nUFFNANG

Monday, March 31, 2008

Terisi Di HAri Minggu... Melapok Dan Melepak Anyone?...

Sabtu...erm, biasa la kan. HAri cuti, so brehat jer lah. Tp kali ni luar biasa sikit. Hehe, kawan aku dari KL msj, ajak ke rumahnyer, melapok tgk konsert AF pada malam itu. Aku tanpa berfikir panjang, pergi jer la. LAgipun mmg aku ada plan nak ke KL. So, Gerakkkkkk!!!



Aku g naik tren star ke sana. Tak nak bawak moto, leceh nanti kalu nak ke KL. Tren lagi senangkan!!.. Kawan ku amik dari stesen jer.



Mula jer konsert, biasalah, 'juri' kat depan tv ni lagi hebat dari yg bertiga tu. Hehe, akhirnya, Ika yg suara tak berapa nak ada tu, terkeluar jugak, patutnyer minggu lepas lagi... hehe :P..

Diteruskan lagi selepas konsert, kawan2 aku ajak melepak ngan kengkawan diorang. Kira kawan baru la bagi aku. Tp diorang ni bukan blogger,aku sorang jer. Lokasi melepak, di Danau KOta, area Setapak kalu tak silap aku. Mmg tempat happening giler. Suker sangat tp mengenangkan terlalu ramai dan bersesak, tak dapat nak beli apa2. Duit pun tak bawak byk sangat. Huhuhu, jadinyer 'jalan2, cari penat jer la'(time ni dah jam 1 pagi...huh)... ahaks!!
Bila dah tawaf pasar tadi tu, kitorang tukar lokasi lepak yang ada minum2, Taman Bunga Raya. tak jauh dari Danau Kota tadi...tp satu kuntum bunga raya pun aku tak nampak Heheh.

Kat sini, yg menariknyer, dah jam 1 pagi lebih masih ramai orang yg makan2. Difahamkan, nasi lemak kukus ayam berempah dan char koew teow Penang MAri, adalah makanan paling popular kat sini. MMg menarik. Aku dah kenyang, so tak dapat la nak merasa..huhu. Lagipun, dah lewat pagi, tak elok sangat makan time2 gitu kalu tak biasa...betol tak?>> :)

Dah lepak, sembang, gelak2 kat situ tp no gossip, no ngumpat2....sorry, now allowed...hehe!!. Sejurus selepas itu, kitorang gerak ke lokasi lepak yg lain plak setelah 2 jam bersembang...Mak oi..lamanya!!

Lokasinya....^^^tempat letak kereta^^...mana ntah diorang nie bawak...aku follow jer. Sembang sambil makan kuaci..bersepah kulit. Ngan aku sekali buat sampah..haha!! Rupenyer, lagi ramai geng diorang ada kat sana, sudah tentu bukan kawan2 aku tetapi boleh plak jadi kawan walapaun baru kenal diorang...Dan aku digelar dan diberi nama.. "Tam"...hampeh!!! (kata diorang, nama tu sesuai sbb aku ni kulit gelap, so mmg kenelah..hehe)


Setelah penat melepak, Jam 5 pagi, kitorang pun balik umah. Disebabkan dah lewat aku dipelawa bermalam di rumah kawan aku nie. Umah mmg cantik dan besar. Mmg penat dan ngantuk sangat2. Setibanya di rumah, amatlah suka, seronok, terkinja aku bila melihat sekor kucing ini menyambut kepulangan kitorang ngan meownyer..ekornya yang kembang, dan mukanya yg cute giler, terlupa la kejap pasal letih dan sangap nak tido iteww..

Comelnyer.....geram aku tgk..memperkenalkan...Puteri Mia... mmg comel giler kucing milik kawan aku ni. Aku ni pantang tgk kucing, aku main la usik2 ngan Mia nie...30 minit kemudian baru la aku masuk tido...Hehe..


Apapun, aku tido dan terlewat bangun..jam 10.30 pagi...huhuuh. Cepat2 aku mandi dan bersiap sbb ada event penting yang perlu aku tinjau dan terjah...Apa?


NAntilah, aku nak buat keje nie...karang bos aku marah plak..asyik ngan blog jer.. Addicted kah aku ini?...Ahaks!!!

Saturday, March 29, 2008

Pembetulan! Jgn Salah Faham!!!

Dear frens,

Aku bukan down sebab entry aku tiada komen atau tidak dikunjungi oleh blogger2 lain, tetapi aku terus terang beritahu.......



ada orang yg tak puas hati dengan aku. JAdi aku nak kata apa....down, bukan makna aku mengalah, cuma berdiam diri seketika untuk sementara sahaja.

