nUFFNANG

Wednesday, February 24, 2010

Raksa Hati

 
Raksa Hati
Pandang lah aku...
Renung lah aku...
Pada mataku...
Selami hatiku...
Jelajah jiwaku...
Dalam rasaku...

Yg dekat dengan hatiku
Pasti resah mengenangku

Yg jauh dengan hatiku
Pasti hilang meninggalkanku

Lelah dada ini melemaskan 
segenap jiwa yang tidak kesampaian
untuk terus bahagia sepertimana aku yang dulu

ini semua terpantas buatku
mengorbankan sesuatu yang aku mahukan dulu

tidak mengapa jika kau tidak mengerti
tetapi harapan ku..kau fahami
aku yang terbaik
 

Friday, February 19, 2010

Bila Pena Mula Berjoget, JAri Mula Menari


Assalamualaikum pembuka bicara. sememangnya dah lama aku tak aktif blog. kesibukan dengan aktiviti dan peribadi yang pernuh dengan suka, duka dan malah bercampur emosi membikin aku runsing, fening dan macam2 lagi la.

Aku tidak tandus dengan idea tp kemalasan yg mengatasi segalanya..hahaha...pepun insyaallah tahun ini aku akan cuba update blog aku ni setakat yg aku mampu...pada yg masih setia mengunjungi blog aku ini, amat lah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

Anyway sejak Oktober 2009, ketika aku stop kejap dari dunia blog, banyak perkara dah berlaku. yg baik, yg buruk, sedih dan gumbira...bercampur aduk. lumrah kehidupan manusia biasa yang tidak sesempurna yang MAHA ESA. aku akui, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tuhan yang tentukan..kita hanya merancang sahaja..namun kehidupan mesti diteruskan. kita perlu harungi nya..sepertimana aku kini.

kini, aku pastikan jari jemari ku menari lincah, pena ku berjoget rancak aktif kembali berblog...sekian lama aku tinggalkan..ok...tq

Thursday, October 22, 2009

United Kingdom..London

UK...bukan Ulu Kelang yer tetapi United Kingdom. salah satu tempat yg amat la menjadi kegilaan kebanyakan orang sebagai destinasi percutian, amnya.

Aku ada la sedikit niat nak ke sini hasil dan ekoran dari pujukan kawan2 yang nak melancong ke sana. erm, tetapi ntah kan bila leh ke sana..maklumla belanja ke sana bukan calang2 ok. mahal kan..kan...tambang flight saja mencecah ribuan (tak tau exactly berapa RM) dan penginapan lagi..huhu..

pak Su aku yakni bapa saudara aku pernah ke LOndon. atas urusan kerja, beliau dan ke merata tempat sekitarnya dengan rombongan kerja dari Malaysia...beliau sememangnya pertama kali ke sana ..ni buat aku jeles giler nie.

famili aku sememangnya bukan golongan berada begitu juga dengan bapa saudara aku tu tp dah sebab urusan kerja dan disponsor, dpat juga dia g ek..hehe

so untuk membolehkan aku ke sana, sapa nak sponsor aku..angkat tangan?...hehe

Monday, October 19, 2009

Suka nyanyi..ke mana pergi?


sebelum ni aku ada buat entry pasal menyanyi kan. yerlah, secara tak langsung aku ada citer psal famili aku yg boleh menyanyi walaupun tak la sehebat mana. so bila dah ada bakat tu, sikit2 terbawak2 jugak...hinggalah aku kerja..

aku mula bergiat dalam seni nyanyian ni sejak aku sekolah tadika lagi...yer la, masa tu mmg suara bebudak lagi..serak basah..hehe belum akil baligh la katakan...ahaks. so masa tu aku nyanyi lagu nasyid tau...muslimat sangat!!!

tp bila dah meningkat dewasa, aku kurang aktivit nyanyi tapi ke arah menari. aku terlibat dengan tarian kesenian melayu masa aku sekolah rendah dan menengah tingkatan 3. then tingkatan 4 dan 5 aku tak lagi bergiat aktif sebab nak fokus pada SPM (Vokasional).

