nUFFNANG

Friday, February 29, 2008

Sukenyer....

Yeahaaaaaaa...Kursus dah abis...nak balik...nak balik.... rindunyer kat kengkawan dan Fifi...
***wachaa***

Thursday, February 28, 2008

Me, Myself & I : Happy BEsday to Me

Hari ini merupakan hari yang istimewa bagi aku. Walaupun tak la semeriah orang lain yang menyambutnya, tp aku syukur kerana Allah swt panjangkan usia ku, masih hidup hingga hari ini.

Ada yang antar sms, itu pun sudah memadai tetapi yang penting dari orang yg paling istimewa....Alhamdulillah, ingat jugak... ;)

Apapun, aku adalah aku. Apa yang aku lalui aku jadikan pengalaman dan sempadan juga pedoman buat aku. TAk kiralah baik, buruk anggapan orang terhadap aku, aku redha ajer lah.

Catatan hari ini bukan nak mengeluh tetapi mengenang kan apa yg tlah aku lalui, dengar, lihat dan rasa.... its ok for me. As long as aku ada kawan yg benar2 menghargai persahabatan, aku ucapkan jutaan terima kasih. :)

Salam buat semua yang juga menyambut Hari Lahir hari ini. Aku di Akademi AN, N9 selama seminggu berkursus, tak dapat nak enjoy sambut besday. Huhuuh..., sebab kat Enstek ni belum ada apa2 lagi semeriah di KL sana..so, syok sendiri ajer la melayan sms dari rakan2.

Apapun, sekali lagi sambutlah salam 28 Februari 2008, genapnya umur aku 2x tahun....ok... :)

***wachaaa***

Monday, February 25, 2008

JAlan Sikit-LAyan LAgu Artis Singapura!!!

Sabtu baru ni, aku dan rakan aku dari Singapura ke KL. JAlan Tunku Abdul Rahman atau JAlan TAR mmg gamat sangat dengan persembahan dari artis dan kebudayaan tempatan dari petang hingga malam, bertempat di pentas warisan bersebelahan dengan Panggung Collisium. Acara ini diadakan secara percuma pada setiap hari Sabtu. So kalu ada masa, g ah tgk yer...

Kawan aku tu ada production house. So dia bercadang untuk menemubual artis baru ini. Elffie R. Ismail. Anak kepada R. Ismail...Kalu nak tahu, R. Ismail ini adalah penyanyi asal lagu 'Gurindam JIwa'..dalam filem 'Gurindam Jiwa', lakonan Allahyarham Nordin Ahmad...tahu tak??...KAlu tak tahu, tak per..ahaks!!
Beliau berusia 26 tahun (sebaya aku)...merupakan artis baru kelahiran Singapura. Beliau merupakan bekas juara bintang Klasik FM anjuran RTM 2007. MMg berbakat sangat. Suara dia mmg grand banget,...ehe. Aku pun mengambil kesempatan mengambil foto bersamanya..hehe.

Ini Dina Malaysian Idol. Dina juga turut membuat persembahan. Dengan membawakan lagu hit beliau, 'Malu tapi Mahu', 'Hanya Memuji' duet bersama Fauzi One In A Million dan 'No One'..mmg best... :)...Comel sangat..lincah atas pentas..nasib baik tak roboh...!!..haha

Di akhiri dengan tarian dan nyanyian oleh Azizul Khamis. Beliau juga pengacara acara ini. Mmg best la abg Azizul..pasal gosip kat Melodi TV3 tu, kita rahsiakan ek...'Zipppp"...hehe

Fauzi One In A Million..vokal?..biasa jer...
Ni la Abg Azizul Khamis...best dia jadi pengacara...kelakar dan menghiburkan...cayalah !!!
LAst...minum air Orange Spirulina..sedap...hehe...
so dah sudah jam 12 mlm, kitorang balik ke rumah masing2. Kawan aku balik hotel dia ler. Esoknyer, bangun lambat. Ahaks.
Tapi, mulai esok aku tak de sminggu lagi..huhu....nak rest kejap...!!...ok...
***wachaaa***

Friday, February 22, 2008

Kerja Sambil Melawat Melaka...YEehhaaa!!!

Salam pembuka bicara dari sang Pangeran Cinta. Haha... Dah lama gamaknyer aku tak bukak internet, cek email, baca blog dan sebagainya. Byk yang aku dah tertinggal, terutama kabar tentang rakan2 blog. So sorry yer. Apapun, sebenarnya, aku outstation ke MElaka. Buat kerja la sikit, sesambil makan angin di sana. 2 + 1 punya kerja...haha...