Aku menyatakan perkara ini adalah kerana memandangkan ada yang salah faham, mengandaikan aku down disebabkan entry aku yg tiada sambuatan atau komen...

Oh tidak sama sekali....Aku ok ajer....takkan stop dari buat blog....

cuma, ada yang salah faham, salah tafsir tntang kejujuran aku. Blog ini mmg untuk aku, cuma nak share dengan rakan blog yang lain...

atas dasar tidak puas hati oleh sesetengah orang, maka aku biarkan seseorang itu selesa buat seketika. Sure time ni dia suka....

Apapun, untuk pengetahuan korang, blog ini adalah diari aku...yg org lain boleh kongsi. Aku tak tergolong dalam mana2 kumpulan, aku berdiri sendiri...ok... apapun...

"Kini aku Hidup kembali.....".... WACHAAA..

Friday, March 28, 2008

Rest Kejap..Utk Beberapa Hari..Down..!!!

Erm,... hari ni Jumaat, penghulu segala hari. Bagi aku, setiap hari Jumaat mmg istimewa. Tp ada beberapa perkara yang membuatkan aku down.

Aku buat blog untuk aku, dan nak jugak share bersama rakan lain. Selain itu, nak tambah kawan, mencari kawan, jadi kenalan dan berkenalan dengan kawan2 yang aku rasa istimewa.

Bila dah mula buat blog, macam2 dah aku rasa. Byk yang baik dan ada yang tak baik. Yang tak baik nyer, ada yang salah faham pada aku.

Dari aku entry blog citer pasal aktiviti aku, apa yg berlaku pada hari-hari aku, sehinggalah aku membaca blog-blog rakan2 lain.

Aku pun tak tau nak cakap apa dan macam mana.

Tp sebagai manusia biasa, sekiranya ada yang terasa hati atau terguris hati atau terkilan dengan entry dari blog aku, atau komen2 di blog tuan-tuan dan puan-puan sekelian, aku menyusun 10 jari memohon maaf yer. Sama ada secara langsung atau tidak langsung...

Mungkin ada yang suka dan mengkehendakkan aku down, so aku tunaikan hasrat beliau. Biarlah aku mengalah jika itu yang membuatkan beliau selesa dan happy.

Kepada semua bloggers yang mengunjungi blog aku, aku ucapkan terima kasih. Bagi yang telah drop comment tu, juga terima kasih banyak.

Blog PAngeran Cinta aka Awieworld, akan berehat untuk beberapa hari ini. Jumpa lagi yer...Assalamualaikum...

***wachaaa***

Thursday, March 27, 2008

Bowling Anyone?...LEts Play Bebeh!!!

HAmpeh tol, streamyx ada masalah la plak. Tak dapat nak update blog. Aku tepon, dari pagi dan malam buat komplen. Nah, amik ko... kene cacian dan makian (padahal tak pun, saja jer)...!!
Semalam aku mc, sbb sakit mata, merah. Entah kenapa..aku tak skodeng sesapa pun. Maybe letih sbb bersengkang mata nak siapkan paperwork...!!
Petang semalam, ada janji ngan seseorang. Teman main bowling kat ARL, Alamanda, Putrajaya. MAin kejap jer, 2 game. Sebab ada tournament jam 6 petang dan 8.30 mlm. Tak puas la main dalam keadaan kelam kabut nie..UWekkk!!!

Argh, Bosan menunggu. Lane penuh la plak. MAin 2 game kat Alamanda, kejap sangat. Tak puas, takde challenge langsung. Erm, last2 aku singgah kat Ampang Superbowl, Metro Point, KAjang.
Kul 10 start main. Dah tiba masa, 5 game aku hentam sorang2 aku. Ha, puas hati aku. Kebetulan plak, punya la ramai pro-bowlers sedang menunjukkan aksi mereka. Ni yang buat aku panas nie...nak lawan?..meh, aku tunjuk sikit taring aku nie,...siap la korang!!! HEhehe!!!

Last frame...suspen nie...!!! Hampeh, last2 open jugak...kalu strike, mau 254...uwaghhhh!!!
Keputusan penuh...5 game...naik turun tu biasa la tetapi strike kali ni agak mudah nak dapat. Spare yang senang pun tak dapat amik sbb hilang konsentrasi dan agak keletihan. Apapun, rekod untuk awal bulan ini, 253...lagi 47 pin sajer...Puas hati>>!!!
Ni bukti. Karang kata aku menipu plak...ahaks!!
PEace Uols...Foto syok sendiri. Hehe. Pulang dengan senyum yang melebar...lepas ni nak buat kejutan lagi..up sikit!!!

