nUFFNANG

Monday, March 30, 2009

Kuching...Kerja sambil Bercuti...Part 1

Welcome to Kuching, Sarawak. ...hari Jumaat 27 Mac aku flight ke Kuching jam 10 pagi, dengan penerbangan MAS. mmg excited sebab dah lama tak ke sini. LAst aku datang ke kuching pada bulan 6 tahun 2004. kira dah 5 tahun kan....bila datang sekali lagi ke sini buat kali ke-2, mmg surprise sebab banyak yg berubah dan semakin pesat membangun. LApangan terbang Antarabangsa Kuching pun cantik jugak...cuma semakin sesak dengan pengunjung dan pelancong luar dan dalam negara. Flight?....Penuh, sesak dan padat....


Hotel Grand Margherita menjadi destinasi penginapan aku. dulunya dikenali sebahagi Hotel Holiday Inn. Hanya sedikit pengubahsuaian menjadikan hotel ini tempat yang bagus dan berbaloi...hanya RM150 untuk bilik deluxe.

Pemandangan mmg lawa. betul2 tepi sungai sarawak. ada bangunan berkubah besar di sana bukannya masjid tapi dewan undangan negeri sarawak yang baru. akan siap hujung tahun ini. lawa tu..!!!

ruang tamu hotel ni mmg selesa. tp malangnya masa nak check in tu ada masalah dengan bilik. biasa la kan...kul 2.30 ptg baru leh check in.



Sementara nak tunggu bilik siap, aku dan team g makan dulu. Pilihan aku ialah mee kolok. sapa yang tak pernah tgk malah dengar nama makanan nie, ia menjadi kebiasaan dan signature dish la di sarawak nie especially kuching.


yang uniknya ialah mee yang serupa maggi mee tu dibuat sendiri dan ianya agak kenyal dan tidak kembang jika terendam lama di dalam kuah sup. kuahnyer disediakan asing dan dimakan dengan sambal cili. jangan terkejut jika korang korang makan mee kolok tetapi cara penyediaannya berbeza sebab diorang ikut cara sesuaikan dengan cara semenanjung. so....try jer lah yer...laksa sarawak juga harus cuba..ok!! tp aku tak makan sebab tak suka laksa...hehehe


Persembahan tarian dari remaja sekolah. Tarian 'Asmaradana'..
respect kat diorang nie...mmg best!!!

Sabtu, cabutan Sijil Simpanan Premium BSN berlangsung di The Spring Shopping Mall, Kuching. Tempat membeli belah yang baru dan mmg nice tempat nie. seperti di KL jugak. tp banyak dengan butik berjenama terkenal seperti kosmetik MAC, Padini, Esprit, dan lain lagi. dan tak lupa Big Apple Donut.


Habis je event aku n team di jamu makan donut Big Apple...huh, best nie...dah mmg favo aku...so...jom bedal!! hehehe

Lepas event SSP Draw, aku dan semua team ke PAsar Satok. Mmg tak sah la kalu tak ke sini. Apa yang ada dan menarik?>....macam2 ada... sayur, ikan mmg fresh giler...dah la tu, murah plak...mmg susah nak dapat semurah harga tu...pasar ni mmg besar. luas....tak larat la nak tawaf semuanya dengan kesesakan orang yang datang ke sana. Kain, barang rumah, perhiasan diri seperti kristal, manik2, cenderamata, t-shirt, mmg banyak la...tp tujuan aku hanya nak belli ikan terubok masin.

6 ekor ikan terubok masin yang aku beli dibungkus cantik2
untuk di bawa pulang ke KL nanti. So senang la bawak...hehe!
Aku beli 6 ekor, dijual murah. ada yang RM5 sekor hinggalah yang paling besar berharga RM20 kalu tak silap aku la. aku beli ikan yang harganya RM10 seekor. huh, besar jugak. kalu kat semenanjung kira kilo tp kat sini kira ekor. huhuhu....ekor ngan badan la...bukan ekor saja...ceh!!!!

aku terkejut jugak bila dibawa ke gerai ikan nie. yang dikenali sbagai UITM ...aku ingat mmg la peniaga dari UITM cawangan sarawak...ceh!!!...rupenyer aku terpedaya... U.I.T.M bukannya Uni. Teknologi MAra sebaliknya "Usahawan Ikan Terubok Masin (UITM)"...hehehe...ketawa besar aku,...hahahahah!!!!