KApal besar ni terletak di BAndar Hilir. Dijadikan muzium. Aku tak sempat masuk pun. Kerja la..so kene la tangguh pada tahun depan...haha.. !!
Bertolak dari Putrjaya, dengan kereta bos 'kecik', dari Putrjaya, semuanya berempat. Bonet kereta sarat dengan beg...waduh...Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Setibanya di Hotel NAza, tempat penginapan kami, aku ngan kawan aku, HAzree berdesup ke bilik perkongsian kitorang. Erm, tengoklah tu, sampai je bukak TV, cari channel Astro. Tak boleh tahan jika tiada hiburan...Poyo kan?..
Untuk pengethuan korang, Hotel Naza ni mmg dimiliki oleh NAza Corporation. Ala, syarikat kereta tu. Tlah direnovatekan dengan cantik sekali. Rate mmg murah dan selesa. Cuma makan je tak sedap...huhu. 2 star rated for this hotel...
Perut dah berbunyi. TAnpa berlengah dan menyalin pakaian yg rasanya masih wangi, kitorang semua terus kuar makan. MEnuju ke TESCO besaq punya. Dalam premis ni, tak sangka ada Kluang Station. LEbih kurang macam restoran kopitiam yg lain. Apa yang menariknya, rasa kopinya dan nasi lomaknyer...
Kopi Kluang Special... sodap kata bos aku. Tp bg aku, punylah pahit...bos aku punya rated, 9/10!! Dia ni peminat kopi, so aku no komen ler!!!
NAsi lomak Kluang Special. Semuanya sedap sangat. Banyak dan kenyang. Tengok ajerlah, nampak sedapkan?...Memang sedap pun. Aku kasi 9/10 jugak..hehe!!
Hari berikutnya, Selasa. KErja la apa lagi. Tetapi apa yg menarik, sesi lunch kitorang. MElantak di REstoran Lot 85. Memang popular sangat2.
Gulai Tetel Masak Asam Pedas. Sangat sedap. Aku suka giler dan teruja dengan rasanya. 9/10
KAri kepala Ikan...8/10
Ayam GOreng Berempah Ala Melaka. 8/10
Sesudah petang, abis kerja, kitorang bercadang nak round2 pekan. So terjah ke Dataran Pahlawan.
Punya la berjalan, aku rembat (beli) baju kaler purple ni, n seluar slack kat Brands Outlet. Dikhabarkan ada jugak cawangannyer di Damansara. Sesudah itu, balik hotel dan brehat ajer la...

"Alo En. Awie...saya tunggu di bawah yer..."... aku dapat kol daripada seorang staf auditi aku yg datang menjemput aku dan kawan aku Hazree untuk main bowling dengan pengurus negeri MElaka, auditi kitorang. So aku sudah ready, "Lets go babe.."...
Perlawan ke-3 ni aku ngan kawan aku menang besar. haha. Tp game sebelumnya, pertama dan kedua, hampeh sikit. Tak biasa dengan lane di Ampang Superbowl, Mahkota PArade ni. Apapun, mmg enjoy dan bergelak sakan, sbb masing2 buat lawak (off record...sbb lawak tu amat la merbahaya)...ups!@!
Makan lagi!!....keesokannya hari Rabu, lunch pulak di Restoran Minang, Telaga Biru. Lokasi tak jauh dari MAhkota Parade dan berhampiran dengan penambang...MAkan di sini, juga sedap, maklumla masakan Minang, Nogori Sembilan.
So rasa gulainyer jugak berbeza, ada gulai jering, sayur campur, rendang daging, gulai ayam, gulai ikan ketul, begedil dan minuman , jus Avocado mix with Chocolate. Aku tak amik fotonya sbb terlupa...kuang3!!!...(Asyik sangat makan, sampai lupa nak amik fotonya)
Petangnyer pulak, selepas waktu kerja, kitorang bershoping plak di Bandar Hilir. Biasa la disini byk menjual barang kraftangan yang menarik dan byk pilihan. salah satunya, Kasut capal gergasi / besaw tu...Mmg besaw.. 'BAng, berapa harganya/..nak beli la..."....
Aku beli tak la banyak pun. So, amik foto sendiri, untuk kenangan ajer...Priceless!!
Pastu g Mahkota Parade waktu siang pada hari Rabu tu jugak. TErpana aku bila melihat seni ukiran ni. Yg diperbuat daripada tepung. Hebat dan unik. Tuang yg buat benda alah ni, berada di KL untuk pertunjukkan amal. Erm, tak dapat la nak interbiu artis tu. Apapun , amik foto buat kenangan.
"Woi, amcam kita ni, tangan dan kaki bercerai badan..help..help..."
Apa yang kita lihat ini, adalah dari kanta pembesar. Patung kecil yang bersaiz hujung jari disusun dan diletakkan di dalam batu yang separuh ini. Hebatkan?..

