Aku punya la tak sabaq2 nak tgk movie yg baru nie....Transformers: Revenge Of The Fallen...tayangan sepatutnya 24 aribulan tetapi sebab aku ni tak sabaq2 nak tgk citer nie, aku usha baik punyer list movie yg akan ditayangkan...dah buka je tenet rupenyer dah ada tayangan pada hari selasa...hahahaha...
dengan tak kira duit dah tak de dalam wallet, maklumla penghujung bulan nie,. tengah sesak nie...apa aku peduli...tarik la duit makan, beli tiket wayang ...jam 5. Hegeh kan aku!!!..
tp tak le keseorangan...kiranya selepas g mandi air terjun tu, kami mmg dah plan nak tgk movie lepas mandi tp cadang nak tgk waktu malam...baru layan kan...maklumla movis tu 2 jam lebih...
so aku tak de pilihan lain, takut tiket habis, aku pun dah sedia beli tiket hari isnin lepas keje, singgah kat GSC ALAmanda, Putrajaya. huh...orang tak ramai time tu..apa lagi, beratur la beli tiket.
yg malam dah habis, so petang masih ebelebel...aku tak kira..bedal jer jam 5 petang nyer show. janji dapat tgk movie...dah lama tunggu tau..!!!
so lepas je mandi kat Sg Gabai bagai, gerak terus ke alamanda n tunggu je timenyer...bila dah buka hall 1, huh...punyalah xcited...tak sbar nie...dah mula tayangan bagai....rasa macam nak nangis siot...huhu
citer ni mengisahkan tentang Fallen yg merupakan salah satu dari 8 PRIME yg berpaling tadah dan bangkit untuk merebut kuasa sebagai penakluk dunia. NAmun kebangkitan beliau ditentang oleh AUTOBOTS yg diketuai oleh Optimus Prime yg ketika itu bersatu dengan manusia di bumi untuk menghapuskan saki baki DECEPTICONS yang masih bersembunyi dan menyerang manusia pada bila2 masa.
Sam, merupakan hero dalam filem ini masih diperlukan kerana memiliki cebisan batu meteor yg berupaya menghidupkan mesin menjadi DECEPTICONS. tetapi beliau mendapat isyarat apabila untuk mendapatkan MATRIKS yg amat sangat diperlukan oleh decepticons. Perebutan, kejar mengejar, aksi tembak menembak dan peperangan antara AUTOBOTS dan DECEPTICONS berkesudahan dengan kemenangan AUTOBOTS.
Optimus pada mulanya telah mati dibunuh oleh STARSCREAM tetapi bangkit semula apabila MATRIKS ditikam di dadanya. tetapi selepas hidup matriks tersebut dicuri oleh FALLEN dan cuba menghidupkan alat yg berada di piramid giza yg boleh memusnahkan matahari. bagaimanapun, Optimus mendapt kembali tenaga dan bercantum dengan robot2 lain apabila JET memberikan matriks tenaganya untuk mengalahkan FALLEN..akhirnya, kemenangan berpihak kepada OPTIMUS PRIME...
so yg mana belum tonton....elok la g...mmg berbaloi...
BEST...BEST....PUAS HATI>>>CELAKA>>>bestnyer...nak tgk lagi...nak lagi!!!.. ARGHHHH!!!
No comments:
Post a Comment