nUFFNANG

Thursday, January 31, 2008

MEet The Spartans Tonite

Sudah dengan kerja yg menimbun di ofis, aku cadang nak tgk wayang. Sorang kawan aku, LUvis, yg tepon siang tadi beria nak follow aku ngan Budlee. Tak de hal punyer. MMg di alu2kan. Dah nama kawan, ajak ler...
Filem yg nak ditonton, Meet The Spartans. Filem komedi yang seumpama file Scary Movie. Erm, entah macam mana jalan ceritanya, kene tungggguuu ler!! Ahaks!
"Kita makan dulu"...Kitorang terasa nak bedal burger kat Carl's Junior, lepas dari collect tiket. So, bila dah terasa, bedal jer ler.. hehe. " Nah, amik ko.."...Punya la besar, Budlee punyer selera.
Fries...sedap dari McD dan KFC.
Ni selera aku. "SUper Star namanya"...Nyam nyam
Ehem, ehem, dah jadi tabiat aku. Lepas makan, aku lap meja dengan tisu. Entah la, mmg dah biasa agaknyer.
Dah kenyang, jam pun dah kul 9.15 p.m. kitorang gerak ler ke hall 12. Nak nonton nie.
Starting jer dah kelakar. Mmg best. Carmen Electra, memegang watak yg juga kelakar. Ahaks!
Movie ni berlatar belakangkan filem '300'... Selang antaranya, ada interuption dari American Idol la, scene dari movie Tranformers..so kalu yg tak suka filem yg ala2 Scary Movie, maybe cerita ni mmg tak sesuai nengok, sure kene kutuk.
Hehehe..yg ni mmg kelakar. Tendang je keje heronye nie...hehe
TErpacak jam 11 mlm, mata masing2 da ngantuk. PEkena aiskrim McD dulu, sembang2 pastu gerak le balik. Aku sampai umahjer, terlentang tido.
Selamat malam Budlee, Luvis, Fifi dan Vivi. HAve a nice dream.

My New Housemate- Fifi and Vivi

Ala bucuk-bucuk...(memang bucuk pun, tak mandi lagi)....

Introducing my new housemate...this two little creatures, Syrian Hamster. This couple male and female are almost same colour but different attitude.
Tempoh hari 29 Jan 08, aku terserempak ngan benda kecik ni kat satu shopping mall. Geram aku tgk. Rasa macma nak picit2 jer. Bila dah lama pegang dan belai, rasa manja plak. So amik la diorang ni jadi housemate aku. Cuma malangnya, diorang ni tak pandai nak memasak, membasuh dan mengemas umah, Menyemak lagi ada la. Ahaks!!

"Ha, melantak ler, melahap ler, jangan melehet udah!!.." Sampai je umah, terus aku siapkan sangkar diorang. Tp bila letak je benda makan, berpusu-pusu g amik benda makan, "Geget,geget, Kunyah, Kunyah!!"
Yang ini Fifi...hamster jantan. umur kata penjualnya baru 4 bulan. Day one, mmg Fifi perak sikit. Maklumla, pindah rumah baru.."Nak buat kenduri tak Fifi?...."...ahaks
Ni day two, 30th jan. Dia rasa dah biasa. Dia cuba explore toy yang aku letak. Dia main jer. Fifi ni kira aktif sangat. Tgk la tu, tido pun dalam gelongsor tu. "SOri Fifi amik foto u. Nanti u leh dapat kawan baru. Mana tau, spesis ko ada baca blog aku nie"...ahaks!! Kedua2nya nampak sama kan>?...Kaler jer tp ada beza sikit. Yang sebelah kiri tu, Vivi namanya. Ada bulu kaler coklat di kepala jugak tetapi ada tompok putih di dahinya. Badannya juga berbulu putih, tak macam Fifi, putih dan coklat di belakang badan dia.
Vivi ni pemalas dan pemalu, juga manja dengan Fifi. Dia ni kuat makan, minum. NAsib baik tak mabuk...Ahaks!!
Ni la keje Vivi. Sudah makan dan minum, usik si Fifi kemudian tido. Lepas 15 mint, bangun plak ler, makan lagi. Abis sepah lantai umah aku. Di kuisnya. "Aku balik rumah, bersepah siap la ko. Aku kasi kucing kang, baru ko tau...."...uik, takkan aku buat gitu punya. Sayang oh...!
Erm, balik karang aku nak mandikan diorang nie. Dah bau semacam jer. Yer ler, mandi pun seminggu 2 kali jer. KAlu setiap hari, parah la aku nak beli psir mandi dia tu...

