nUFFNANG

Wednesday, June 23, 2010

Aku BUkan BonekA

Buka semua jendela gelap mu...
Cuba terangi pandangan aku...
Tapi apa bisa kau beri pada ku..
Harapan yang semakin kabur...

Sudah layar semua kenangan palsu
Tak ada lagi yang tinggal pada ku
Apakah  benar-benar berlaku
atau hanya perasaan cemburu

Ku tak percaya

cho

Tak bisa ku percaya hanya kata-kata
Kau buktikan semua di depan mata
Sakitnya hati bila realitinya ku ketahui
Kau mainkan perasaan ku begini

bridge:
Aku bukan boneka...
Aku bukan boneka...
Yang bisa di biar saja...
Merendam segala duka...

Monday, June 21, 2010

dah kawin


bLOG DAH BERSAWANG...masa kononnya tak de padhala tak hengat langsung nak update blog. ahaks

apapun aku dah kawien...*tetiber kans

yer yer dan yer, hakikatnya aku dah kawin dengan seorang awek yg aku dah kenal lama. mmg lama dan sangat lama akhirnya kami diijab kabulkan...macma tak caya tp dah masuk 4 bulan.

nikah 27 Februari 2010. 1 hari sebelum birthday aku.hahaha

tarikh yg harus aku ingat,,,takkan lupa kot tarikh yg sangat istimewa.

apapun selamat pengantin baru buat aku...*suka hati aku la nak ucap sendiri..LOL

so uols diluar sana yg rasa nak kawin, prepare la apa yg patut. jgn buat dek jer. Besar tangggungjawabnyer tau...


adiosaaaaa

Thursday, April 15, 2010

Bila diri dah dibenci...

Susah nak ungkapkan dengan kata-kata.

kadang-kadang kita ni sebagai manusia, lupa nikmat Tuhan. bila kita dalam kesusahan, barulah Tuhan yang kita cari. bila kita senang, kita lupa dan alpa dengan rezeki dan peluang yg Tuhan beri.

aku cuba mengambil positif hal ini, tetapi bila da yg membenci, aku tak mampu nak bertahan lagi. pada dasarnya...mmg ya...tetapi itu bukan aku. tidak sesekali aku menanam kembali rasa itu pada insan yg juga manusia seperti aku.

Jika aku bersalah, maafkanlah aku. aku hanya insan biasa...yg hanya bergantung harap pada manusia di muka bumi yg fana ini.


Aku doakan semoga mereka yg membenci aku itu bahagia dan mendapat ketenangan jiwa.

ok... salam ceria dari awieworld

Tuesday, April 6, 2010

Aku Suke...kopi!

Aku Suka Kopi..

Suka minum kopi tak?...aku suka sangat2. masa aku bebudak lagi, kopi dengan biskut kering mmg tak leh pisah. cecah and cecah..hehe

Dari masa bebudak dulu sampai meningkat remaja, tak berubah. tp bila aku mula kene migrain, aku stop minum kopi sebab kata mereka2 yg di luar sana, kopi boleh buat migrain lagi teruk. so aku stop la kejap.

Kejap jer stop. hehe. aku bedal jugak la bila aku dah mula keje, teringin nak minum kopi blended. Starbuck, coffe bean, san francisco, antara tempat yg aku suka g menenggek layan kopi. hehe

mmg la mahal kan tp tak la selalu. bila masa teringin jer. kopi kampung pun aku layan jugak tp jarang sangat. kopi biasa aku buat sendiri dan minum kat rumah jer. kalu kat kedai mamak atau kedai makan lain aku biasa order teh o ais. yg kenal aku tau la, tak de air lain...hehe

Kopi ni dah jarang aku minum. tp kalu ada kaki kopi, mmg aku layan...tp sebab tak de kawan yg sekepala layan kopi, tak de la kanz...

dah citer pasal kopi. yg aku suka. tp main dengan demam, batuk dan sesak nafas nie, aku tak la minum kopi. tunggu sihat la yer..ahaks..

Saturday, April 3, 2010

Aku suke...Kronologi ku!

Suka Nyanyi Atas Moto...

Dah mmg lumrah. Aku ni peminat seni macam orang lain jugak.

Muzik..sesuatu yg sangat istimewa dan paling memberi makna pada aku.

Selain berpuisi, suka cipta lagu. Atas moto pun jadi..hehehe

Dan atas sebab suka nyanyi, kemana2 pun aku akan bawak mp3 player aku. kalu tak bawak tu makanya aku terlupa lah. tp bila tak bawak mp3, boleh meroyan lah!! ahaks

Pada kebiasaannya aku bila dengar lagu atau di mana jua aku berada, selalu menyanyi sendiri la. kumat kamit mulut aku, dok nyanyi dengan liriknyer sekali. LAyanz kan!

Atas moto pun jadi. Wife aku tau la, aku mmg biasa melalak atas moto. Dah biasa, dari dulu sampai sekarang. hehe.

