehe .. aku ngan Buzz pelik bila terpandang satu pintu ni.. Kata pintu rintangan api, tapi nak merintang apa?... Cuba la korang perhati pic kat bawah ni... erm...

Pintu rintangan api ni mmg tutup, tapi... Kiri kanan mana ada dinding... sekeping... tak guna pintu pun leh tembus.. macam mana cerita nie.. waduh...!!!
Open Sesame.. dah macam sesame street dah... aku ngan Buzz gelak tak ingat punya... kalu korang nak tgk this "pintu ajaib", g lah Metro Point, Kajang. Keluar masuk pun tak kemana peginyer... ke New Zealand ker, Jepun ker... .. ahaks!!!)

Wednesday, December 26, 2007

Santai Ajer...LAyannn

Hujan Hujan dan Hujan... kat Kajang ni kalu dah ujan, lama siot...tapi tak per...

This video can make u all laugh..Enjoy it!!!

(Artis: MAriah Smith KE MAlaysia dan PAsukan Bola Sepak Bimbingan MAk Ayam)

Cuaca Oh Cuaca

Mendung berarak...Aku tak leh nak balik umah lagi..Huarghhh!!
Mendung dan ujan lebat menyelubungi segenap pelusuk lagit. Tengok ler keadaannya.Sabar ajer la...(pics dari aras 3)

Sekitar Presint 2 dibasahi ujan
Palace Of Justice, cantik tetapi diselubungi mendung
Bangunan ujung sekali tu difahamkan terbinanya sebuah masjid yang akan mempunyai kemudahan monorail...yer ker?.. aku pun tak pasti.
Tunggu je la nanti yer....
Masyaallah...dasyat betul mendungnyer.
Duduk balik kat kerusi dan baca newspaper jer la dulu...
Tunggu sampai ujan seriat (reda) baru blah (kul 6.00 ptg chow)

Krew BAntuan BAnjir, Pahang

PAgi tadi aku kuar lewat dari umah. Tp alhamdulillah, sampai ofis terpacak jam kul 8 pagi. Fuhhh!Tepat pada masanya..(Punch card n id pass)
"Semekom"...diorang ni rupenyer sibuk berpacking. Untuk Apa???? Barang yang dipacking akan dibawa untuk mangsa banjir di Pahang sana seperti pakaian terpakai, aerosol dan beberapa selimut. Ini merupakan sumbangan bakti dan ehsan jabatan tmpat aku bekerja. Aku sepatutnya pergi tetapi disebabkan aku ada keje luar, terpaksa membatalkannya. Huhuuu. sedih jugak tak dapat ikut untuk berbakti.
" Good luck guys..." PACking kotak-kotak yang berisi pakaian
terpakai dan selimut untuk mangsa banjir.
2 beg pakaian penuh diisi di dalam kotak untuk
memudahkan pengagihan kepada mangsa berkenaan.

"Alahai"... Terpaksa bukak balik sbb ada kotak yang lembab dan berbau.
Risau pulak pakaian di dalamnyer berbau busuk disebabkan kelembapan.
"Ya Tuhanku...punyalah lama...Hampeh"... Waduh nak buat keje pun susah.
PC baru ni kene udpdate windows. LAmbat nyer. Tgk ler tak gerak-gerak pun.
Claim kene antar ari ni jugak...Sempat ke ni???...Waduh...