Ngantok arrrr....tido lewat malam tadi...mana taknyer, g kat stadium merdeka, melopong...sambil snappy2....heheh...apa kes kat stadium merdeka ek?...

Julung sekian tahunnya, Malaysia menjadi tuan rumah acara bertaraf dunia, Kuala Lumpur World Marching Band Competition (KLWMBC) tahun 2008...tahun lepas juga, Malaysia menjadi penganjurnya.

Selama 3 hari, pertandingan berlangsung bermula dengan BAttle of The BAnd yang berlangsung di perkarangan PAvilion, KL pada Selasa lepas. Kemudian diikuti dengan saringan
KLWMBC di Stadium Merdeka selama 2 hari dan kemudian grand Final pada semalam, Ahad 3 Ogos.
Pergh, uols,,,, gempak giler...sebelum mula final KLWMBC tu, ada persembahan group rock yang mengetengahkan genre muzik Indie...mende pun aku tak tau tp layan gak la...



walaupun tak la ramai yg datang semalam, tp menjelang malam, ramai org ke sana...
apapun, entry kali nie, tentang persembahan malam semalam....ok..
tp aku tak dapat nak tgk peringkat saringan yang 2 hari tu, jadi sempat ke final ajer la...kene bayar la uols...kalu
Grand Stand harganya RM 200 dan RM 100...berbumbung dan berdepan dengan padang pentas arena...aku plak, tak mo arrrr dok yg mahal2....so bayar jer la
RM20, duduk kat tempat tak berbumbung dan bertepi sebelah dengan grand stand....boleh la, nak snappy2 dan at least, ada la jugak peluang nak tgk2 dan saksikan sendiri, ...mmg gempak gilerrr!!!Antara yang bertanding di Grand Finals ialah dari negara Thailand, Singapura, Holland, Denmark, Singapura, Afrika Selatan dan tentunya MALAYSIA turut memberi saingan yg amat hebat...hinggakan 4 negeri mewakili Malaysia ke Final iaitu pancaragam dari Terengganu, Pahang, W.P. Kuala Lumpur dan yang paling aku suka dan sayang sangat..KEDAH..hehe...BEst giler diorang nie,...nanti aku buat entry pasal pancaragam ek..heheh.
ok....review tentang pertandingan semalam akan menyusul yer...so uols...wachaaa!!!