Tuesday, March 25, 2008

Terbakar..Kedai yang BUkan Milikku!!!.. :)

Semalam punya la bz tak hengat dunia ler. Nak siapkan dokumen dan penyata kewangan, arrange bilik meeting untuk keesokan harinyer, amatlah memenatkan. Dah la time hampir2 jam 5 petang,waktu nak mem'blahkan' diri. TEtapi setelah selesai kerja, dengan rupa dan gaya yang kontrol macho, berdesup aku punch card dan balik arrrr..!!!
Dalam perjalanan pulang, dengan rasa gatalnyer aku saja ikut jalan sg Chua, selepas exit highway SiLK. TEtiba terpandang ramai org yg sedang menonton pembikinan filem yg real terjadi..."KEdai BUkan Milik KU, Terbakar Jua Akhirnya"..ahaks. Terbakarnya sebuah kedai membaiki motosikal yang dimiliki oleh lelaki berbangsa Cina...kesian!!
HAngus. Dipercayai malatop hendaknyer. Kejadian kira2 jam 3 petang itu berlaku disebabkan entah kenapa, segan nak tanya...huhu!!
TEruk kan>?... Aku pun heran, kenapa tetiba leh terbakau, sedangkan ia berlokasi di tengah2 pekan, tepi jalan raya yg sibuk itew. Semua ini disebabkan kecuaian. So lepas ni, claim insurans ler...perghhh!!! Berapa ratus ribu puluh juta ringgit syiling dia dapat yer!!!...
ahaks!!!

Monday, March 24, 2008

Kira Syiling..1..2..3...!!!

Ting,,,ting..."2, 4, 6, 8, 10,....cukup dah nie. Ok..kira.."...Cukup la nie. BAnyak jugak yang aku simpan. Tu pun ad lagi kat dalam beg tp itu untuk emergency call punya. Ahaks.

Ada terbaca entry oleh ziana pasal duit syiling 1sen. Aku baru teringat dan terus buat culculation dengan mengorek tabung aku yg cute mute itu. Teringat masa bebudak, korek mana lubang yang ada...lubang idung memang dah selalu korek, ni lubang jubor tabung. Heheh.!!
Duit syiling 1 sen ni biasanya banyak tetapi selalu guna masa di shoping kompleks, so dah berkurang sikit. Lawak2 pun, mencecah RM6 tau. Yang lain plak, ada la dalam RM 98...baru suku tabung, belum sampai anak tekak tabung GArfield aku tu lagi..mau senak dan muntah 'dia' nanti..hehe.

Sunday, March 23, 2008

Try This!!! Anyone?

Perhatian:...Dont try This Action without parents permision...hehe...

Anak sapa la nie...!!!

P/S:..PAstikan jika anda ingin melakukan aksi ini, berat dan saiz badan mestilah bersesuaian dengan kereta anda atau rakan anda atau sesapa saja..Cubalah, anda pasti kagum!!!

Friday, March 21, 2008

Fifi NAk Kawin?...Biar Betul...!!!

Semalam lupa nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Hehe. Sbb semalam dok umah, tgk tv dan tido. Ahaks. Tp petang semalam, aku saja jer la meronda2 melihat kawasan aku, yakni KAjang. Tersinggah la kejap kat kedai pet tak jauh dari rumah aku.

Mula tu teringat nak beli bekas air untuk Fifi tetapi terpesona apabila terlihat sangkar yang pink ini. Tergoda jugak. So bila dibelek harganya, awat murah sangat!!.. JAdi aku pun minta la kurang dan tokey berbangsa Cina ni, kasi ler kurang 'halaga'. Cincai katanya.