Ni lagi satu pelik...telur ikan terubok. apsal la mahal sangat. korang tau tak harganya?....
RM250 sekilogram...bukan RM2.50 sekilogram tau...adoila...aku tanya banyak kali harganya...mmg betul siot. Ratusan ringgit....huhuhh...tak cakap banyak...elok blah jer!...ahaks

bila dah penat, masa untuk makan...memperkenalkan Mee Kolok sarawak....hehe!!...meh makan yer!!...nanti sambung lagi..sesi shopping....!!!!

Friday, March 27, 2009

Sarawak ni merupakan salah satu negeri yang menarik untuk dilawati...tapi aku ni tak tau ler apa yg best kat sarawak....especially kuching....huhuuh...sedihkan...

tp apa nak buat, aku kenelah berehat dari berblog dari hari ini hingga ahad...sebab aku kene g Kuching pagi ni kul 10 pagi....

apapun buat korang yg mengujungi blog ni aku ucpkan Selamat berhari JUmaat dan selamat berhujung minggu esok....ok yer uols

wa chow.,....wachaaa

Thursday, March 19, 2009

Dulu punyalah comot...La Nie?......

Aku pepagi sampai je kat ofis bukak blog, ermmmm dah bersawang. dah terbiasa dah tak hapdate blog...nak kata bz, tak de la sangat dalam minggu nie sebab semua keje yg tertangguh dah di selesaikan minggu lepas lagi. tp mungkin sebab tak ada yg menarik untuk aku kongsi. so just blog-hop ajerla.
tp pagi ni aku saja la godek hp aku nie tgk foto2 yg aku ada snap. mana yg tak guna aku delete ler tp lupa plak aku pasal kucing2 kesayangan aku dan famili aku nie. Ada yg request minta aku letak foto kucing yg namanya aku letak sebagai Misty. mungkin ada yg tertanya, mana sau Misty dan di mana 'dia' tinggal kan. Aku cuma bela hamster jer...namanya Fifi...dah besaw dah...comel dan bulu nyer perang putih. Gebu macam bulu kucing.
Ni lah dulunya dua2 ekor ni di sangatlah comot. manataknya, ditemui di dalam longkang berhampiran pasar pagi tak jauh dari rumah aku. Abah aku yg jumpa. abah aku amik dua2 ekor ni dan bawak balik untuk dibersihkan. oleh kerana simpati dan sayangnya pada haiwan, abh dan mak aku decided untuk bela kucing ni. diberi makan dan kasih sayang yg cukup.
Sejarahnya dulu, famili aku especially my mum, dah tak mau bela kucing lagi. sebabnya selalu di penghujung hayat mati disebabkan di gilis kereta. maklumla depan umah je jalan kenderaan lalu lalang. dan tahun akhir bela kucing pada tahun 2007, tp mati sebab keracunan. bukan sebab diracunkan tetapi sebab kucing aku makan rumput hijau yg di sembur racun perosak. Huhuhu..tragis....sedih siot!!! sayang sangat...
Dah menjangkau setahun lebih, kucing2 ni membesar dengan baik dan sihat giler. punyalah buas orang kata, lompat sana sini, tp cerdik.aku sayang sangat dua ekor nie. tp pelik sangat, kata nama yg abh aku kasi. Yg putih hitam ni namanya 'KENGKANG'...orang Kedah punya cakap la..kalu bakunya maksud TEMPANG. heheh...aku punyalah gelak besa bila dapat tahu abh aku kasi nama macam gitu...adoila...oh abahku yg ku sayang!!!...kasi la nama best2 sikit...sesuai la dengan kejantanannya...Dhani ker, Tom Kurus ker...apa2 jer lah kan yg sesuai...***Tp mmg betul, si Kengkang ni mmg nmpak tempang sikit. mungkin sebab cedera terjatuh dari tmpat yg tinggi...munkin cacat sikit tp tak teruk pun dan tak nmpak sangat.
yg terbeliak biji mata ni bukan apa, tunggu masa nak menyerang aku. Choi sangat. Ni lah Misty. Aku suka bulu dia kalerful. Kucing kampung, tp lawa...yg ini betina. tp aku je yg panggil Misty @ Mis...tp abh aku pun dah bg nama jugak...namanya LAWA...orang kedah cakap...kalu bakunya, CANTIK la kan...ni ok la sikit dari nama kengkang...hehe..

