MAlam tadi aku tak dapat nak melelapkan mata. Berfikir...merenung.....apa yang ada dalam fikiran aku, bercampur aduk....hinggakan aku jadi keliru....betul2 keliru....
Aku telah diberi tohmahan dan hinaan dari seseorang yg aku masih menganggap kawan, walaupun apa yg telah dikatakan di 'belakang' aku...aku tak peduli semuat itu kerana aku bukan manusia yg suka membenci...amarah...ikutkan perasaan, dan selalu menjaga hati.
Berterus terang ada sikap aku...yg telah aku amalkan sejak dulu, mahupun dalam menjalin persahabatan dan percintaan. Dah banyak pengalaman yg aku telah lalui...dan pelbagai cara telah aku cuba, dan kaji....ini hasilnya...bila cinta itu terjadi..:
1. Cinta = kalau nak bercinta, mesti ada pengorbanan, ikhlas hati, dan sedar akan kehadiran cinta dengan perasaan, bukan dengan wang ringgit
2. Cinta = Ada yg datang dan hadir dengan cinta pandang pertama, ada yang memerlukan masa...
3. Cinta = Perlukan kesabaran, bukan kekalutan dan kekusutan dalam perhubungan....
4. Cinta = Perlukan pengakuan...jujur dan berterus terang, bukannya mendiamkan diri, membisu seolah-olah mengharapkan bulan jatuh ke riba...
tetapi apa yang aku cuba dan berlaku, memakan diri aku sendiri...ini hasilnya:
1. Cinta = Apabila cinta tidak berbalas, cacian dan makian tambahan pulak dengan gelaran yang tidak menyenangkan dan menjatuhkan maruah seseorang yg entah berapa lama, itu yg bakal diterima oleh orang yang dibencinya...
2. Cinta = Boleh mengaburi mata bila cinta tidak diterima...perasaan menjadi buta pada sikap bersabar, dan ikhlas dalam perhubungan....
3. Cinta = Bila tidak diterima, dirasakan dirinya betul...tidak ada cacat celanya...semuanya salah dan buruk...langsung tiada kebaikannya...bagi yang menolak cintanya..itu hukumannya.
4. Cinta = Yang paling pentng, cinta perlukan duit...Duit menjadi ukuran. Diungkit pasal duit, walalupun tidak begitu keadaannya, tetapi cerita yg direka menjadi benar bila diketahui pihak ke 3...yakni sebelah pihak sahaja.
Apa yang terjadi pada aku, telah pun berlaku. Apa yang dirasakan oleh insan yang aku hormat dan anggap sebagai kawan pada mulanya tetapi perasaan ini, telah berpindah kepada yang sebaliknya...
Tetapi malangnya, apabila cubaan demi cubaan telah aku buat, untuk menjaga hubungan itu,,,akhirnya gagal.....dan apa yg dipersoalkan oleh mereka adalah... PERASAAN MEREKA YANG TELAH DIPERMAINKAN .....tetapi bagaimana dengan perasaan aku?...adakah mereka memikirkan tentang itu?...ini tindakan mereka dan situasinya...antaranya:
1. Selalu sms, bertanya khabar...jumpa berkali-kali...bila hati dah terpaut dan diluahkan...balasnya " Aku tak boleh memberikan apa yg ko harapkan dari aku...aku harap ko faham"... Si D...
2. Jatuh hati pandangan pertama oleh A...tetapi disebabkan tidak mahu terjadi perkara seperti di atas, aku membuat keputusan...berkawan dahulu...Tetapi malangnya, A terlalu mendesak aku untuk mencintainya...Aku tidak boleh mengulangi kesilapan itu lagi. MAka tindakan aku...MENDIAMKAN DIRI...sekadar teruskan berkawan biasa
3. Seorang yang muda, yakni sebaya dan seusia dengan adik aku, B... hadir dalam hidup aku. Datang dalam keadaan perasaan yg juga seperti yang dirasakan sekarang, datang sekadar kawan. hubungan semakin rapat, dan di hati ini, anggap dia betul2 lebih baik dari adik kandung aku sendiri...Tindakan aku, telah aku berterus terang bahawa dia aku anggap seperti adik aku sendiri...aku sayang dan sangat sayang...sampai sanggup aku membandingkan dia dengan adik aku sendiri...
Tetapi malangnya, hubungan kami semakin renggang..entah kenapa...yang aku sendiri tidak menyedarinya... adakah hanya aku yg bersuara atau si B yang membisu menantikan sesuatu?...aku berfikir dan kemudian terdetik di hati...apa yg si B mahukan...
Pengalamanku, tidak mahhu terulang lagi...tetapi hati ini telah berpindah lagi...sabar dan sabar...Malang menimpa lagi, aku terlambat...hubungan renggang dengan begitu pantas...
4. Berkenalan pula dengan seorang sahabat yg telah lama kenal dulu, tetapi muncul kembali dapam hidup aku. C... soerang yang bersahaja, agak pendiam, baik hati, dan banyak lagi sifat dia yg aku kagumi...sejak perkenalan kami, hubungan kami agak rapat dan semakin rapat.