Aku combine aksesori dari sangkar lamanya ke rumah baru ni. Air sampai 3 botol. Senang sikit, tak de la aku risau pasal dia bila aku outstation nanti. Ruang labih besar dan luas untuk persediaan dia berkawin kelak..hehe. NAk cari pasangan hidup untuk dia sbb maklumla, dah duda. Nak kasi bini, "baik punya" kat Fifi. dah tengok dah semalam...keje kilang kuaci..heheh!!
Sampai je umah, aku pasang ler. Aku pusing sana, sini, hentam sana, kopak sana dan sini. Rumah baru untuk Fifi ni, mmg tak de tandas. Jadi berak dan kencing lah merata. LAntak ko lah. JAnji ko bahagia dapat umah baru dan besar..
Bila dah pasang, letak jer si Fifi ni terkinja2 macam beruk maknyer walaupun dia HAmster (perak la lebih kurang)... Fifi ni waktu siang mmg sifatnyer kurang aktif. JAdi, masa tido lebih panjang. Tetapi walaupun ada umah, tp Fifi sedap jugak tido dalam lobang panjang nie. Erm., lantak ko lah. janji ko tido dan sihat.
Salam sayang, Wachaaa!!!

Thursday, March 20, 2008

Can U See?...Uols?...Answer me?

'Ha, awat tak amik!!"...JEnaka ini ada mesejnya, sekadar renungan dan fikirkan bersama ok. budak2 pun tau...cerdik tau.

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak aada..!!!

.....kan dah dapat hadiah dari memurid kan?..hehe. Pantaulah anak2 anda. Apa yang dipelajari di sekolah dan seterusnya di rumah. Pendidikan awal brmula dari ibu bapa, bukan dari guru semata2..ok!!!

Tuesday, March 18, 2008

Kawan Sakit Teruk..I SEE YOU !!!

Hospital untuk arnab. Boleh masuk cuma 2 orang sahaja untuk sekli masuk setiap kali melawat. Ini adalah wad ICu untuk binatang peliharaan...nak tau kat mana?...Lets check it out...:P Kuang3...Ospital ni bukan untuk haiwan, tp apa ntah motifnyer letak foto arnab tu.
Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur. Tengah hari tadi aku g melawat seorang kawan aku yg telah dimasukkan ke wad ICU akibat serangan denggi BERDARAH. Kesian kat dia. Tetapi setibanya disana, aku dan rakan2 sepejabatnya (tumpang sebontot dengan kereta sbb jauh sangat ospital nie)...Dah tu, terpksa bergilir2 masuk melawat (dah la kerusi duduk tak disediakan)... tp aku tak per, mmg suka berdiri dari duduk..
Ni lah kawan merangkap ahli team GEGAR boling aku. Nmpak jer muka aku, tak de lain citer pasal boling. "Wie, naper tak bawakkan aku lane dan bola boling. Leh gak main. Boring siot"...erm, tawakkal jer lah!!
Masa melawat pun tak lama. KAmi smpai pun ada baki 30 minit sebelum habis waktu melawat. Ospital ni dah uzur. Bangunan barunyer sedang dalam proses pembinaan. Sebelah dengan ospital tu ada la gerai makan milik makcik Kiah Kain Londeh (aku kasi nama sbb kain memasing macam nak londeh..hehe), menu nasi campur. Apa lagi, dengan rasa lahapnyer, mentekadarah la ikan kembung bakar, air asam, kacang panjang dan kacang botol sebagai ulam dan pedal ayam sebagai penambah selera. Air limau ais menjadi penghilang dahaga. Nyam nyam. RM6.70 termasuk air. OK la kan. Sedap plak tu.

"Dah lewat nie, jom balik. Byk keje aku kene setelkan. Karang kena kuntau dek bos aku, baru berakal....wachaaa!!!"

Saturday, March 15, 2008

Jenaka...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko.

Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp. Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.



Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.



Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habissembahyang.Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...



Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgnbongkaknye si Ciko berkata,



"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

..............."Fikir la sendiri....."

Friday, March 14, 2008

Raja LAwak Final...NAbil THe Great!!

GElanggang Raja Lawak Astro Grand Finale...



Mlm ni final. Setiap minggu aku ikuti realiti show nie. Pergh, lawak mmg menjadi tp ada jugak yang tak menjadi. Selama 10 minggu. Akhirnya terjawab. Hanya 3 sahaja yang layak ke final.
Cham...Mmg kreatif lawaknyer...muka pun ada pakej ler...nanyi pun sodap. Lagi sedap dari AF nyer..hehe
XN3...PAk Chu dan Anu...best jugak..mmg layak ler.

Akhirnya Juara raja Lawak Astro dinobatkan kepada....

Nabil...berusia 25tahun. PAling muda dan berbakat giler...Saiful Apek leh kalah ngan dia nie...(maybe)

Tahniah..Tahniah dan sangat layak la menang...(aku undi dia woiii)..hehe

Thursday, March 13, 2008

Get Ready.. MAk Abah NAk Datang!!!