Harganya, lebih kurang RM 8000 dan ke atas untuk set yang seperti di atas. Itu lah kehebatan seni, jika pandai dimanfaatkan, boleh jadi kaya oooo!!!
MAkan lagi...semalam hari Khamis, aku masa berjalan, ternampak menu ni kat HAng Tuah Mall, tak jauh dari hotel yg aku menginap. MEe BAndung Muar. Sedap ooo...!!! 8/10... Aku tak nak ulas panjang, sbb... entah,,,dah malas kot. haha!!
"Goyang...kasi hayun...pikul...jgn jatuh udah.."!!!..KEbetulan petang semalam, adalah hari terakhir sambutan tahun baru cina. Chap Goh Meh!!!...So bermula dari pagi, kata sorang uncle teksi, mereka berarak membawa patung dewa yang kecil itu dari kuilnya mengelilingi bandaraya Melaka dan kembali ke kuilnyer semula.
Muzium Budaya Cheng Ho...tutup plak. Tak sempat nak melawat..huhu!!
Sungai Melaka....bersih sangat!!
Muzium jugak ni. tp apa ntah namanya, lupa plak. Hehe..Kalu nak ke tempat ni, sebut jer 'JAm BEsar'...sure sumer orang teksi tahu..boleh diorang bawakkan.
Sehingga malam aku merayap kat bandar ni. Jadi, apa lagi. aku ke Jonker Street atau Jonker Walk. Tempat ni lebih kurang macam Petaling Street, bezanya cuma dijual barangan kraftangan yg unik dan tidak ada unsur paksaan untuk membeli. Ruang legar yg luas dan amat cantik kerana dihiasi cahaya 'tanglung'...menarik kan>?
Sesak dengan pengunjung luar mahupun tempatan
Terompah kayu yg cantik sangat. Aku ingat nak beli sepasang tp nak kasi sapa?...erm...
"Hi, kenal tak saya?....KAlu tak kenal, mari le berkenalan dengan saya..cute tak?..Saya tau, saya mmg cute..Khorrrrkkkgggg!!!"
KEbanyakan gerai dan rumah kedai di sini dimiliki oleh bangsa cina. Tetapi Restoran Tranquerah Bistro ini, diusahakan oleh orang Melayu kita. Aku tak sempat nak try sini, sbb masa tak mengizinkan. Aku rasa megantuk. Huhu!!! So jalan le lagi...
Menjual barangan kraftangan antik...mmg grand banget!!!
Tarikan terbaru di Melaka ini ialah 'The Eye On Melaka"...tak la besar mana,tp cantik sangat. So sebagai kenangan, aku amik la foto sendiri sbb syok sendiri. Hehe.. After that, aku berjalan kaki lagi menuju ke hotel. Aku kira dari Bandar Hilir hingga hotel aku di HAng Tuah MAll, ada la dalam 8KM...hehe...poyo kan?....
Mmg benar bagai dikata. Melawat Melaka, sama seperti MElawat Malaysia. KAlu ada rakan2 yg tak tau nak kemana, aku sarankan korang ke sini, Byk tempat bersejarah yg aku belum lawat. misalnya PErigi Hang Li Po, MAkam Hang Tuah, MAkam HAng Jebat, KOta A' Famosa dan sebagainya. Apapun...mmg enjoy la..ok. Nak kemas umah dan basih baju. Banyak la plak...huhu..
***Wachaaa***

Monday, February 18, 2008

Vivi Dalam Kenangan-Telah Kembali Ke asalnya.


Sedih...sunyi jer....
Terasa menyendiri...dan keseorangan...
Dah tiada teman, apa nak dikato...
"Sob..sob"...akhirnya, Fifi bersendiri. Aku juga turut menangisi pemergian Vivi. yg telah kembali ke asalnyer. BAngun pagi tadi, aku menguruskan pengkebumian Vivi. MAti akibat sakit yg kritikal hingga tak sempat di rawat di mana2 ospital berdekatan.
MAafkan la diriku ini..."Huarghhhh....."...
'nak wachaaa pun macam sedih sangat....'huhu

Gunting, Pidato; Adik angkat Jadi Pemidato Berbakat

"Rambut panjang ler"..kalu dah panjang, tak reti2 potong ker?...haha. Aku g Mines Shopping Fair kat Serdang tu. LAgipun lama tak pegi. So alang2 g lah potong rambut kat X-Cut. Aku g pagi kul 11.
Tu la Lianne...yg geget rambut aku..eh potong rambut aku. Sambil potong ambut, sempat kitorang sembang2. Syok, peramah sangat. Tq Leanne. Dia mmg izinkan aku masukkan foto muka dia dalam blog aku. Tq yer...
Sesudah itu, terus dari Mines aku ke UPM untuk menyaksikan pertandingan pidato. Tak penuh pun seat. Kalu konsert, sure penuh nyer yer tak???
Berlanggsung di dewan KOlej Kelima. Anjuran bersama Kementerian Penerangan Malaysia, UPM dan byk lagi. Mmg best. Pagi lagi dah mula pertandingan tetapi aku pegi petang sbb pagi sibuk basuh kain dan kemas umah. hehe..
Banyak kan gadget nyer?...Aku nyer kamera Fujiflm jer. Yang lain tu, adik angkat aku punya...


Ni lah adik angkat aku. Pemidato yang ke 30. Petah berbicara. Tp idea kurang sangat. Sbb dia kurang bersedia dan agak gugup. Apapun tahniah sebab menyertai pertandingan.


"Huh, lega. Dah lepas seksa..."...Sukenyer dia.
Poyo. Pantang nak amik gambar, suker ler....Uwekk!!!...
LAst, foto buat kenangan sebelum balik ke UUM. Good luck dan moga sukses selalu yer dik... dan aku plak, dari Isnin hingga Jumaat, aku di Melaka. Outstation. Nanti aku update la bila balik nanti yer.

Wachaaa!!!