Wednesday, January 30, 2008

Pagi Kerja, Limau dan DOnuts!!!

Pagi tadi byk jugak kerjanya. Kene update report, nak submit kat Kementerian yang berkenaan. Erm....bila dah sudah tak tau nak buat apa. LAst2 makan limau jer la..dah la manis plak tu.
Buat keje sambil mengadap PC. Apa lagi, baca blog dan kasi komen. Bila sampai waktu lunch, aku tak kuar makan sebaliknyer TIDORRRRR!!! KROHHH KROOHHH!!
Limau ni Pengarah aku kasi... setiap orang dalam ofis dapat. MAnis siot. Tgk la, plastiknya bukan yg merah biasa tu, tetapi putih lutsinar. Sure mahal sikit nie. MANIS BANGAT!!!
Dah balik dari ofis, ujan plak malamnye. So nak kuar makan, terpaksa la tunggu ujan seriat sitkit. Aku p Metro Point dekat ngan umah aku. Elok masuk jer, ada la sekumpulan auntie2 dan amoi sedang bersenam ala Beyonce gitu..hehe...
Korang nak tahu tak, a man with grey shirt n jeans tulah coach diorang. Pandai menari siot. Cuak jugak aku tgk. Aku ni pantang dengar lagu rancak. Mulalah aku bergoyang sama...Ayuh yok..join sama sih!!!

Erm, teringin nak makan donut. Sekali nampak sekotak Dunkin Donuts yang kocik saiznya. Tergoda aku dengan kecomelannya. Ada 20 bijik. Semua tu aku bedal sampai abis. HA ha dan ha.

Erk...Alhamdulillah. kenyang. Dah tu, tak reti2 nak gosok gigi...!!.
PAstu ni, tidoq...AHAks!!

Tolong sikit jer tp dapat Flying Kiss!! Waduh!!

Ups....aku punya bos lain punya group ada masalah nak guna microsoft word 2007. Berbeza dari sebelum ni, guna word 2003. biasa la kan, office kerajaan. ahaks

Dia berjalan dengan gaya lemah jer, muka monyok macam tak cukup 10 sen, kuyu jer matanya. Aku pandang je dari jauh. Dia pulak berjalan menuju ke tempat aku. Mesti ada apa2 ni, masalah kot.

Dah tu, dengan sikap perikemanusiaan dan atas dasar keprihatinan, aku pun membuka mulut untuk bertanya:

"Kak (walaupun dia bos, aku panggil kak jer sebab kami di ofis macam famili dah)...kenapa monyok jer nie?...Dah macam tikus mondok jer?...hehehe"

"Hampeh..."...nasib baik tak kene pelengkung dengan kak nie...kalu tidak mau lebam bijik mata aku...

"Akak ada masalah ni dik. Akak tak tau nak save file. Dulu guna word 2003.Skang dah tukar ke word 2007. Lain pulak rupenyer. Akak tak reti la dik..."...

".....erm....Ala akak nie, senang tahap cipan jer la. Tenuk pun tau buat tau!!..Hehehe"

" Hang ni saja jer tau. Suka sangat usik akak..."...

"Ala, akak klik je simbol microsoft yg kecik dan berona-roni nie...dah tu klik save as..selesai!!"

"Hampeh, asbestos...selama ni akak tak perasan la. Kesian kat akak kan?..."...

"Ish..ish..ish..kesian.... itu saja ker?..."

"A aaa.....tu jer... :)... Tq ye awie..."

"Ok jer. Ur Welcome. Kalu ada masalah lagi, calling2 yer..Saya sedia membantu..ext. no. 9384 yer..ahaks!"

"...ok... I love u..muahhhh!!!!"....

UpS...dapat aku flying kiss....HAbis kengkawan lain pandang aku...

Arghh, sudah....mana la aku nak show muka aku nie...malunyer....!!!!

Tuesday, January 29, 2008

ISu Rasuah MAsih PAnas!!-Keluarga Suharto

Enam anak Suharto tumpuan pendakwa

Pemerhati jangka usaha gigih diambil selepas kematian bapa JAKARTA:
Selepas Suharto disemadikan, anak-anak bekas Presiden Indonesia itu berdepan dengan kegigihan baru di kalangan elit Indonesia untuk meneruskan dakwaan rasuah terhadap mereka, kata penganalisis.