dulu comot, kotor...bila dah bersih dan dibela dengan baik, mmg cantik. ekor masing2 panjang dan kembang bulunya. aku mmg suka tarik ekor diorang nie. hehe..dan satu yg menarik pasa si Misty aku ni, dia manja sngat dan pandai juga...
yg specialnya, dia suka lompat ke atas badan atau naik atas bahu sambil kita berdiri tau...aku mula tak perasan lagi..tp bila aku gurau dengan Misty aku, aku cuba tepuk atas peha dan bahu...terus dia lari dan naik atas badan...adoila...suka giler aku...aku pun lantas tanya mak aku...
mak aku ckap, baru2 ni jer dia acting macam tu tak tau sapa ajar. itu cuma signal untuk anjing, yg biasanya faham kan. tapi Misty leh buat...
yg si Kengkang tu plak, suka usik si Misty...gurau...terkejar sana sini...paling suka lari dalam rumah pastu memanjat kerusi, tak cukup itu, ke bilik...atas katil pun diorang naik...pastu...pastu...tido....boleh?....
banyak cantik kan....heheh

Thursday, March 12, 2009

" i Have No Idea"....Buntu nie!!!

saja aku tempek foto yg aku amik masa di Putrajaya. pemandangan POJ mmg cantik...dengan lampu dan senibinanya benar2 memukau.
sebenarnya aku tak tau apa nak buat. kepala hotak aku ni dah berjambul, biol, tolol, bengong pun ada. idea dah tak der, kepala hotak jadi kering, lesu....mata pun letih asyik pandang je pc konon nak cari idea....
apapun ada kenangan di sebalik foto ni....huhu...teringat plak....huhu...hibanya!!!

Teringin NAk Melancong!

huh, macm tak caya aku. pertama kali dalam hidup aku, jumpa kenalan dari Indonesia, dari JAkarta....hebat mereka ini...ada kerjaya dan juga peramah orangnyer.

aku ni tak la ramai kawan sangat tp rasa macam seronok la bila dapat berkongsi cerita, bertukar pendapat dan bergurau...pandai amik hati dan lemah lembut, baik tutur bahasanya...

susah betul nak jumpa orang macam nie....orang kita pun sendiri pun susah nak di bawa berbual ni kan pula orang luar, melancong ke negara kita...

walaupun baru kenal tp rasa macam dah lama kenal sudah. harap2 dapat la berjumpa lagi sama ada mereka ke Kl lagi atau aku ajer yg ke sana....tp ntah bila...hehe

teringin sebenarnya nak melancong ke indonesia especially Jakarta dan BAli. teringin sangat. so kenalah aku kerja kuat sikit, kumpul duit dan bebaskan diri untuk melancong.

nak pegi, harus pegi dan doa aku moga dimurahkan rezki dapat melancong nanti!!..TERINGINNYA!!!

Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulud Nabi dan Tertinggal Bas...pertama seumur hidup!

Sambutan Maulidur Rasul....baru je kita sambut isnin baru ni. penghayatan bukan sahaja melalui majlis besar begini, tetapi perjuangan Rasulallah saw dari dulu hingga kini patut kita hayati secara amnya...

erm....tetapi nak diceritakan sambutan peringkat kebangsaan. aku mulanya dioffer untuk join group ofis aku ke perarakan ini. mula aku menolak sebab dah tau letih sangat nak berdiri dan tunggu hingga majlis habis tetapi kata CC kat ofis aku, akan ada cuti ganti. kalu gitu, aku nak la join...

.."akak, baju melayu nak sedondon kaler apa?"
..."kaler biru tua atau hitam lengkap bersongkok dan bersampin"
..."......hitam?....errrrr..."


mmg ada baju melayu aku yg kaler itam. tp panas la...pakai ajer lah apa nak buat. so seawal pagi jam 6 aku kene ada kat ofis dah. sebab kitorang naik 1 bas jabatan. so lega la....tp apsal awal sangat?....sebabnya mmg ramai...perarakan dikatakan bermula dari masjid negara hinggalah di Dataran Merdeka. so aku pun bangun jam 5 pagi, bersiap dan gerak ke ofis...".ngantuknyer!!!"

disebabkan keadaan cuaca yg mendung dan menanti waktu hujan, aku mengambil keputusan untuk tidak membawa DSLR aku. takut kene ujan nanti sapa nak jawab..hehe. so guna jer la camera fon. senyum jer aku sebab ingatkan jauh, rupenyer dekat jer...hehe. tp aku berpeluh sebab panas dengan baju hitam nie haa...


