Samrah Festival 2009...berlangsung minggu lepas lagi. tp baru weekend lepas ni berkesempatan ke sana. saja2 pegi..asalnya mmg aku tak tahu pun ada acara ni tetapi pabila di bodek dek kawan aku si HAdek tu, so pegi jer la melepak. layan lagu dan irama padang fasir (pasir)..kira macam arabian night la...haha
Group yang persembahkan lagu2 padnag pasir ni difahamkan dari Indonesia. dan mix Arab...so mmg fasih berbahasa dan menyanyikan lagu2 Arab. Sering kali dilaungkan beberapa perkataan yg aku sendiri tak faham tetapi disambut oleh pengunjung yang hadir disitu. mmg meraih di area BUkit Bintang nie...betul2 berdepan dengan Lot 10. pelbagai bangsa yg turut join this mini concert antaranyer dari Lubnan, Arab Saudi, Yaman, Syria dan sebagainya. dari Malaysia?....ada jugak....tp segelintir sahaja la termasuk kami bertiga...
Mmg layan la lagu2 diorang nie semuanya mmg boleh buat kita menari la...ala2 dangdut,,,hehe...mmg best...walaupun aku tak faham sepatah haram pun...maklumla aku dulu sekolah kebangsaan, tak belajar bahasa Arab...jadinya dungu la bab bahasa nie...tp kadang2 ada jugak la tertangkap beberapa perkataan yg biasa aku dengar....sebab aku mmg minat lagu arab tp moden punyer la seperti penyanyi Amr Diab, Hisham Abbas, PAscale, dan ada la beberapa yg tp aku lupa la...lama tak dengar...
Sso ni la teman aku....faizal dan Amad...so malam tu berjoget jugak kitorang melayan lagu arab tu...sambil shot foto bagai...mana yang patut amik, tetapi ada sesuatu berlaku selepas show habis dalam jam 12, ada pergaduhan kecil berlaku antara 2 sahabat yg mulanya akrab dan kenalan baik rasa aku la, tetiba ke belakang lorong lalu bergaduh. kira bertumbuk dan bertampar jugak..siap tarik2 rambut lagi...huhu.
pergaduhan berlarutan sehingga 15 minit. lama jugak sampai nak baling2 batu tau. tp terlerai apabila polis dan pengawal keselamatan Lot 10 datang ke lokasi. dan pada masa yang sama berlaku jugak perbalahan dan perang mulut, antara polis dengan tok arab disitu. memujuk supaya tidak ditahan reman atas kesalahan menganggu ketenteraman awam. akhirnya polis terpaksa bawa ke balai dan disoal siasat kerana ada campur tangan antara rakan2 tok arab yg ada kat situ supaya pihak polis melepaskan pesalah tadi. erm, dah lumtah kan. kita manusia. kawan baik tu, menari bersama dan sebangsa senegara pun boleh gaduh. kat tempat orang plak tu. apatah lagi kita yg tinggal kat malaysia nie. dapat bercampur pelbagai bangsa, aman, damai jer kan. dapat nikmati hidup harmoni dan sejahter sebagai 1 Malaysia.
so heran jugak ada yg antara kita yg suka cari pasal, buruk2kan orang lain dengan tohmahan dan fitnah yang bertubi2. itu kan boleh merosakkan bangsa sendiri. ini pesan untuk aku dan yang lain yer. sesiapa yg suka mengumpat dan memfitnah tu, elok la berenti ya...nanti kene kat batang idung sendiri baru tau...huhu..
apa motifnyer aku tetiba jer pesan bab nie.... khidmat masyarakat ker?..hehe...yer la sekadar pesanan sebabnya ada yang berperangai begini...tak elok yer..bawak2 la insaf yea...
wachaaa
No comments:
Post a Comment