nUFFNANG

Tuesday, June 30, 2009

Putrajaya...A Place Like No Other!

baru2 ni, weekend aku dan beberapa rakan lain...Jazzy..Dino mendapat kunjungan dari sahabt dari Inodnesia, Leo and Danny. Sebenarnya selalu jugak mereka ke Malaysia especially KL. maklumla ramai teman kenalan di sini...apapun ke W.P. Putrajaya, baru sekali...boleh!!! hehe



Mungkin tak de sapa yg bawak diorang berdua ke sini. apapun pada hari sabtu aku dipanggil untuk tunjuk arah jalan di Putrajaya ni. Erm, bg aku ini biasa tetapi bg pengunjung yakni sahabt aku tu, dah tentu menjadi pengalaman yang baru...apapun pada pendapat mereka, "Putrajaya cantek banget sih"!! hehe



so dari pagi membawake petang..dari MAsjid Putrajaya hinggalah bangunan Kerajaan sekitarnya...lunch di Chicken Rice Shop, Alamanda..erm, tak sangka pulak pak Danny suka makan nasi ayam...and thanks guys sebab belanja kitorang makan...so selalu2 lah buat gitu yer...hehe


so then dari putrajaya, bergerak ke Damansara untuk makan sweedish Meatballs yg famous tu kat Ikea actually...so aku pasti ramai yg tau tempat tu, tp bg aku , itu kali pertama tau,,,,jakun sangat! ahaks...


nak kata dinner, mmg yer. kenyang sangat. sedap dan padat dagingnya. tp selepas 2 jam dok melepak dan bersembang bagai, perut jadi lapar dan dahaga lagi...errmm...maka bersambung lagi dengan gosip dan makin bertambah kawan2 yang aku kenal dari Facebook pun datang join the group...makin meriah dan makin gamat dibuatnya...maklumla 'our mothers' selalu buat jokes...adoila...sakit perut aku keje ketawa jer...layanzzz!!!

apapun sori yer guys, aku tak dapat nak letak pic pada hari tu sebabnya aku tak amik pun foto malam tu, segan plak..huhu...padahal kamera gabak besar tu yg aku bawak...huhu..tak per lain kali aku buang rasa segan aku, amik banyak2 foto ni sebagai kenangan...hehe

Friday, June 26, 2009

Selalu bg Ruang dan Peluang!!!


Aku ni tak reti nak bergaduh ngan orang. nak bertumbuk dan apatah lagi nak berperang dengan mulut. tak berniat nak memburukkan sesiapa. Dari aku seorang yang bersifat pendiam kepada yang lebih peramah mungkin...dari aku hanya suka bersendiri tetapi berubah kepada ada teman walaupun segelintir...tetapi mmg benar pengalaman mengajar kita kehidupan...
Ruang...
Dulu aku bersifat terlalu ego, mahukan kesemuanya perfect dan tentunya milik aku. tp bila aku sudah bekerja, aku kenal ramai orang. banyak ragam yang tentunya berbeza. ruang untuk aku meloloskan diri tentunya ada. tetapi pada aku ruang untuk orang lain mengenali diri aku juga tidak aku siakan. tetapi terlalu luas ruang yang aku beri, terlalu berat untuk aku pikul kesemuanya. Aku cuba menepis sikap negatif yang datang meluru menghentam aku, tetapi aku bertekad untuk bertenang...tp semalam...aku seolah2 tewas...
ya..ruang yang aku beri mungkin terlalu luas...hingga aku sendiri menjadi bingung...tetapi aku masih redha...
Peluang?...lebih kurang sama dengan ruang yang aku beri. masih ada kesempatan untuk dia dan aku. tetapi tidak hanya aku sahaja yg perlu beralah..dia juga harus faham dan mengerti setiap keadaan...bukan semuanya sama dan perlu juga mengenali hati dan budi seseorang..bukan pada wang ringgit, tetapi pangkal hati...di mana letaknya ketulusan hati itu..biarpun dia seorang yang tidak lawa...seperti dewa...tidak kaya seperti hartawan berjuta...bukan itu ukurannya tetapi tulus hati, ikhlas dan memahami jiwa dan naluri masing2. pengorbanan bukan mata yang mengukur keikhlasan tetapi keikhlasan hati yang tidak berbelah bagi mengorbankan diri untuk mencari kebahagiaan yang tulus.
Aku telah berjanji pada diri aku sendiri. aku juga ada prinsip aku. bahawa aku tidak pernah membenci dan menyingkirkan sesiapa dalam hidup aku, walaupun ada ketika ia perit buat aku. aku harus mengeti kerana kita semua manusia di dunia sementara...bukan kekal selamanya. hadapilah hidup ini dengan tenang...
dan aku mengaku..dia takkan aku lupakan!!!

Thursday, June 25, 2009

Dah Tonton Pun!!!


