nUFFNANG

Tuesday, March 30, 2010

Hentak Kepala kat Dinding!!!

Hentak kepala kat dinding...



Bagus punyer title. hehe. Tp mmg betul2 terjadi. Aku ni migrain. semalam mmg sakit sangat. tak leh tahan sakit sampai terpaksa aku hentak kepala aku kat dinding. Baru lah ada rasa lega sikit.

Lega sikit jer...pastu aku sakit balik. Puas aku bertahan sampai jam 5 petang.

Dari ofis terus ke rumah...sampai rumah pun dah basah tapi belum lencun kuyup, sebabkan hujan baru mula turun.


Sampai rumah, aku sempat la bukak baju...nak keluarkan haba panas badan. Tak lama lepas tu, sakit aku datang menyerang balik...mmg sakit giler. nak nangis aku dibuatnyer. Tp sakit yg aku alami ni ubatnya air mata jer...so nangis jer la...huhu!

Yer la, dah macam2 sakit yg aku rasa. Bercampur ngan sakit kepala lagi yg amat sangat, nangis jugak la.

Last2 aku tertido, bila terjaga lepas tu masih lagi sakit. Even masa tido pun aku terasa juga sakitnya. Kali ni sakit aku paling panjang, tak pernah aku rasa macam nie punya sakit.

Dah nak sampai ajal ker?...

Agaknya la kot...

Hurm...ada ke yang peduli?..Aku sendiri pun tak peduli pasal diri aku sendiri. Kalu sakit, aku tahan then aku nangis. Nangis jer la ubat aku kanz..


Masa aku macam dah nak tamat..dah nak sampai penghujung.


Ish, buntu gak yer. Susah nak jadi manusia nie. Bukan senang....

Dah diciptakan cukup sifat, tiada cacat cela pun masih ada yang tidak sempurna...aku la tu!

Suka aku katakan yg aku ni tiada yg istimewa. Apa kata aku cuba buat orang gembira?...

Buat semua orang yg aku kenal happy?...

Biarpun hati ni macam dah nak jadi hampas, tp aku kene cuba jugak supaya tak jadi debu. Ada juga mampatnya.

Aku cuba..dan cuba dan cuba...Dalam hati ni tak siapa yg tahu.

Dah ke arah jalan yang aku sendiri dah lelah, letih dan pedih yang aku hirup..hampa yang aku rasa.


So next step....

Make people happy...ok..

Peace no war!!

Monday, March 29, 2010

Pendam...

Tahun ini banyak mengubah corak hidup aku. Begitu juga yag lain. Aku percaya, ramai teman2 di sana juga berfikiran yang sama.






Aku dah genap 28 tahun. umur yang boleh dikatakan benar2 ideal. Aku rasakan aku antara yang paling bertuah. Lahir pada tarikh 28 Februari 1982. Umur tahun ini juga mencecah 28 tahun dan berkahwin pada tahun ini juga dengan pasangan yang seusia dengan aku. Ya...tahun ini mengubah segalanya...







Persoalan yg sedang aku fikir..sekian lama dan selalu aku fikirkan. Dari dulu tak pernah selesai. Entah di mana kekurangannya...Persoalan yg tidak pernah terjawab, walaupun pernah cuba dirungkai, tetapi nampaknya masih kekal di paksinya.







Apakah kekurangan aku?..



Mengapakah terjadi kepada aku?...



Dimanakah silap aku?







Persoalan ini hanya sebahagian kecil sahaja. Terlalu banyak persoalan yg timbul dan bercampur aduk di dalam kepala otak aku. Sampaikan aku tidak tahu membezakan mana satu persoalan dan pernyataan.







Aku ni macam boneka. Kalau suka, boleh ambil. Kalau tak nak, boleh campak kat mana2 tempat yg mungkin nanti ada yg akan peduli. Lebih kurang macam tu lah agaknya keadaan dan perasaan yg aku rasa selama ni.







Dah lama..mmg lama. setiap kali parut berdarah kembali, persoalan yg sama timbul dan sering aku bertanya pada diri sendiri...keresahan, keraguan dan kadang kala aku merasakan diri aku ni yang paling malang. Tiada apa yg istimewa pada aku. Tiada apa yg boleh aku banggakan.







Paling aku sedih sangat, bila aku selalu di salah tafsir. Kenapa?...Aku ni memang tak pandai berkata-kata, sebab aku bukan yg orang yang istimewa. Hanya biasa-biasa saja.







Aku seperti dah dilabelkan...di cop..hurmmmm!!!







Siapa yang faham keadaan aku nie yer?...



Siapa yang boleh aku percaya?..







Nak menjawab soalan sendiri pun susah sebab aku pun bingung...siapa..siapa dan siapa.







Aku ni macam burung yang patah sayapnya. Tak ada ganti. Tapi ya lah, aku bukan orang yg suka mengganggu hidup orang lain. Aku cuma membantu, setakat yg aku mampu. Aku tahu hidup aku tidak sempurna, kisah hidup aku juga begitu...dan aku sendiri bukan yang sempurna.







Aku pendam..aku simpan...duka aku yg dulu. Yang pernah dengar cerita aku biasalah..masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Hurmmm..







Pada ketika ini, saat aku menaip entry ini, aku masih merahsiakan apa yg telah berlaku. Secara jujur apa yg aku rasa. Sebab aku sendiri tidak pasti sejauh mana kepercayaan aku pada mereka yg aku kenali selama ini. Baik yang lama, baru dan ada yang aku anggap macam sedara aku sendiri...







Tp aku cuba tidak rasa menyesal, aku cuba. Aku mesti terima seadanya kerana aku perlu sedar, aku bukan yang sempurna. Aku hanya mampu tumpang kegembiraan orang lain, hanya menumpang. Atau juga aku memberikan kebahagiaan aku, korbankan jiwa aku demi kebahagiaan orang lain. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi. Biarlah aku terbang tak sama tinggi, berjalan tak sama langkah, tp aku cuba walaupun aku terpaksa menjadi bukan diri aku yang sebenar.







Bila sampai masa aku harus pergi, aku pergi. Ketika itu, tak mungkin aku berpaling lagi...biarpun luka yg aku tanggung kian parah dari hari ke hari, ubat ku hanya titisan air mata.







Aku mungkin tak terdaya lagi menanggung perasaan ini..sampai ketika aku harus pergi.

Tak Ku Rasa

Aku tidak tahu dimana silapku
Meruntun hiba sendirian termangu sepi
Hilang aku dibawa resah dan pilu
entah ke mana jalan harus ku lalui

Malam ini bukanlah malam mimpi ku
Meraba dalam pekat malam
mencari sesuatu yang tak pasti
buta mata ku...kelamnya hati ku...

cahaya yang ku nanti...tak bersinar kembali
menyuluh jalan ku...aku tidak pasti

bila aku ditemani...hanya kenangan sepi
warna yang terindah tidak lagi ku lihat..ku rasai

Lirik/Lagu: Awie MSM