nUFFNANG
Friday, August 29, 2008
My Happy Family-Kenduri Part 2
Foto di atas tu aku amik masa kami semua nak ke majlis kenduri pada 23 Ogos. Masing2 berlawa macam nak sambut hari raya jer..hehe...ala, biasa la kan..nama pun kenduri kawin.
di depan dari kiri ke kanan tu, mulai dengan abah, mak, 7 orang anak buah (menakan@saudara), manakala dari kiri di barisan belakang, pasangan abg dan isteri (abg no 2), kakak (no 4), kakak ipar bersama suami (abg no 3), kakak yg sulung bersama abg ipar dan aku (no 5 dan masih bujang)...hehehe...
notakaki: sepanjang minggu kenduri mmg aku melaram betul2..sempena wedding adik kesayangan aku ni..apapun tahniah dik!!
Thursday, August 28, 2008
Selamat Pengantin Baru Buat Adinda Tersayang
So tannggal 20 Ogos 2008 maka adinda ku telah diijabkabulkan bersama pasangan hidupnya. huhuhu, terharu sangat...akhirnya adinda aku kawin jugak....
erm, so semenjak aku mula bercuti, mmg kebizian yang amat sangat. Internet ada kat umah tp tak sempat nak bukak baca blog ker, update ker atau apa2 jer yg melibatkan internet. heheh
ni pun curi2 update la uols...kalu tak, mampuih aku nak taip gini kat ofis...hehe
Tuesday, August 26, 2008
Bersawang?..Rest kejap ye..
huhuh, pe pun....ada masa aku update la yer...buat masa nie mmg ada masalah sikit.. :(
so..nak amik masa bertenang dulu yer...
so take care yer uols....nanti aku update...
wachaaa!!!
Sunday, August 17, 2008
16 August '08-China: Meriah!
Memang riuh la dengan sorakkan,,,,dan ramai sangat yang datang nak tgk persembahan dari China rupanya. Mungkin selain mereka kini sedang menjadi tuan rumah sukan Olimpik, Beijing, China juga dikatakan pengeluar utama mercun dan bunga api..hehehe
So tak mustahil, mereka boelh menjadikan persembahan bunga api ini menjadi lebih menarik dan meriah...apapun, pada 20 Ogos nanti, giliran Canada pula,,,,so aku tak dapat nak tgk dan foto 2 negara dalam minggu ini kerana akan balik bercuti..huhu
apapun, ada banyak foto bunga api yg menarik dah aku snap tetapi aku letakkannya di facebook.
ok...salam dari awie....wachaaa!!!
Friday, August 15, 2008
World Fireworks Competition-PICC, Putrajaya
tp apa nak buat, ada sikit jer lagi, janji dapat...balun jer la...so ni jer yg dapat aku letakkan. selebihnya di facebook ok...wachaaa!!!
So ini jelah yang termampu. ada geng bebudak ofis aku yg tak dapat tgk persembahan ni jadi aku masukkan dalam ni supaya korang dapat gak la gambaran apa yang jadi.
Thursday, August 14, 2008
Pojie....Selamat Hari JAdi
Tuesday, August 12, 2008
Bowling lagi...Diddy FC...Chaiyok! Chaiyok!!
dah lama tak tgk diddy secara live, so kali ini ada peluang la. selain diddy, farah pun ada. tak ketinggalan mc pada hari itu, Farish 'Gaia'. Mmg best la dia...happening....
Ni lah farish...sibuk kacau maskot A&W. Sponsor untk coney dog, santapan tengah hari kitorang...baguih tol !!!
HAdiah mmg banyak. ada dari Era FM, HotF, A&W, BHP Petrol, dan DIGI. ada lagi yang lain2 aku tak hengat..tp best giler la uols.
Farah pantang dpat mic, dia mula la nak chewwit sana dan sini.hampeh!!
Diddy juga ada buat persembahan. Live ok..mmg sedap suara dia....
Bila dah selesai membaling bola dan menjatuhkan pin, hehe...acara penyampaian hadiah pun bermula.....berdebar nie!!!