then stop 3 tahun lagi sebab sambung belajar. tp bila dah dapat keje aku sambung balik seni nie. so dari situ lah aku mula kergiat aktif semula di tempat kerja aku yg sekarang nie. hasilnya, jgn kata nyanyi, koir pun aku bedal. janji ada aktivit seni. mmg tak leh nak lekang la dari bab seni nie.

padanlah aku ni keje melalak dalam toilet, g karoke kat Redbox..melalak sampai tak ingat dunia dah,.,..nak muntah pun ada heheh..

sekian saja cerita betul aku...ntah apa angin nak citer psal nie...poyo kan!..ahaks...daaaa

Thursday, October 15, 2009

Terengganu...3 hari 2 malam

Ahlan wasahlan...selamt datang..haha...mcam duta mesjid la plak ek..ni bukan apa, nak sambung citer pasal trip aku ke Terengganu. Selepas balik dari cuti hari raya, yakni 28 aribulan aku dah mula masuk keje. punyalah malas tak hengat, maklumla dari bercuti panjang kan..nak cuti lagi tak boleh dah sebabnya ada tugas yg perlu aku pikul. nak tau apa?...

apa lagi kalu bukan koir dan menyanyi untuk persembahan pada makan malam di K. Terengganu tu nanti. adoiyai, aku tak prepare apa2 pun. tetiba jadi bidan terjun. nasib baik terjun tak mati yer, penat jer ada lah..ahaks..


banyak tol replika masjid nyer yer...
aku ke K. Terengganu pada 2 aribulan. naik bas. (foto tak de sebab aku malas nak amik)hehe. dari 2-4 aribulan oktober. naik bas hokey. bukan main sakit pinggang. tp tak bosan la sangat sebab dapat naik bas yg special. hehe, bas artis la katakan...so nak elak boring, kitorang semua bebudak koir balun berkaraoke dalam bas. mmg syiok ooo...ahaks
ada byk citer kat sini, tp sebahagian saja yg aku masukkan sebab tak de gambar sangat pun. so foto2 yg ado ni aku nak citer pasal lawatan aku ke Taman Monumen TAmadun Islam. erm, menarik tempat nie. terletak dan terbina monumen masjid terkemuka di seluruh dunia. termasuklah taj MAhal, Masjidil HAram, MAsjid Negara pun ada dan lain2 lagi. kitorang dapat masuk percuma..haha best kan...tp itu jer yg ado...jgn harap la nak ada taman tema air kat sini plak yer..heheh

Bayang2 aku, guna my hp...

dah malam hari terakhir kat sana, aku dan beberapa teman koir aku tu saja jenjalan kat tepi PAntai BAtu Burok. tak la burok pun tp bosan sikit la sebab sunyi hjer. (jgn marah yer orang Ganu)... so kitorang pun sibuk la buat fotoshoot konon..buat aksi melompat...guna kamera diorang la. aku tak bawak kamera sebabnyer bateri low la...lupa nak caj..kalu tidak..hahaha...gempak ler!!
esok harinya, hari terkahir memasing nak berangkat balik naik bas la kan. mula la nak fikir dan hitung berapa RM plak la yg nak kuar dari wallet aku nie. yer la kan, nak beli kopok leko berapa batang, kopok goreng lagi...adoiyai..poning den...tp aku beli jugak la sikit mana yg aku sempat jer la...tp sikit menyesal sebab beli sikit sangat la plak...mmg sedap la kopok leko nie..aku ni jarang sangat makan kopok gini..huhu...nak buat cam ner...dah nasib badan...hehehe
tu je la citer untuk kali nie. nanti aku sambung lagi...ok...hehe.
wachaaa!!!

Wednesday, October 14, 2009

Indahnyer seni...

Aku ni minat denganfotografi. tak kisah la guna hp ker, DSLR ke mahupun compact camera, asalkan amik gambar. tp kan malas sangat nak cuci. ntah kenapa. suka simpan dalam pc..dan ada masa tgk balik foto2 tu...patutnyer cuci la kan tp tak semua yang kita cuci dan simpan dalam album kan.

