nUFFNANG

Friday, June 26, 2009

Selalu bg Ruang dan Peluang!!!


Aku ni tak reti nak bergaduh ngan orang. nak bertumbuk dan apatah lagi nak berperang dengan mulut. tak berniat nak memburukkan sesiapa. Dari aku seorang yang bersifat pendiam kepada yang lebih peramah mungkin...dari aku hanya suka bersendiri tetapi berubah kepada ada teman walaupun segelintir...tetapi mmg benar pengalaman mengajar kita kehidupan...
Ruang...
Dulu aku bersifat terlalu ego, mahukan kesemuanya perfect dan tentunya milik aku. tp bila aku sudah bekerja, aku kenal ramai orang. banyak ragam yang tentunya berbeza. ruang untuk aku meloloskan diri tentunya ada. tetapi pada aku ruang untuk orang lain mengenali diri aku juga tidak aku siakan. tetapi terlalu luas ruang yang aku beri, terlalu berat untuk aku pikul kesemuanya. Aku cuba menepis sikap negatif yang datang meluru menghentam aku, tetapi aku bertekad untuk bertenang...tp semalam...aku seolah2 tewas...
ya..ruang yang aku beri mungkin terlalu luas...hingga aku sendiri menjadi bingung...tetapi aku masih redha...
Peluang?...lebih kurang sama dengan ruang yang aku beri. masih ada kesempatan untuk dia dan aku. tetapi tidak hanya aku sahaja yg perlu beralah..dia juga harus faham dan mengerti setiap keadaan...bukan semuanya sama dan perlu juga mengenali hati dan budi seseorang..bukan pada wang ringgit, tetapi pangkal hati...di mana letaknya ketulusan hati itu..biarpun dia seorang yang tidak lawa...seperti dewa...tidak kaya seperti hartawan berjuta...bukan itu ukurannya tetapi tulus hati, ikhlas dan memahami jiwa dan naluri masing2. pengorbanan bukan mata yang mengukur keikhlasan tetapi keikhlasan hati yang tidak berbelah bagi mengorbankan diri untuk mencari kebahagiaan yang tulus.
Aku telah berjanji pada diri aku sendiri. aku juga ada prinsip aku. bahawa aku tidak pernah membenci dan menyingkirkan sesiapa dalam hidup aku, walaupun ada ketika ia perit buat aku. aku harus mengeti kerana kita semua manusia di dunia sementara...bukan kekal selamanya. hadapilah hidup ini dengan tenang...
dan aku mengaku..dia takkan aku lupakan!!!

2 comments:

orangrawa said...

awie.....lama ko tak update blog....hilang kemana?

maliksutanmuda said...

salam bro. sori la bro aku kebizian dengan keje dan kekdang aku juga tak de sotiry nak ceritakn. so apa nak buat....huhu


ko pun aku lama tak jumpa...apa khabar ya?