Boleh di katakan setiap kali aku naik moto, bawak moto ke hulu dan ke hilir, aku mesti nyanyi. tak cukup dengan itu, siap nak joget2 lagi. Goyang kepala, goyang badan sekadar yg termampu la atas moto kan. kalu dalam kereta lain plak gayanya,,,hehe

Pelik tapi benar.

Mp3 mesti sumbat kat telinga aku, tiap kalu bawak moto. tp time bawak isteri, tak de la buat gitu. nanti dia cakap apapun, aku buat bodoh jer...ahaks!!

ISteri aku tau la aku ni jenis yg suka muzik. Atas moto pun jadi!

sekarang ni pun aku sambil layan lagu dari koleksi GLEE Soundtrack. BEst gilers. hehe. so aku chow dulu. jumpa lagi di lain episod. Its About Coffee..i like!!!

Tuesday, March 30, 2010

Hentak Kepala kat Dinding!!!

Hentak kepala kat dinding...



Bagus punyer title. hehe. Tp mmg betul2 terjadi. Aku ni migrain. semalam mmg sakit sangat. tak leh tahan sakit sampai terpaksa aku hentak kepala aku kat dinding. Baru lah ada rasa lega sikit.

Lega sikit jer...pastu aku sakit balik. Puas aku bertahan sampai jam 5 petang.

Dari ofis terus ke rumah...sampai rumah pun dah basah tapi belum lencun kuyup, sebabkan hujan baru mula turun.


Sampai rumah, aku sempat la bukak baju...nak keluarkan haba panas badan. Tak lama lepas tu, sakit aku datang menyerang balik...mmg sakit giler. nak nangis aku dibuatnyer. Tp sakit yg aku alami ni ubatnya air mata jer...so nangis jer la...huhu!

Yer la, dah macam2 sakit yg aku rasa. Bercampur ngan sakit kepala lagi yg amat sangat, nangis jugak la.

Last2 aku tertido, bila terjaga lepas tu masih lagi sakit. Even masa tido pun aku terasa juga sakitnya. Kali ni sakit aku paling panjang, tak pernah aku rasa macam nie punya sakit.

Dah nak sampai ajal ker?...

Agaknya la kot...

Hurm...ada ke yang peduli?..Aku sendiri pun tak peduli pasal diri aku sendiri. Kalu sakit, aku tahan then aku nangis. Nangis jer la ubat aku kanz..


Masa aku macam dah nak tamat..dah nak sampai penghujung.


Ish, buntu gak yer. Susah nak jadi manusia nie. Bukan senang....

Dah diciptakan cukup sifat, tiada cacat cela pun masih ada yang tidak sempurna...aku la tu!

Suka aku katakan yg aku ni tiada yg istimewa. Apa kata aku cuba buat orang gembira?...

Buat semua orang yg aku kenal happy?...

Biarpun hati ni macam dah nak jadi hampas, tp aku kene cuba jugak supaya tak jadi debu. Ada juga mampatnya.

Aku cuba..dan cuba dan cuba...Dalam hati ni tak siapa yg tahu.

Dah ke arah jalan yang aku sendiri dah lelah, letih dan pedih yang aku hirup..hampa yang aku rasa.


So next step....

Make people happy...ok..

Peace no war!!

Monday, March 29, 2010

Pendam...

Tahun ini banyak mengubah corak hidup aku. Begitu juga yag lain. Aku percaya, ramai teman2 di sana juga berfikiran yang sama.






Aku dah genap 28 tahun. umur yang boleh dikatakan benar2 ideal. Aku rasakan aku antara yang paling bertuah. Lahir pada tarikh 28 Februari 1982. Umur tahun ini juga mencecah 28 tahun dan berkahwin pada tahun ini juga dengan pasangan yang seusia dengan aku. Ya...tahun ini mengubah segalanya...







Persoalan yg sedang aku fikir..sekian lama dan selalu aku fikirkan. Dari dulu tak pernah selesai. Entah di mana kekurangannya...Persoalan yg tidak pernah terjawab, walaupun pernah cuba dirungkai, tetapi nampaknya masih kekal di paksinya.







Apakah kekurangan aku?..



Mengapakah terjadi kepada aku?...



Dimanakah silap aku?







Persoalan ini hanya sebahagian kecil sahaja. Terlalu banyak persoalan yg timbul dan bercampur aduk di dalam kepala otak aku. Sampaikan aku tidak tahu membezakan mana satu persoalan dan pernyataan.







Aku ni macam boneka. Kalau suka, boleh ambil. Kalau tak nak, boleh campak kat mana2 tempat yg mungkin nanti ada yg akan peduli. Lebih kurang macam tu lah agaknya keadaan dan perasaan yg aku rasa selama ni.