masa aku duk berkumpul tengah padang, lepaking and sembang2...hehe biasa lah kan, bukan dengar sangat pun ucapan tp syiok sendiri, bersembang ngan mmber tak hengat dunia...hahaha...sekali tersentap bila aku terpandang saudara yg kat atas nie...uols kenal dan perasan tak siapa dia?....meh aku ingatkan...bukankah saudara itu bekas penyanyi kumpulan Shades?....aku tak ingat nama tp tocang dan mukanyer mmg aku ingat...ala yg pernah popular dengan lagu "Jangan Diucap Selamat Tinggal"...dia sebenarnya guru silat bagi Persatuan Seni Silat GAyung Malaysia...erm...segan plak aku nak tegur...amik foro sebagai bukti...nanti kata tipu plak...uwekkk!!!!

so banyak la team berarak...yg baju itam ni dari PDRM...

fuiyo..mmg lawa. oren tau!!>.hehe...tak tau group mana tp mmg agensi kerajaan la. semua sama...tp tmpat aku tak sponsor pun baju. huh, kalu sponsor, sure jimat belanjaa, baju melayu tahun ni jgn kata free, siap sedondon lagi...hehehe meriahnyer raya!!!ahaks
tu yg kalernyer purple, biru mmg lawa kan...satu suit. team aku habis caca merba kalernyer. segan nak tunjuk sebab sakit mata memandang. binau mata aku...hehehehe
bila dah brkumpul bagai, dalam 45 minit kemudian hujan dah mula turun dengan lebatnya. mula kitorang yang berada di tengah padang bertempiaran mencari tempat berteduh. ada yg bersembunyi di bawah khemah...dan ada yg berpayungkan sampin yang dibawa. aku dan rakan?....terus blah...heheh
so berjalan la aku ke masjid negara...hujan masih lagi lebat...tp mana bas?....aku berjalan kaki ke tempat di mana bas yg aku naik tadi berhenti. bila dah jalan, sampai jer bas tak de. rupenyer jalan dah dibuka dan bas boleh masuk sampai ke masjid negara.,...waduh....
so masa jalan menuju masjid, ada konvoi motosikal besar dan kapcai pun ada. namanya "Kembara Dakwah"...lebih daripada 1,000 buah motosikal mengambil bahagian...
aku tertarik moto nie...lawa siot...tuan dia ntah g mana....memerut kot.,,, ntahlah kan tp mmg menarik...gold color...hehehe...
tp nak dijadikan cerita kan tadi aku berjalan g cari bas,. sekali bas yg aku naik tadi tu dah tunggu kat masjid negara. aku pun berjalan patah balik la ke masjid negara tetapi tak sempat ...bilanya ofismate aku msj katanya "BAS TAK LEH TUNGGU<>terpaksa aku balik sendiri ke putrajaya. sebab aku parked moto aku kat sana. so aku naiklah tren star LRT ke bandar tasik selatan dan tukar tren ERL Klia Transit. dah luak duit aku RM5.30 ke putrajaya, kemudian bila dah sampai ingatkan nak naik tksi tp disebabkan aku tak de buat apa kat umah, aku pun amik keputusan untuk baik bas jer. heheh..
nilah kali ke 1 aku naik untuk tahun ini, dan 1 kali juga aku naik bas kat putrajaya sejak 5 tahun bekerja kat sini...hehehe...boleh gitu...
bes dan selesa basnyer. ada aircond dan tambangnyer cuma RM0.50 jer. murahkan....hehe...
erm, pe pun aku mmg penat giler sebab berjalan dan menunggu tren....dah la baju aku kaler itam, tebal..jadinya panas....berpeluh...so amik masa berehat dan tenangkan fikiran...hehe...kul 2.30 baru aku gerak balik setelah ujan di putrajaya dah mula reda....alhamdulillah!!

Friday, March 6, 2009

kampungku...sahabatku....

Jumaat 27 .2.09 aku amik cuti. nak balik kampung. rasanya mmg lama tak balik sejak lepas raya tahun lepas. dan sebab lain, aku nak sambut besday dengan famili aku. lama dah aku tak buat gitu dan lagipun jarang2 sangat sambut besday. biasanya aku buat bodoh jer ngan besday aku nie...takde yg nak sambuat sama aku...huhu...so sendiri2 jer lah...