Alhamdulilah, tak dpat no 1 pun tak per, ke-7 pun jadilah sebab main berkumpulan. tp kalu kira individu, aku tak la teruk sangat....dalam 3 game, jatuhan aku ialah 184, 176, dan 198. total 558 jatuhan pin. ok la tu...untuk catatan peribadi. ni lagi satu team kitorang, hebta jugak walaupun tempat ke-9. kalah sebab kurang latihan, tu jer. tapi tak per, nanti ada lagi lawna boling kat Mines, ok..time tu kita juara la kot..ahaks....insyaallah!!
Our new member n a new player....haha, abg Pozi. ada bakat, boleh tahan jugak. kene ajar sikit jer lagi...pastu terer la jawabnyer. hahaha...
ni mende ntah,,,ada buah dan jelly, sedap jugak...
spaggetti bolognese...sedap jugak la tapi tak leh lawan uncle Willian nyer penangan...alahai, lama tak terjah si uncle montel tu....hehehe...
dan Quater meal....kawan pompuan aku makan mende nie...lapar tak sangka katnaya, tp last2 ayam tu dia tak abiskan.....dari membazir, aku jugak la yg jadi cleaner nyer...huhu
Monday, August 11, 2008
Jom Makan2 Buahan Tempatan-Taman Wetland Putrajaya
Hari jumaat yang lepas, geng ofis kitorang, ada la buat makan2....makan buah-buahan tempatan...mmg tak sabar2 dibuatnyer. Berpusu dan bergegas selepas je time keje, kekitorang ke Wetland, Putrajaya....berlatarbelakangkan Tasik Wetland dengan suasana taman yang indah permai....
pun berbakul2 di bawaknya...ramai juga yg melantak buah ini. maklumla, jarang dapat makan or dijual kot...maybe bukan musim dia lagi...tapi selain durian, buah manggis juga jadi perhatian...(tak abis, leh bawak balik ker?) Buah mangga
Buah mangga @ mempelam ni mmg manis..sedap...tak tau la nak cakap. korang tgk la betapa cantiknyer isi buah ni....kunig, orange...kan?....
Disajikan bersama pulut.setahu aku, selain pulut ni dimakan dengan durian, ada yang makan dengan mangga tau...sedap jugak...tp malangnya aku jenis yang tak berapa layan sangat pulut..ntah naper.....tak de mood kot...ahaks.
Dukong : Langsat
Mana satu yang baetul ek?..aku tafsirkan langsat. tp ada kata dokong, ada kata duku...erm...lantaklah..janji bedal jer.
aku batuk tak baik2 lagi. so masa makan2 ni, aku kurang la sangat melantak. jadi kene aku, snappy2 jer....ambik gambar candid geng ofis aku...
abis la semua tabiat makan durian yang pelbagai gaya, terkeluar...kantoi!!!hehehe
ada yang makan tak hengat dunia, nak tertelan bijik pun ada....ada yang kejenya membelah durian jer tp makannyer seulas dua jer...
apapun, mmg enjoy that day...dan maaf yer uols...ni aktiviti geng ofis kitorang, so tak dapat la nak jemput korang yang diluar sana untuk join sama...
buat geng ofis, kebanyakan foto ni akan aku masukkan dalam facebook...so tgk sana jer lah yer...
salam dari awie...wachaaa!!
Saturday, August 9, 2008
Kenangan Tinggal Kenangan!!!
setelah aku cuba memahaminya, cuba menguji diri ini dan dirinya, kini berakhir sudah kisah aku dan dia...
Banyak kenangan indah telah dihabiskan bersama.....
ya, silapnya aku terlalu lama menyembunyikan rasa.
Aku cuba, mahu si dia...faham dan mengerti dengan kata hati, bukan dari mulut sahaja...
Tetapi apa kan daya, hanya dengan sekelip mata, jawapan yang aku terima....
.....sememangnya hampa belaka.......