Dah lama..mmg lama. setiap kali parut berdarah kembali, persoalan yg sama timbul dan sering aku bertanya pada diri sendiri...keresahan, keraguan dan kadang kala aku merasakan diri aku ni yang paling malang. Tiada apa yg istimewa pada aku. Tiada apa yg boleh aku banggakan.







Paling aku sedih sangat, bila aku selalu di salah tafsir. Kenapa?...Aku ni memang tak pandai berkata-kata, sebab aku bukan yg orang yang istimewa. Hanya biasa-biasa saja.







Aku seperti dah dilabelkan...di cop..hurmmmm!!!







Siapa yang faham keadaan aku nie yer?...



Siapa yang boleh aku percaya?..







Nak menjawab soalan sendiri pun susah sebab aku pun bingung...siapa..siapa dan siapa.







Aku ni macam burung yang patah sayapnya. Tak ada ganti. Tapi ya lah, aku bukan orang yg suka mengganggu hidup orang lain. Aku cuma membantu, setakat yg aku mampu. Aku tahu hidup aku tidak sempurna, kisah hidup aku juga begitu...dan aku sendiri bukan yang sempurna.







Aku pendam..aku simpan...duka aku yg dulu. Yang pernah dengar cerita aku biasalah..masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Hurmmm..







Pada ketika ini, saat aku menaip entry ini, aku masih merahsiakan apa yg telah berlaku. Secara jujur apa yg aku rasa. Sebab aku sendiri tidak pasti sejauh mana kepercayaan aku pada mereka yg aku kenali selama ini. Baik yang lama, baru dan ada yang aku anggap macam sedara aku sendiri...







Tp aku cuba tidak rasa menyesal, aku cuba. Aku mesti terima seadanya kerana aku perlu sedar, aku bukan yang sempurna. Aku hanya mampu tumpang kegembiraan orang lain, hanya menumpang. Atau juga aku memberikan kebahagiaan aku, korbankan jiwa aku demi kebahagiaan orang lain. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi. Biarlah aku terbang tak sama tinggi, berjalan tak sama langkah, tp aku cuba walaupun aku terpaksa menjadi bukan diri aku yang sebenar.







Bila sampai masa aku harus pergi, aku pergi. Ketika itu, tak mungkin aku berpaling lagi...biarpun luka yg aku tanggung kian parah dari hari ke hari, ubat ku hanya titisan air mata.







Aku mungkin tak terdaya lagi menanggung perasaan ini..sampai ketika aku harus pergi.

Tak Ku Rasa

Aku tidak tahu dimana silapku
Meruntun hiba sendirian termangu sepi
Hilang aku dibawa resah dan pilu
entah ke mana jalan harus ku lalui

Malam ini bukanlah malam mimpi ku
Meraba dalam pekat malam
mencari sesuatu yang tak pasti
buta mata ku...kelamnya hati ku...

cahaya yang ku nanti...tak bersinar kembali
menyuluh jalan ku...aku tidak pasti

bila aku ditemani...hanya kenangan sepi
warna yang terindah tidak lagi ku lihat..ku rasai

Lirik/Lagu: Awie MSM

Wednesday, February 24, 2010

Raksa Hati

 
Raksa Hati
Pandang lah aku...
Renung lah aku...
Pada mataku...
Selami hatiku...
Jelajah jiwaku...
Dalam rasaku...

Yg dekat dengan hatiku
Pasti resah mengenangku

Yg jauh dengan hatiku
Pasti hilang meninggalkanku

Lelah dada ini melemaskan 
segenap jiwa yang tidak kesampaian
untuk terus bahagia sepertimana aku yang dulu

ini semua terpantas buatku
mengorbankan sesuatu yang aku mahukan dulu

tidak mengapa jika kau tidak mengerti
tetapi harapan ku..kau fahami
aku yang terbaik
 

Friday, February 19, 2010

Bila Pena Mula Berjoget, JAri Mula Menari


Assalamualaikum pembuka bicara. sememangnya dah lama aku tak aktif blog. kesibukan dengan aktiviti dan peribadi yang pernuh dengan suka, duka dan malah bercampur emosi membikin aku runsing, fening dan macam2 lagi la.

Aku tidak tandus dengan idea tp kemalasan yg mengatasi segalanya..hahaha...pepun insyaallah tahun ini aku akan cuba update blog aku ni setakat yg aku mampu...pada yg masih setia mengunjungi blog aku ini, amat lah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

Anyway sejak Oktober 2009, ketika aku stop kejap dari dunia blog, banyak perkara dah berlaku. yg baik, yg buruk, sedih dan gumbira...bercampur aduk. lumrah kehidupan manusia biasa yang tidak sesempurna yang MAHA ESA. aku akui, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tuhan yang tentukan..kita hanya merancang sahaja..namun kehidupan mesti diteruskan. kita perlu harungi nya..sepertimana aku kini.

kini, aku pastikan jari jemari ku menari lincah, pena ku berjoget rancak aktif kembali berblog...sekian lama aku tinggalkan..ok...tq