so aku amik bas dari kl ke butterwrth kemudian ke alor setar. terpaksa lompat bas sebab bas ke alor star aku tak beli dan pulak habis dijual. nape ek>?....erm....tak kisahlah...
so esoknyer hari jadi aku. apa nak buat, makan2 jer lah. g jalan sana dan sini dari kedah ke perlis...hehe kakak aku la bawakkan...jalan2 katanya. thnks kak. balik dari perlis singgah tesco. tak sangka kat alor star dah ada Big epal. so aku beli la 6 biji termasuklah perasa durian. wow marveles....tp yg herannya famili aku tak pernah cuba beli dan makan donut ni tau.kata diorang sbab mahal sangat....yer la kan, setengah dozen jer dah RM11.50. huhu....kita sebagai anak, beli la kan...tak per la....bukan org lain, famili kita gak..tol tak...

ni yg paling best sekali. aku g hangout ngan mmber baik aku. huh, mmg kami ni macam isi dengan kuku. kalu kat kg, aku ngan dia ke mana jer mmg berdua...tp tempatyg mmg perlu sorang je masuk takkan la nak masuk sekali kan...hahaha...mmg akrab sangat. dah kenal dan berkawan macam adik beradik lebih 10 tahun. sejak sekolah menengah...sama2 blajar, gurau, suka dan duka bersama....tp yg oknyer aku jer...yg tak oknyer kawna aku ni ha...walaupun kuarga mampu tp dia ni tak suka kekayaan yg datang dari kuarga...tu prinsip hidup dia. jadi dia nak usaha sendiri..dari SPMV yg dia amik mula gagal tetapi amik paper Julai, dia lulus. kemudian amik diploma biasanya 3 tahun habis dah tp dia ni 5 tahun baru habis......huhuuh...gagal paper...repeat...then repeat...tp usaha sampai lulus...respek aku kat dia..
so bnyak la yg kami bualkan....dan esoknya aku balik ke kl...walaupun singkat jer cuti aku kali nie, tp bermkna. mak abah kakak dan abg aku pun hepi sebab aku balik. diorang plak asyik tanya dan sembang pasal kawin....erm...kawin....bila tu?..."biarlah rahsia"....heheeh

Wednesday, March 4, 2009

Dapat HAdiah....kecik tapi tinggi nilainyer

"Hepi Besday to me..hepi besday to me...hepi besday to meeeee..."..hehe syiok sendiri kan. tak kisah la dah besday aku. mula tu gitu la..nak sambut sorang2...maklumla dah umur gini sapa la yg nak sambut sama ngan aku. kawan pun tak ramai. kekadang jeles gak bila tgk ada kawan yg sambut besday kawan lain...ada acara makan2, surprise party...erm...seronok kan. tp apalah ertinya kalau ada kawan tp tak pandai nak menghargai. Tp tak kisah la kan....syukurla apa yang ada

menjelang petang kul 4, aku dapat surprise. hehe...tp kene turun bawah gak g amik hadiah...abg angkat aku yg nak kasi hadiah.."Dik, turun kat bawah ek, abg nak jumpa jap"..mende la abg aku. tetiba dikasinya bungkusan kertas minyak nie. Erm, mmg lekehkan. balut kertas minyak jer. dah tu siap ada bunga plastik jer. huuhh...tp itu bukan perasaan aku sebenarnya, apa yg penting bg aku, hadiah ni simbolik jer...sebagai tanda hubungan persahabatan yg kekal dan baik. sapa kata aku jahat?....hehehe....apa hadiahnyer?...rahsia.... ahaks
yang ni plak, aku dapat pagi tadi...mmg cute dan aku pun tekejut gak. dari sapa?....rupenyer dari kawan baru aku. kat ofis ni, minah yg namanya siti dan MAs. diorang ni la satu tempat belajar msa diploma dulu. dan diornag jugak rakan partner badminton, dan ofismate aku gak. diorang ni kira havoc la. sekepala dengan aku. so kira ting tong la jugak. erm, mungkin jugak aku nak heret diorang masuk dalam groupies aku...ebi Fc...so nanti ada apa2 event tak la terkial2 lagi cari mmber...jgn tambah masalah sudah...hehehe. apapun thnks so Siti and MAs. Diorang tak de kat ofis selama 1 bulan sebab kene attend induksi course kat Nilai. apapun good luck yer...

then coklat nie. favo aku. dah lama aku dapat dari sahabt aku nie. dia balik dari langkawi dan bagi banyak coklat. tp aku simpan sebab tak termakan banyakknyer. besar plak tu. hari ni baru nak makan sebabnyer, tak mende yg nak aku kunyah. sambil buat keje mmg layan kan...boleh gitu...hehehe....tak kisahla kan, janji ikhlas hati nak kasi, aku terima sbulat suara...terima kasih bebanyak yer.


salam sayang dari Awieworld