Tutut Suharto (Daughter)- (50years, $700 million)

Enam anak Suharto dilihat secara meluas mewakili warisan terburuk kronisme ketika pemerintahan Allahyarham bapa mereka, yang masih diamalkan walaupun selepas bekas Presiden itu melepaskan jawatan pada Mei 1998.


Sigit Suharto (48years, $300 million)


Menggunakan hubungan keluarga ketika pemerintahan 32 tahun bapa mereka, anak-anak Suharto mengumpul kekayaan menerusi sebilangan syarikat konglomerat, dengan diberi layanan istimewa untuk mendapatkan kontrak, didakwa rasuah dan melanggar undang-undang.


Bambang Suharto (45years, $3 Billion)

Keluarga itu didakwa mencuri antara AS$15 bilion (RM48.69 bilion) hingga AS$35 bilion (RM113.65 bilion), menurut anggaran Transparency International 2004. Kegiatan itu berakhir dengan penggulingan Suharto pada 1998 yang mula menyaksikan anak-anaknya berdepan tuduhan rasuah tetapi pendakwaan berkenaan agak perlahan.

Allahyarham Suharto

Namun dengan kematian Suharto ia memberi kebebasan ke atas ramai di kalangan elit negara itu - yang merasa bertanggungjawab terhadap “Bapa Pembangunan” - untuk meneruskan kes rasuah, kata ketua Transparency International Indonesia, Todung Mulya Lubis. Di kalangan ramai pemain politik, sikap yang biasa ialah “anda perlu menghormati pemimpin tua itu, tetapi apabila beliau meninggal dunia keadaan sudah berubah”, kata Lubis. Anak-anak Suharto sudah mengambil langkah ‘membersihkan’ empayar perniagaan mereka dengan menjual aset kontroversi dan berprofil tinggi. Bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa atas tuduhan rasuah, kata Lubis.

Hutomo Tommy Mandala Putra (36years, $800 million)

Sebagai pewaris bapa mereka, anak-anak Suharto mungkin mendapati diri mereka disaman lebih AS$1.4 bilion (RM4.54 bilion) dalam bentuk pampasan dan pengembalian aset negara yang dituntut kerajaan, tambahnya. Anak lelaki bongsu Suharto dan paling disayangi Hutomo ‘Tommy’ Mandala Putra dibebaskan daripada penjara pada 2006 selepas menghabiskan hukuman hanya lima tahun daripada hukuman asal 15 tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang hakim Mahkamah Agung.


Tommy kini berada di tengah beberapa perbicaraan rasuah yang bergerak lambat sementara kakak sulungnya Siti Hardiyanti ‘Tutut’ Rukmana jauh lebih baik, dengan siasatan dakwaan rasuah daripada sebuah syarikat senjata api Britain hilang begitu saja beberapa tahun lalu. Yang tinggal kini ialah tokoh perniagaan utama, abangnya Bambang Trihatmojo, yang mana kekayaannya dianggarkan bernilai AS$200 juta (RM649.184 juta) meletakkannya di tangga ke-33 dalam senarai mereka yang kaya di Indonesia oleh majalah Forbes Asia 2007. Angka itu jauh menurun berbanding anggaran kekayaan bernilai AS$3 bilion (RM9.73 bilion) pada 1999 oleh majalah Time terhadap kekayaan keluarga itu. - AFP
....Inilah resam hidup di dunia. Sukar nak diduga. Pemergian bekas Presiden Indonesia ini, masih meninggalkan kesan yang tidak baik kepada ahli keluarganya. BAgaimana lah kesudahannya nanti?... erm...Wallahuallam...

Monday, January 28, 2008

Rakan Blog Baru...Mr. Edie..Indonesia

Mau Berkenalan lagi?... Akhirnya, berjaya jugak aku hasut sorang mamat ni dari Indonesia. Aku panggil dia Abang Edie. Dia selalu drop by kat blog aku. Kasi komen tp dia sendiri tak de blog. Dah tu, bising kat aku, jeles asyik outing saja.

So, disebabkan kejelesannya terhadap aku, dia pun telah termakan hasutan aku, maka dengan ini, dia pun telah membuka blog dengan usaha gighnyer sendiri.