Setelah apa yang terjadi pada aku, aku sudah bersabar dan bersabar.
ada kala aku keliru....pada siapa....ya, pada siapa....
tetapi mlm ni, terjawab sudah....pengakhiran dan kesudahan ceritera yang cuba aku bina..
"Aku berhenti berharap....dan menunggu datang gelap...sehingga di suatu saat, tak ada cinta ku dpat"....
"Siapakah, di antara kita...dengan rela menjadi pendusta...." "siapakah, dulu membina harapan, dan siapa....yang memusnahkan impian...atas sebab dan alasan kau lahirkan perasaan, bagai taufan...tiba2 datang...dan menghilang...."...
kadang2 aku heran , kenapa ada yang tak suka pada aku...ada yang benci...dan cuba mengelak dari aku....
aku ni hanya insan biasa...sememangnya seperti insan lain jugak..ada salah dan silapnya....
tidak boleh kah aku dimaafkan?....tidak bolehkah orang lain memaafkan aku?..jika aku ada salah dan silap....aku memohon maaf...
sekiranya sesiapa yang berkenaan terbaca entry ini, aku berharap...mereka senantiasa berbahagia,,,ya, berbahagia disamping mereka yang tersayang....
'Istilahkanlah peri cinta mengikut kata hatimu....isikanlah cinta dengan keikhlasan dari hatimu, serikanlah cintamu itu dengan kasih sayang mu...."
Terima kasih...sangat2 terima kasih.....
Salam...
Friday, August 8, 2008
Malaysia Boleh..KLWMBC '08-The Results
Chomsurang upatham Shcool MArching Band, Thailand
Merupakan sekolah perempuan di Ayuthya, juga menjadi pencabar hebat kepada MAlaysia khususnya. Persembahan muzik yang mengkagumkan dan kareografinya juga turut memukau semua orang. Wat Rajabopit School Marching Band, Thailand
MErupakan jura bertahan dari tahun lepas, mempersembahkan kareografi dan persembahan muzik yang mempersonakan, telah memberi kelebihan kepada band ini.
Victoria Institution Cadet Corps BAnd, KL, MAlaysia
MErupakan band yang sudah lama bertapak dan berkecimpung dalam arena ini, dengan kekuatan 80 orang ahli, juga bersaing hebat pada malam itu. Go Victorian!!! Bahana Cendana KArtika Duri, Indonesia
Nama pelik sikit, tetapi mewakili Indonesia dalam pertandingan kali ini. Masih mengekalkan identiti Indonesia, dari segi lagu-lagu dan tradisional tariannya.
Sekolah Menengah Sultanah Asma, KEdah, Malaysia
Dinobatkan sebagai Johan peringkat kebangsaan 2008, pernah melakar sejarah sebagai NAib Johan KLWMBC 2007, Award di festival Music di Guilianova, Itali dan pelbagai lagi anugerah yang hebat.
keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Pakaian Seragam Terbaik: Wat Rajabopit, Thailand
- Best Horn Line Award (Formation): S.M. Sultanah Asma, Kedah, MAlaysia
Bagi pingat pula, adalah seperti berikut:
- Pingat Gangsa: Brovst Pigegarde, Denmark
- Pingat Perak: Tanjong Katong (TK), Singapura dan Holland
- Pingat Emas With Honour: Sultanah Asma (Malaysia), Wat Rajbopit, (Thailand)
- Best Local Band: Victoria Cadet, KL (3rd), Sek. Chung Hwa, Terengganu (2nd), Sultanah Asma (1st)
- Best Band Open Category:
- Wat Rajpobit, Thailand(Champion)
- Sek.Men. Sultanah Asma, Kedah, MAlaysia (2nd)
- Chansurong Upatham, Thailand (3rd)
BAnyak lagi foto yang menarik telah aku snap. Tp kebanyakkanya aku letak kat akunyer Facebook...
Tahniah buat Sekolah Menengah Sultanah Asma, Kedah, Malaysia.....best la korang...mmg dah tau..korang masuk final....
Cayalah.....wachaaaa