Aku punya la tak sabaq2 nak tgk movie yg baru nie....Transformers: Revenge Of The Fallen...tayangan sepatutnya 24 aribulan tetapi sebab aku ni tak sabaq2 nak tgk citer nie, aku usha baik punyer list movie yg akan ditayangkan...dah buka je tenet rupenyer dah ada tayangan pada hari selasa...hahahaha...
dengan tak kira duit dah tak de dalam wallet, maklumla penghujung bulan nie,. tengah sesak nie...apa aku peduli...tarik la duit makan, beli tiket wayang ...jam 5. Hegeh kan aku!!!..

tp tak le keseorangan...kiranya selepas g mandi air terjun tu, kami mmg dah plan nak tgk movie lepas mandi tp cadang nak tgk waktu malam...baru layan kan...maklumla movis tu 2 jam lebih...


so aku tak de pilihan lain, takut tiket habis, aku pun dah sedia beli tiket hari isnin lepas keje, singgah kat GSC ALAmanda, Putrajaya. huh...orang tak ramai time tu..apa lagi, beratur la beli tiket.

yg malam dah habis, so petang masih ebelebel...aku tak kira..bedal jer jam 5 petang nyer show. janji dapat tgk movie...dah lama tunggu tau..!!!
so lepas je mandi kat Sg Gabai bagai, gerak terus ke alamanda n tunggu je timenyer...bila dah buka hall 1, huh...punyalah xcited...tak sbar nie...dah mula tayangan bagai....rasa macam nak nangis siot...huhu


citer ni mengisahkan tentang Fallen yg merupakan salah satu dari 8 PRIME yg berpaling tadah dan bangkit untuk merebut kuasa sebagai penakluk dunia. NAmun kebangkitan beliau ditentang oleh AUTOBOTS yg diketuai oleh Optimus Prime yg ketika itu bersatu dengan manusia di bumi untuk menghapuskan saki baki DECEPTICONS yang masih bersembunyi dan menyerang manusia pada bila2 masa.

Sam, merupakan hero dalam filem ini masih diperlukan kerana memiliki cebisan batu meteor yg berupaya menghidupkan mesin menjadi DECEPTICONS. tetapi beliau mendapat isyarat apabila untuk mendapatkan MATRIKS yg amat sangat diperlukan oleh decepticons. Perebutan, kejar mengejar, aksi tembak menembak dan peperangan antara AUTOBOTS dan DECEPTICONS berkesudahan dengan kemenangan AUTOBOTS.
Optimus pada mulanya telah mati dibunuh oleh STARSCREAM tetapi bangkit semula apabila MATRIKS ditikam di dadanya. tetapi selepas hidup matriks tersebut dicuri oleh FALLEN dan cuba menghidupkan alat yg berada di piramid giza yg boleh memusnahkan matahari. bagaimanapun, Optimus mendapt kembali tenaga dan bercantum dengan robot2 lain apabila JET memberikan matriks tenaganya untuk mengalahkan FALLEN..akhirnya, kemenangan berpihak kepada OPTIMUS PRIME...

so yg mana belum tonton....elok la g...mmg berbaloi...
BEST...BEST....PUAS HATI>>>CELAKA>>>bestnyer...nak tgk lagi...nak lagi!!!.. ARGHHHH!!!

Wednesday, June 24, 2009

Nak Tenangkan Fikiran!!!


aku ni dah lama tak bercuti. sesaja jer la semalam aku amik cuti kebetulan adik angkat aku datang melawat aku kat sini, so aku pun roger jer la,...ke lokasi biasa di sungai gabai...mmg cantik, nyaman..ernm asyik...hehe
aku ada la masak sikit sebagai bekalan makan di sana. biasalah la kan tak lengkap kalu tak ada benda makan nie...badan pun montel ler sebab asyik makan jer. so aku masak la nasi putih, ayam masak munyit berempah, kerabu mangga, naget dan sosej goreng sebagai penambah lauk...so selainnya air mineral, kacang, biskut disediakan oleh kawan aku. kami pegi bertiga...so ok la kan...dengan keadaan hari bekerja dan tak ramai yg datang, so seronok la kawal tempat..cuma kami bertiga jer...best best!!

macam biasa aku bawak la kamera gabak aku tu. mana leh tinggal kan...so ada la sikit foto aku amik...suasana makin meriah bila lagi pengunjung yang datang...famili, group bebudak yg remaja dan ada jugak couple yg tua datang ..tak sangka ek...tp mmg respek ar,....maklumla pasangan berusia reti lagi nak beromantika di kawasan peranginan macam nie...
wa cakap uols, mmg best,..tak sangka gak..haha...so dari jam 11 pagi hingg jam 3 petang, kitorang berendam. then kami bersiap dan terus ke Alamanda...buat apa ke sana?..
next thread...ok...

wachaaa!!!

Monday, June 22, 2009

Dah bersawang

ADoi la...punyalah lama aku tak berblog...bz dengan keje, bz dengan aktiviti harian...seperti bersukan, gym dan melepak kat umah ...huhu...kalu ank diikutkan banyak yang aku nak kongsi kat sini tetapi kebanyakan cerita peribadi. tak syiok la plak kan nak citer bagai...nanti ada yg kata aku nie terover plak...emosi sangat pun tak leh jugak kan...so decided to keep calm n silent for while...

apapun dalam kesibukan, keresahan yg melanda jiwa nan lara ini...huhu, ada jugak yg mengubat rasa di hati yg kadang2 kala emosi...selain famili, inilah sahabt aku yg susah aku nak lepaskan...aku harap berkekalan persahabatan kita yer...insyaallah jika aku ada rezki, tunggu la jemputan aku nanti....huhu....


Ada yang dah bertukar sekstor, ada yg berutkar tempat keje, dan ada yang berpindah negeri mencari pengalaman baru....tp aku masih belum putuskan apa2 lagi yang drastik dan mampu memberi perubahan yang besar mungkin!...
so nak kat atekad...tak jugak yer...tp perlu pandang positif...dan maju ke hadapan, mengikut kemampuan...huuh...untuk berhijrah?... secara kebetulan...dalam pertimbangan pengurusan...(ura-ura aku akan ditukarkan...ke mana?)...adoila...
wachaaa!!!