LApaq oiii... Mlm kelmarin aku teringat dan terasa macam nak mentekedarah @ melantak @ makan (cakap orang Utara) hehe, Pizza..Aku order Variety Combo Italian yang baru tu. Ha, amik aku. Puas makan, padahal satu jenis piza jer yg aku makan. Selebihnya aku bawak ke ofis pada keesokan harinya.

JAdi yang selebihnya jadi makanan tengah hari aku, ahaks!!!..
Petang sebelum balik umah selepas kerje, aku diberi sepotong kek coklat dari bos aku. Pergh!! Punya la tebal dan besar yang amat. Mampuih aku, mana nak letak lagi ruang dalam perut aku dah loaded sangat. Alamatnyer, tunggu mlm baru boleh abis kot. Selamat makan malam aku.
Erm, hari ni dan esok aku amik cuti. Pasal famili aku nak datang umah. Ada urusan penting yang perlu aku dan famili aku settlekan. So panggilan dan sms kekadang tak dapat aku jawab. Serabut kepala aku nak melayan. Apapun, la nie, aku fikir nak tgk tv kejap sesambil kemas umah. Maklumla, mak abah nak datang. Karang tgk umah aku serupa sarang hamster, mau mengamok orang tua tu...hehe.. ok... akhir kata untuk hari ini...

***wachaaa***

Wednesday, March 12, 2008

Do i?

Hehe....macma tk caya jer...yer ker nie...?...



Tuesday, March 11, 2008

Mengundi Dan KAmpung Halamanku..!!

Happy - Happy Moments

What a wonderful world...my home town.. Alor Star, Kedah. Aku buat keputusan untuk balik kampung lama kali ni selain dari mengundi, mmg nak jumpa adik kesayangan aku yang balik dari Sarawak. Dah lama sangat, hampir setahun tak jumpa. So masa ni lah nak berkumpul dan berkongsi masa bersama kluarga dan adik beradik.
A mug from my luvly sister. Thanks kak. Simple hadiahnyer. Walaupun biasa jer, tp 'besar' maknanya bagi aku. 'Just for u, happy belated besday'..
HA ha ha... bertolak dengan bas. Sesampai rumah, kitorang terus buka cerita. Sok sek macam2 cerita. Abah dan mak, mmg nampak seronok sangat sbb anak2 dapat berkumpul, terutama sekali aku ler. Masa ni, tak larat nak gelak. Abah mmg suka buat lawak. Ceritanya?.Salah satunya abah kene serang dek kerengga masa nak ambil telur kerengga, nak dibuat umpan memancing...HEhe..selanjutnya, tak leh cerita..memalukan ajer..Hehe..bila teringat jer, mmg aku ketawa sndiri..!! Ahaks!!
Anak abang aku yg no. 2. Yang kiri tu, Nazmeer dan NAzmeerul. Anak buah aku ni, mmg rapat dengan aku. Soalan paling diorang suka tanya,, "Pak Anjang bawak balik PS2 tak?..".. erm, tak de lain, tu la korang. Dah tu, kalu tak kasi main, pandai bodek. Buat air la, nak suapkan nasi la, hehe,... panjang akal diorang nie.."Sayang korang!!!"
Kenduri kawin adik kepada kakak ipar aku berlangsung semalam. Cara kampung dan sememangnyer orang kampung. Makanannyer simple sangat. Cuma kerabu perut, Gulai daging dan kurma daging. MMg sedap sangat walaupun simple.Tak perlu la byk lauk kekadang tu kan?..Membazir jer..Aku pun sedap punya pasal, balun jugak tapi kuantitinyer sikit her makan , tetap terjaga dan terpelihara dietku.HEhe.
Baju melayu putih, sama kaler dengan langsir. Hehe. Kira aci ler.

Lepas makan knduri, aku gegas g Pekan Rabu. BAgi sesapa yg tak pernah datang sini, ni ada sedikit preview tentang Pekan Rabu.
BUsana muslim ada dijual disini, kuih tempatan, dan kraftangan juga ada disini.
Songket, baju melayu siap dan tempahan diterima. Wah, promote nie...
Ubat-ubatan tradisional, pewangi (minyak atar).minyak angin dan sebagainya. Murah ooo...!!
Dari kiri, Abang aku (no 2), kakak aku (no. 4) dan adik aku yg dari sarawak tu (bongsu)...Malamnyer, kitorang main bowling. Merupakan acara wajib tau. Kalu berkumpul jer, mmg ni la permainan yg paling syiok buat kitorang. Aku sanggup bawak balilk, heret beg bowling aku tu ke kampung semata2 nak enjoy playing bowling with them. Baru ada Fight. haehe!!
"Percaya..pada diri dengan harapan dan keyakinannnnnnn!!!"... Sok sek.. ni part yang paling sedih nie. Berangkat pulang ke Kajang. Dengan bas double decker. Huhu..
Good bye my hometown..KAmpung ku, halamankku..."Ku di halaman rinduuuuu:"..huhu.!!!