Tetapi, hubungan yg rapat ini telah mencetuskan perasaan sayang, cinta..hinggakan C membuat keputusan drastik..meluahkan "Aku cinta padamu"...
Aku terkejut...Aku kaget...Fobia aku datang kembali...Adakah akan terjadi lagi seperti si A?...Mungkin,...tetapi aku cuba jelaskan, "Kita berkawan baik dahulu...jgn ikutkan perasaan...cuba kenali hati budi lebih dalam lagi...supaya hubungan tidak terputus di tengah jalan".....
faham?..Aku dah jelaskan berkali2....Faham tak?...si C kata dia faham. Sepanjang perhubungan, ada perselisihan faham...putus kawan kejap. Kemudian sambung balik, sebab perasaan aku pada dia, sangat2 kuat...aku tahan dan sabar...cuba dengan cara lain..." Aku mesti buat sesuatu"...
Aku cuba baiki hubungan itu, sebaiknya...aku cuba terangkan sekali lagi, apa yg aku rasa dan apa yg dia perlu dan terima buat masa itu. TEtapi jauh disudut hati aku, perasaan itu, nyata memenjarakan cinta...kuncinya?...ada pada si C...
Dari kg, datang ke KL...selama 4 hari...tak lama tetapi bermakna...Hubungan makin pulih, dan rasanya aku telah berjaya menyakinkan dia...tetapi...
sekembalinya dia ke kg, sebaliknya berlaku... aku di katakan memainkan perasaannya..yer ker?...Persoalannya, adakah aku yg mempermainkan atau aku yg dipermainkan?...Setelah aku mengambil sikap berhati2, aku jugak yg dipersalahkan?...
kami chating di YM....tetapi itu tidak memadai...aku tiada pilihan selain meluahkan perasaan sebenar aku...cuma tindakan aku sudah terlambat...kerana aku telah merancang untuk melafazkannya di suatu tempat yg aku rasa sesuai untuk 'melamar'nya..
Sudah terlambat...aku terus berchating dengan memendamkan apa yg aku sudah rancangkan...
Kenapa disini baru aku ceritakan?..Disebabkan aku rasa tidak adil jika, cerita ini disebelah pihak sahaja...
apa yang aku lalui dengan si A, B, dan C juga Si D...menyebabkan aku konfius atas tindakan aku...
Disebabkan aku berpegang kuat pada nasihat seorang rakan yang tak kenal lama, tetapi mesra... si G, aku pasrah dan menerima apa jua kata2 yang telah dibuat..Tiada niat melukakan hati sesiapa...aku juga insan yang inginkan cinta, mahu bercinta dan merasai ertinya cinta...
aku sedar, aku tidak berkereta..hanya menumpang tetapi tidak bermakna aku mengambil kesempatan...Aku tidak sangka, keikhlasan aku dipertikaikan...tetapi sikap 'ungkit-mengungkit'...amat aku takuti...
Aku ingat pesan abah aku, "Jangan makan budi orang, nanti bila diungkit, merana diri"...benarlah kata abah aku sebab dia juga pernah mengalaminya...
Apapun, buat A, B, C dan D...aku tau, korang membenci aku. Tetapi bg aku, itu hanyalah perasaan amarah, dan lain2 perasaan yaang tidak perlu aku sebutkan disini, aku tetap mengganggap korang semua sebagai kawan...
tidak kitalah yang pernah berkata belakang aku, aku tau, sama ada sedar atau tidak sedar, mereka jugalah yg mematangkan aku....
Blog ini penghubung segala kisah hidup aku. Walaupun apa yg aku ceritakan ini, bukanlah 100% tereprinci, menggambarkan semua yg terjadi...ada bnyk lagi yg aku simpan dan aku jadikan panduan buat aku...
Dah banyak aku alami, dan blog ini jugaklah, titik tolaknyer, persengketaan, suka, duka dan sebagainya...aku juga sedar, puncanya siapa dan datang dari mana...aku sedar dan redha dengan keadaan itu,...
Buat kengkawan yg membaca entry ini, sama ada sedar atau tidak, aku memohon maaf kepada org yg berkenaan, jika ada salah dan silap aku. Halalkan makan minum, masa dan tenaga yg telah dicurahkan...walaupun aku juga telah berbuat demikian...
rasa sedih aku, membuatkan aku tidak dapat tidur dengan nyenyak, memikirkan persoalan yg berlegar di ruang fikiran aku...
tetapi pagi ini, aku tekadkan semangat, aku tetap aku....biarlah apa orang kata, aku tetap menganggap, mereka yg berkenaan sebagai KAWAN....tidak ada istilah membenci...kerana aku sedar, kita sama2 manusia...ok..
Terima kasih sekali lagi...
Awieworld akan terus berblog dengan rasa penuh kasih sayang, buat rakan2, walaupun ada yang membenci... Terima kasih buat G...