Minggu ini, especially ari ini Jumaat terakhir sebelum kita melangkah masuk ke Tahun baru 2008. Aku amat berasa bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini, Alhamdulillah.
So tanpa melengahkan peluang dan masa yang ada, sementara menunggu azan dan masuknya waktu, aku amik la beberapa foto sekitar masjid Putrajaya yang indah dan permai ini.
Mula-mula tu segan jugak, tp bila dah mula apa aku pedulik..janji aku dapat amik foto ni. Aku terpesona dengan keindahan seni bina Islam yang ada pada bangunan ini. Cuaca pun cantik, terang, tak terlalu panas seolah-olah ia juga sudah bersedia menyambut kehadiran tahun baru.
Pandangan sisi dalam masjid di tengah dewan solat
Ruang dalam kubah besar masjid yang masih tersergam indah
Pandangan sisi dalam masjid di tengah dewan solat
Ruang dalam kubah besar masjid yang masih tersergam indah
Gambaran sisi dari penjuru selatan masjid
Keadaan dalam masjid selepas selesai solat Jumaat
Cuaca yang cantik, terang dan tenang telah membangkitkan suasana damai dan ketengangan di jiwa..Syukur alhamdulillah.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan mercu tanda kerajaan dan
pemerintahan demokrasi negara.
Ari ni mmg hari yang berbahagia bagi aku walaupun aku sorang je syok sendiri..hehe. Byk kenangan di tahun ni tapi sedih-sedih jer. Tak nak la aku sebutkan apa perkaranya tetapi secara tak langsung ada dalam blog aku untuk tahun ini. Aku cuma berdoa kepada Allah swt agar aku diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjalani hidup ini. Juga dengan harapan, aku akan menyayangi sesiapa yang menyayangi diri ku ini...tak rugi kita berkasih sayang sesama umat ISlam..renungkan!!
2 comments:
masjid itu indah seindah agama islamnya...
Alhamddulillah...selamat menyambut tahun baru myfisol..thnks
Post a Comment