nUFFNANG

Monday, March 29, 2010

Pendam...

Tahun ini banyak mengubah corak hidup aku. Begitu juga yag lain. Aku percaya, ramai teman2 di sana juga berfikiran yang sama.






Aku dah genap 28 tahun. umur yang boleh dikatakan benar2 ideal. Aku rasakan aku antara yang paling bertuah. Lahir pada tarikh 28 Februari 1982. Umur tahun ini juga mencecah 28 tahun dan berkahwin pada tahun ini juga dengan pasangan yang seusia dengan aku. Ya...tahun ini mengubah segalanya...







Persoalan yg sedang aku fikir..sekian lama dan selalu aku fikirkan. Dari dulu tak pernah selesai. Entah di mana kekurangannya...Persoalan yg tidak pernah terjawab, walaupun pernah cuba dirungkai, tetapi nampaknya masih kekal di paksinya.







Apakah kekurangan aku?..



Mengapakah terjadi kepada aku?...



Dimanakah silap aku?







Persoalan ini hanya sebahagian kecil sahaja. Terlalu banyak persoalan yg timbul dan bercampur aduk di dalam kepala otak aku. Sampaikan aku tidak tahu membezakan mana satu persoalan dan pernyataan.







Aku ni macam boneka. Kalau suka, boleh ambil. Kalau tak nak, boleh campak kat mana2 tempat yg mungkin nanti ada yg akan peduli. Lebih kurang macam tu lah agaknya keadaan dan perasaan yg aku rasa selama ni.







Dah lama..mmg lama. setiap kali parut berdarah kembali, persoalan yg sama timbul dan sering aku bertanya pada diri sendiri...keresahan, keraguan dan kadang kala aku merasakan diri aku ni yang paling malang. Tiada apa yg istimewa pada aku. Tiada apa yg boleh aku banggakan.







Paling aku sedih sangat, bila aku selalu di salah tafsir. Kenapa?...Aku ni memang tak pandai berkata-kata, sebab aku bukan yg orang yang istimewa. Hanya biasa-biasa saja.







Aku seperti dah dilabelkan...di cop..hurmmmm!!!







Siapa yang faham keadaan aku nie yer?...



Siapa yang boleh aku percaya?..







Nak menjawab soalan sendiri pun susah sebab aku pun bingung...siapa..siapa dan siapa.







Aku ni macam burung yang patah sayapnya. Tak ada ganti. Tapi ya lah, aku bukan orang yg suka mengganggu hidup orang lain. Aku cuma membantu, setakat yg aku mampu. Aku tahu hidup aku tidak sempurna, kisah hidup aku juga begitu...dan aku sendiri bukan yang sempurna.







Aku pendam..aku simpan...duka aku yg dulu. Yang pernah dengar cerita aku biasalah..masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Hurmmm..







Pada ketika ini, saat aku menaip entry ini, aku masih merahsiakan apa yg telah berlaku. Secara jujur apa yg aku rasa. Sebab aku sendiri tidak pasti sejauh mana kepercayaan aku pada mereka yg aku kenali selama ini. Baik yang lama, baru dan ada yang aku anggap macam sedara aku sendiri...







Tp aku cuba tidak rasa menyesal, aku cuba. Aku mesti terima seadanya kerana aku perlu sedar, aku bukan yang sempurna. Aku hanya mampu tumpang kegembiraan orang lain, hanya menumpang. Atau juga aku memberikan kebahagiaan aku, korbankan jiwa aku demi kebahagiaan orang lain. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi. Biarlah aku terbang tak sama tinggi, berjalan tak sama langkah, tp aku cuba walaupun aku terpaksa menjadi bukan diri aku yang sebenar.







Bila sampai masa aku harus pergi, aku pergi. Ketika itu, tak mungkin aku berpaling lagi...biarpun luka yg aku tanggung kian parah dari hari ke hari, ubat ku hanya titisan air mata.







Aku mungkin tak terdaya lagi menanggung perasaan ini..sampai ketika aku harus pergi.

No comments: