nUFFNANG

Monday, March 30, 2009

Kuching...Kerja sambil Bercuti...Part 1

Welcome to Kuching, Sarawak. ...hari Jumaat 27 Mac aku flight ke Kuching jam 10 pagi, dengan penerbangan MAS. mmg excited sebab dah lama tak ke sini. LAst aku datang ke kuching pada bulan 6 tahun 2004. kira dah 5 tahun kan....bila datang sekali lagi ke sini buat kali ke-2, mmg surprise sebab banyak yg berubah dan semakin pesat membangun. LApangan terbang Antarabangsa Kuching pun cantik jugak...cuma semakin sesak dengan pengunjung dan pelancong luar dan dalam negara. Flight?....Penuh, sesak dan padat....


Hotel Grand Margherita menjadi destinasi penginapan aku. dulunya dikenali sebahagi Hotel Holiday Inn. Hanya sedikit pengubahsuaian menjadikan hotel ini tempat yang bagus dan berbaloi...hanya RM150 untuk bilik deluxe.

Pemandangan mmg lawa. betul2 tepi sungai sarawak. ada bangunan berkubah besar di sana bukannya masjid tapi dewan undangan negeri sarawak yang baru. akan siap hujung tahun ini. lawa tu..!!!

ruang tamu hotel ni mmg selesa. tp malangnya masa nak check in tu ada masalah dengan bilik. biasa la kan...kul 2.30 ptg baru leh check in.



Sementara nak tunggu bilik siap, aku dan team g makan dulu. Pilihan aku ialah mee kolok. sapa yang tak pernah tgk malah dengar nama makanan nie, ia menjadi kebiasaan dan signature dish la di sarawak nie especially kuching.


yang uniknya ialah mee yang serupa maggi mee tu dibuat sendiri dan ianya agak kenyal dan tidak kembang jika terendam lama di dalam kuah sup. kuahnyer disediakan asing dan dimakan dengan sambal cili. jangan terkejut jika korang korang makan mee kolok tetapi cara penyediaannya berbeza sebab diorang ikut cara sesuaikan dengan cara semenanjung. so....try jer lah yer...laksa sarawak juga harus cuba..ok!! tp aku tak makan sebab tak suka laksa...hehehe


Persembahan tarian dari remaja sekolah. Tarian 'Asmaradana'..
respect kat diorang nie...mmg best!!!

Sabtu, cabutan Sijil Simpanan Premium BSN berlangsung di The Spring Shopping Mall, Kuching. Tempat membeli belah yang baru dan mmg nice tempat nie. seperti di KL jugak. tp banyak dengan butik berjenama terkenal seperti kosmetik MAC, Padini, Esprit, dan lain lagi. dan tak lupa Big Apple Donut.


Habis je event aku n team di jamu makan donut Big Apple...huh, best nie...dah mmg favo aku...so...jom bedal!! hehehe

Lepas event SSP Draw, aku dan semua team ke PAsar Satok. Mmg tak sah la kalu tak ke sini. Apa yang ada dan menarik?>....macam2 ada... sayur, ikan mmg fresh giler...dah la tu, murah plak...mmg susah nak dapat semurah harga tu...pasar ni mmg besar. luas....tak larat la nak tawaf semuanya dengan kesesakan orang yang datang ke sana. Kain, barang rumah, perhiasan diri seperti kristal, manik2, cenderamata, t-shirt, mmg banyak la...tp tujuan aku hanya nak belli ikan terubok masin.

6 ekor ikan terubok masin yang aku beli dibungkus cantik2
untuk di bawa pulang ke KL nanti. So senang la bawak...hehe!
Aku beli 6 ekor, dijual murah. ada yang RM5 sekor hinggalah yang paling besar berharga RM20 kalu tak silap aku la. aku beli ikan yang harganya RM10 seekor. huh, besar jugak. kalu kat semenanjung kira kilo tp kat sini kira ekor. huhuhu....ekor ngan badan la...bukan ekor saja...ceh!!!!

aku terkejut jugak bila dibawa ke gerai ikan nie. yang dikenali sbagai UITM ...aku ingat mmg la peniaga dari UITM cawangan sarawak...ceh!!!...rupenyer aku terpedaya... U.I.T.M bukannya Uni. Teknologi MAra sebaliknya "Usahawan Ikan Terubok Masin (UITM)"...hehehe...ketawa besar aku,...hahahahah!!!!

Ni lagi satu pelik...telur ikan terubok. apsal la mahal sangat. korang tau tak harganya?....
RM250 sekilogram...bukan RM2.50 sekilogram tau...adoila...aku tanya banyak kali harganya...mmg betul siot. Ratusan ringgit....huhuhh...tak cakap banyak...elok blah jer!...ahaks

bila dah penat, masa untuk makan...memperkenalkan Mee Kolok sarawak....hehe!!...meh makan yer!!...nanti sambung lagi..sesi shopping....!!!!

2 comments:

MOLY said...

best gilerrrrrrrr
aku tengok hotel tu layan jer
cantik pulak tu

izman said...

aku dah banyak kali dengar psl mee kolok ni tapi tak pernah makan. dah beberapa kali pegi sana tapi kenapa tak terfikir nak makan yer...

nice trip