Saturday, March 8, 2008

BAlik Kmpung Dan MEngundi Untuk Masa DEpan!!

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan..


Selamat Mengundi dan TEntukan MAsa Depan Rakyat MAlaysia...


Kerana Undi ANda Adalah Penentu....


Aku plak balik kampung di Alor Star, Kedah untuk mengundi dan layan cuti bersama keluarga tersayang. Aku akan update khabar dari kampung pada Rabu ini ok..(lamanya cuti)..Hehe..



Salam buat semua...Assalamualaikum...

Friday, March 7, 2008

Meeting! HAdiah! BAlik Kampung UNdi... :P

Happy - Happy Moments
Mesyuarat Agung KAWIP kali ke-20 semalam telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, kat ofis aku. Wah kah kah. Macam reporter. :P

1 hari suntuk , kerja tak der. Mesyuarat je keje kitorang. Ahaks. Apapun, selain dari mesyuarat ada sedikit jualan yang tapaknyer disewakan kepada penjaja kecil di ruang legar dewan.
Selain jualan, pemeriksaan kesihatan dari Ospital Putrajaya turut dijalankan. Ujian BMI dan darah dilakukan bagi pegawai2 yang terasa nak cek badan diorang. Baguih sangat buat gini. KAlu nak ke ospital, cek darah sesaja, jjgn harap ler...yer tak?
Kak Jun (dah anggap macam mak)...takut katanya bila nak kene ketik kat jari dia. Cek darah untuk kenalpasti tahap gula dalam badan. Hehe, muka cemas jer..
Tunggu giliran. Yang duduk tu, kak Mai, sebelah tu bos aku, kak Farizah. Kak MAi tu tau jer aku nak amik foto dia, terus senyum. Eleh, nak cover cemas dia ler, dia tau aku ni blogger. Ahaks!!
Meeting pun bermula dengan ucapan yang diberi oleh Yang Dipertua kelab; Datuk A... :P
Meeting tu sebenarnya, 1+1. Sekali dengan majlis perpisahan sempena pegawai yang pencen dan telah bertukar jawatan atau kerja. Inilah kawan aku. Kak Catz @ Khadijah. Dulu, sama kerja ngan aku di sektor yang sama tapi lain seksyen. Tp pada masa tu, dia dah ada degree. Degree pun, 1st degree. Hebat giler minah nie. Terus buat MAster dan dioffer ke KUITHO sebagai tutor. Dan kini terus menerus full time buat MAster. Dah kawin tahun lepas. Dan kini menetap di Parit Raja, BAtu Pahat Johor. Tahniah buat Kak Catz. Semoga Berjaya (dah ada tanda dapat babe nanti bgtau).. :P


Cenderahati @ Door Gift meeting... LAmpu Suluh..(batteries not included)..hehe.. Tak terjangka aku, leh kasi benda alah nie.. :P


HAdiah untuk diri sendiri, aku beli perfume RPM by Avon. Wangi. HArga asal RM 59.90. Tp aku bodek akak yg jual tu, dengan mengumpankan besday aku, so dia kasi RM30.00. Hehe, tq akak. Terkejut kengkawan aku, tawar sampai murah gitu. Padan muka aku!!
Dapat lagi hadiah walaupun kocik jo. Ini dari kelab kebajikan dan sosial sektor aku. Mmg setiap bulan, kalu ada yang sambut besday, akan diberi hadiah. Mmg best la. Cute, aku suka. ahaks!!

Sebelum terlupa, aku nak ucapkan selamat mengundi pada mereka yang mengundi saja. Yang tak mengundi tu, dok diam2. Hehe.
Aku akan balik Alor Star esok pagi dengan bas dari KAjang. Cuti hingga Selasa. PArents aku nak sambut besday aku katanya. Entah apa nak dibuat pun tak tahu. MAcam balik raya plak. Hehe.
Kebetulan plak, pc aku dirumah tu diserang virus,jahanam pc aku. HAmpeh tol. So tak dapat la nak baca atau update untuk hari ni.
akhir kata....selamat membuang undi dan...
***wachaaa***