Mula-mula mmg liat nak buat, malas semuanya ada. Biasa la kan. bila dah buat, seronok pulak katanya. "Boleh la saya abadikan my interesting life and whats more in indonesia.."... nak promote la tu. Maklumla, tahun melawat Indonesia ialah tahun ini.. eheh
So Good Luck my brother Edie...Moga dapat rakan baru nanti..ook!!!Suksesssss!!!
Dan
Selamat Hari LAhir buat Abang Edie...semoga Panjang Umur dan Murah Rezki..
(semalam besdaynyer: 27 Januari 2008)

Cinta !!!

Bila 2 Insan Bertemu
Bila Mula Bertentang Mata
Bila Bibir Melafazkan Kata-kata
Salam Perkenalan Dibahasakan Bersama...
Itu dan Ini, Sedang Enak Berbicara
Merangkum Segenap Ruang Intimasi Spontan
Kadang Kala Kelu Membiaskan Suasana...
Alahai, Romantik Bila Ada Tanda Berputik Rasa...
Perasaan 2 Merpati Sejoli AKrab Menghubungkan Erat
Rasanya Akan Terikat, Janji Bertemu JAnji...
Pertemuan PAndang Pertama, Tidak Mustahil Menjalin CINTA
Malu dan Tersipu, Bukan Helah Baru Menyatakan Setuju
Hingga Ada YAng tahu
Kekasih Gelapku...

Definisi CINTA sejati yang dapat aku lakari...seperti ini:


C=ciuman adalah awalnya
I=insan manusia adalah pelakunya
N=nafsu adalah pemacunya
T=tempat tidur adalah saksinya
A=anak adalah hasilnya
28 januari 2008...cantik je nombor nyer tetapi lagi cantik tanggal ini.. 28.02.2008...sebulan saja lagi, genaplah umur dan sambut besday yang ker ** tahun. Hehe...nak sambuat kat mana ek?...erm....

Sunday, January 27, 2008

Juara LAgu ke -22, LAyan Sorang, Sronok Pun Sorang2

JUara BAru - Juara LAgu ke-22- Estranged....
PErghh..kagum siot. Mmg layak group ni yang dapat walaupun saingan memang sengit. Dinobatkan sebagai JUara KAtegori Pop Rock dengan lagu, "Itu Kamu", menumpaskan Dato' CT Nurhaliza dan Jinbara. Tahniah!!
Jac berduet bersama LAh (V.E)...juga menyerlah dengan vokal menyengat seterusnya dinobatkan sebagai Vokal TErbaik dengan lagu "Ceritera Cinta". Erm, vokalnyer, mmg di akui mantap...jelas gituuu!!
ERm, Kaer dengan lagu "Izinkan Ku PErgi", nyata menyerlah dengan hit lirik dan melodi yang memukau walaupun Sahri AF yang memikul tanggungjawab tersebut menyampaikan lagu yang hebat ini. Chwwah!! Dinobatkan Juara kategori BAlada!!
MAwi, erm...hit dengan lagu "Angan dan Sedar" telah membawakan ekspresi lagu ke atas pentas lantas dinobatkan sebagai Persembahan TErbaik...Undi orang luar, sure pengundi fan club dia la tu...bg aku, biasa ajer..LAntak ko lah!! Dah rezki..
Dengan lagu "Samudera", ciptaan husband tercinta, JOhan NAwawi, amat lah dikagumi. MMg liriknya bagus dan bermakna. TAHniah kerana dinobatkan sebagai JUara KAtegori Etnik Kreatif..
Walaupun aku nonton kat umah ni sorang-sorang, tp buat-buat lah enjoy yer. Mungkin dah biasa kot, jadi tak la kisah sangat. KAlu ada kawan yg mengajak tgk ramai2 tu, lagi best kan. ahaks!!....
apapun , layan jerrrrrrrrrrrrrrrr!!!

LAwan Bowling-ARL ALAMANDA, NAib Johan

Sebelum main, makan dulu...ahaks...LApr beb.
NAsi goreng kampung...
Aku bersama 2 lagi jejaka menjadi 1 team, bergabung tenaga untuk bertanding lawan bowling, bukan lawan makan ok!!!... Gegar jugak ARL BOWL di Alamanda ni..
Berbaloi...walaupn dapat nombor 2, tetapi puas hati sebab tak jauh beza pun. Ahaks!!