minggu selepas pertandingan nyanyi tu, ada plak Kuala Lumpur Photography Festical. serentak plak dengan promotion Visit Thailand kat Mid Valley. tak mungkin aku lepaskan peluang itu..haha..
Tp kan sebenarnya aku pada hari minggu tu ke KL jer. jenjalan....tak plak aku alert dengan event nie tetapi nasib baik la aku ada kawan yang cakap pada aku melalui telefon....adoiyai...harus aku pergi dan jgn lepaskan peluang itu yer. ahaks
aku amik kesempatan itu untuk melapuk kat sana. macam2 la promosi yang ada. mmg best dan layan. dan aku juga sempat la cuba nasib untuk sertai pertandingan shoot the models yang kat atas ni ha. aku hantar penyertaan 2 keping jer...2 yang di tengah tu la yang aku hantar. rasanya macam ada peluang sebabnyer aku sempat tanya fotografer yang lain, sembang dan tukar idea...diorang pun suka foto aku. so masing2 hantar la. tp yer la, rezki ditangan Tuhan. huhu, tak dapat la plak hadiah utama kamera digital Fujifilm tu. saguhati pun tak dapat...yer la,,,berlawan ngan kamera DSLR yg power giler dari aku...
apapun akan aku cuba lagi kalu ada tahun depan...harap2 ada la peluang yer...hehe
so di kesempatan ni nak ucapkan selamt buat sahabat yang berkaum India, balik kampung tu hati2 yer..raya this saturday kan..haha...selamt menyambut deepavali...

Monday, October 12, 2009

Entry lama...tak lapuk...tp macam dah basi..hehe

Ish awat la baru hari ni aku teringat nak buat entry nie. Bukan malas tp tak de masa la...huhu (padahal malas gak)..heheh...

Terus ajer yer aku nak story yer. Ni bukan apa. pasal pertandingan lagu patriotik. sebelum posa hari tu ada pertandingan mencipta lagu patriotik anjuran bersama JAbatan Penjara MAlaysia dan Universiti Sains Islam MAlaysia (USIM) yang telah berlangsung di Putrajaya.

event ni dah lama la kiranya kan. bebulan...baru ni aku teringat nak story...tak de bahan la katakan..hahaha.. ok. apa yang menariknyer pertandingan ni adalah penyertaannya. Lirik dicipta oleh banduan-banduan yang berada di Penjara seluruh Malayssia. Kira penyertaanya terbuka ler nie. Kemudiannya lirik yang dicipta akan diserah kepada student berbakat di USIM untuk mencipta lagunyer plak. so, macam2 la rentak yang dicipta dengan lirik yg mmg menarik. sesuai dengan tema 1 Malaysia...erm,...penyanyi?.....meh nak habaq...

BUkan calang2 yer...Noraniza Idris pun turut menyumbang tenaga....memang lunak...

ni apa nama ntah...tp best la suara dia....lawa pun lawa....hahahaha

sahri AF ni pun tak melepaskan peluang untuk sama2 menyanyikan lagu patriotik...tp suara dia macam orang tertelan biji durian...gulp! Gulp!

Ha, ni vokalis kumpulan nasyid UNIC....mmg merdu sangat suara dia tp malangnya kemenangan tidak berpihak padanya...

Zarina AF ni pun ada jugak...tp performance dia tak la gempak pun. syiok sendiri ada adala...siap angkut famili lagi kasi support..hahaha
Sapa tak kenal...champion lagu patriotik...berbadan besar dan tegap...mak oi...mmg besaw siot....Roy...abg Roy ni rupenyer kenalan abg aku...masa bila depa kenal?....lantak hang la!!!!
Ni la abg aku...abg kandung ok...dia ni berbakat besaw gak walaupun badan dia kocik jo..haha..suara mak oi...mmg best. dalam famili aku, dialah yg paling jauh ke depan dalam bidang seni nyanyian. Aku bgtau ni bukan nak tunjuk famili aku hebat tp sekadar berkongsi ngan korang semua tu jer...dah abg aku pun turut bertanding...apo nak di kato..haha...
so keputusan pada malam tu abg Roy menang..kalu tak salah aku la...tp yg selainnya aku tak tau..pasalnya aku terus chow sebab dah letih...tak larat...ngantuk pun ado...ye rla lagu patriotik kan...lainla Beyonce ker, Sean Kingston ker, mau terbeliak biji mata aku..mengantuk pun aku sangguop tahan..hahah
appapun selamat menyambut Deepavali pada yang menyambutnya...hokey...daaaaaa!!
wachaaa!!!