nUFFNANG
Wednesday, January 30, 2008
Tolong sikit jer tp dapat Flying Kiss!! Waduh!!
Dia berjalan dengan gaya lemah jer, muka monyok macam tak cukup 10 sen, kuyu jer matanya. Aku pandang je dari jauh. Dia pulak berjalan menuju ke tempat aku. Mesti ada apa2 ni, masalah kot.
Dah tu, dengan sikap perikemanusiaan dan atas dasar keprihatinan, aku pun membuka mulut untuk bertanya:
"Kak (walaupun dia bos, aku panggil kak jer sebab kami di ofis macam famili dah)...kenapa monyok jer nie?...Dah macam tikus mondok jer?...hehehe"
"Hampeh..."...nasib baik tak kene pelengkung dengan kak nie...kalu tidak mau lebam bijik mata aku...
"Akak ada masalah ni dik. Akak tak tau nak save file. Dulu guna word 2003.Skang dah tukar ke word 2007. Lain pulak rupenyer. Akak tak reti la dik..."...
".....erm....Ala akak nie, senang tahap cipan jer la. Tenuk pun tau buat tau!!..Hehehe"
" Hang ni saja jer tau. Suka sangat usik akak..."...
"Ala, akak klik je simbol microsoft yg kecik dan berona-roni nie...dah tu klik save as..selesai!!"
"Hampeh, asbestos...selama ni akak tak perasan la. Kesian kat akak kan?..."...
"Ish..ish..ish..kesian.... itu saja ker?..."
"A aaa.....tu jer... :)... Tq ye awie..."
"Ok jer. Ur Welcome. Kalu ada masalah lagi, calling2 yer..Saya sedia membantu..ext. no. 9384 yer..ahaks!"
"...ok... I love u..muahhhh!!!!"....
UpS...dapat aku flying kiss....HAbis kengkawan lain pandang aku...
Arghh, sudah....mana la aku nak show muka aku nie...malunyer....!!!!
Tuesday, January 29, 2008
ISu Rasuah MAsih PAnas!!-Keluarga Suharto
Pemerhati jangka usaha gigih diambil selepas kematian bapa JAKARTA:
Tutut Suharto (Daughter)- (50years, $700 million)
Enam anak Suharto dilihat secara meluas mewakili warisan terburuk kronisme ketika pemerintahan Allahyarham bapa mereka, yang masih diamalkan walaupun selepas bekas Presiden itu melepaskan jawatan pada Mei 1998.
Sigit Suharto (48years, $300 million)

Bambang Suharto (45years, $3 Billion)
Keluarga itu didakwa mencuri antara AS$15 bilion (RM48.69 bilion) hingga AS$35 bilion (RM113.65 bilion), menurut anggaran Transparency International 2004. Kegiatan itu berakhir dengan penggulingan Suharto pada 1998 yang mula menyaksikan anak-anaknya berdepan tuduhan rasuah tetapi pendakwaan berkenaan agak perlahan.
Allahyarham Suharto
Namun dengan kematian Suharto ia memberi kebebasan ke atas ramai di kalangan elit negara itu - yang merasa bertanggungjawab terhadap “Bapa Pembangunan” - untuk meneruskan kes rasuah, kata ketua Transparency International Indonesia, Todung Mulya Lubis. Di kalangan ramai pemain politik, sikap yang biasa ialah “anda perlu menghormati pemimpin tua itu, tetapi apabila beliau meninggal dunia keadaan sudah berubah”, kata Lubis. Anak-anak Suharto sudah mengambil langkah ‘membersihkan’ empayar perniagaan mereka dengan menjual aset kontroversi dan berprofil tinggi. Bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa atas tuduhan rasuah, kata Lubis.

Hutomo Tommy Mandala Putra (36years, $800 million)Monday, January 28, 2008
Rakan Blog Baru...Mr. Edie..Indonesia
Akhirnya, berjaya jugak aku hasut sorang mamat ni dari Indonesia. Aku panggil dia Abang Edie. Dia selalu drop by kat blog aku. Kasi komen tp dia sendiri tak de blog. Dah tu, bising kat aku, jeles asyik outing saja. So, disebabkan kejelesannya terhadap aku, dia pun telah termakan hasutan aku, maka dengan ini, dia pun telah membuka blog dengan usaha gighnyer sendiri.
Mula-mula mmg liat nak buat, malas semuanya ada. Biasa la kan. bila dah buat, seronok pulak katanya. "Boleh la saya abadikan my interesting life and whats more in indonesia.."... nak promote la tu. Maklumla, tahun melawat Indonesia ialah tahun ini.. eheh
Cinta !!!
Bila 2 Insan BertemuSunday, January 27, 2008
Juara LAgu ke -22, LAyan Sorang, Sronok Pun Sorang2
PErghh..kagum siot. Mmg layak group ni yang dapat walaupun saingan memang sengit. Dinobatkan sebagai JUara KAtegori Pop Rock dengan lagu, "Itu Kamu", menumpaskan Dato' CT Nurhaliza dan Jinbara. Tahniah!!
Jac berduet bersama LAh (V.E)...juga menyerlah dengan vokal menyengat seterusnya dinobatkan sebagai Vokal TErbaik dengan lagu "Ceritera Cinta". Erm, vokalnyer, mmg di akui mantap...jelas gituuu!!
ERm, Kaer dengan lagu "Izinkan Ku PErgi", nyata menyerlah dengan hit lirik dan melodi yang memukau walaupun Sahri AF yang memikul tanggungjawab tersebut menyampaikan lagu yang hebat ini. Chwwah!! Dinobatkan Juara kategori BAlada!!
MAwi, erm...hit dengan lagu "Angan dan Sedar" telah membawakan ekspresi lagu ke atas pentas lantas dinobatkan sebagai Persembahan TErbaik...Undi orang luar, sure pengundi fan club dia la tu...bg aku, biasa ajer..LAntak ko lah!! Dah rezki..
Dengan lagu "Samudera", ciptaan husband tercinta, JOhan NAwawi, amat lah dikagumi. MMg liriknya bagus dan bermakna. TAHniah kerana dinobatkan sebagai JUara KAtegori Etnik Kreatif..LAwan Bowling-ARL ALAMANDA, NAib Johan
MAlam pulak, Juara LAgu ke 22..!!! YEehaa@!!!