MAlam pulak, Juara LAgu ke 22..!!! YEehaa@!!!

Kerana TUgas-Alor Star, BSN SSP- Letih siot!!

Hari ni kene g Aloq Staq. Tak de sapa yg nak mengantor, so berkemas pulas la bawak beg bsesar gabak dengan moto jer. Aku kene g ke Presint 9, Putrajaya', Tujuannya, letak helmet dan moto dekat ngan umah abg angkat aku..Aku berjalan kaki dari presint 9 sampai stesen tren ERL Putrajaya ke KLIA. JAuh..., 1 km ada la...


ERL Stesen Putrajaya
SAmpai d KLIA, melantak dulu la...LApaq beb...
So, makan kat Burger King, Double Whooper...Erm..nyam nyam...
Terbang tinggi di angkasa raya. JAm 1.55 ptg, cuaca?..FAboulous!!
Smpai di Lapangan Terbang Sulatan Abdul HAlim Shah, Alor Staq, terkejut aku. apabila dijemput oleh 2 orang POlis BAntuan BSN dengan sebuah kereta Rexton. Beg aku di letakkan dalam peti besi sebagai langkah keselamatan. Protokol Dia dah gitu..akaks!!
Ke Star City Hotel, tempat aku menginap. Dekat je dengan MEnara Aloq Staq.
MAlam, lepas mandi, aku bersiap, keluar berjalan. Tak jauh dari hotel, bertempatnya dan tersergam indah beberpaa monumen dan simbol sejarah negeri KEdah...(foto di atas Menara JAm)
MAsjid Zahir...
Bertentangan dengan MAsjid Zahir, IStana Negeri atau Istana PErtabalan Adat Istiadat Kesultanan NEgeri.
Tidak jauh dari hotel juga, ada KArnival Gong Xi Fa Chai 2008. Punyalah meriah. Terkebil2 mata aku. Ramai sangat. Dan bising...riuh siot!!!
Perarakan seni budaya dari pelbagai etnik bangsa mengiringi Menteri BEsar KEdah, sempena perasmian majlis.
Seolah2 pasar malam. Berlangsung selama 5 hari. Erm, lama tu. Jalan ini ditutup dari jam 8 mlm - 12 mlm...
Cantik kan...Aku ada tamu...jeng jeng jeng!!...Adik aku ada kat sini. dan kami minum dan sembang di sebuah restoran yang baru di buka sejak bulan 12 tahun lepas...nama nya>?
Restoran Pak HAinan. Mmg cantik dan sedap..yg penting, murah. MMg terkejut tgk harga. Berbaloi sangat. Sedap dan mmg best la..Teruja aku. (Hainan Coffee And MAlt)
Keesokkannya, bersiap jam 10.30 pagi, aku dan 2 lagi pegawai dibawa ke Alor Star MAll di mana cabutan Sijil SSP akan berlangsung,
2 Orang pegawai BSN yg menjadi pembantu dalam majlis ini. LAwa ni. MAk budak ooo...!!!
HAdiah kereta yang ditawarkan kepada pemenang cabutan SSP untuk setiap bulan. Mewah siot. Wahhhhhh!!!
HAdiah Utama. Mercedes BEnz dan BMW 3 Series. Bila la aku boleh dapat nie...!!
"Dengan ini, saya mengesahkan keputusan cabutan sijil SSP adalah sah dan muktamad."..Aku sebagai ketua jawatankuasa, perlu melafazkan ucapan ini. GAbra jugak, tp dah biasa, tak de hal punyer. ahaks!!
Sesudah selesai, di jemput makan ngan VVIP. Balun ler. dah lapq balik ni tgk Laksa KEdah dan popiah goreng. Waduh...sedap sangat. TAkkan ada yg sesedap ini di KL,...
LAksa Kedah... 8/10 ...perghsss!!!
Lepas makan, aku bersiap, check out, bergegas ke airport. BAlik le ke KL...letih sangat, sampai tetido..Krohhh..Krohhh!!
Dah sampai...Erm, jalan lagi...Aku sampai kul 10.15 malam, sejam penerbangan.
Setiba di rumah, dah jam 12 tgh malam, mmg bantal yg aku cari. Mengantuk, letih dan tidor....
Yang Penting, Selamat Sampai...ESok, lawan boling plak...erm..