nUFFNANG

Friday, November 28, 2008

Tak Puas Hati....Nak Komplen gak!!!

tempoh hari aku ada buat ntry pasal aku lama tak berblog. sebab outstation ke Kedah. tp ada kes berlaku masa aku nak balik ke KL dari Alor setar...hanya gara disebabkan seat dalam penerbangan MAS....huh sakit hati dan mmg tak puas hati...nak komplen jugak.

Citernyer gini.....

Pada hari selasa (25 arbln) aku kat airport. tunggu masa nak flight ke KL. masa tu flight kul 3.15. so aku pun setelah menunggu dan masuk ke dalam kapal terbang yang berkenaan.
seat aku 27D....di belakang sekali tetapi di lorong tengah...ala uols tau kan kat maner...sapa yg biasa naik tau ler, mmg ceruk dapur la duduknyer...apapun aku tak kisah lagi, apa nak buat dah tempatkan di situ..janji selesa dan selamat...
tetapi nak dijadikan kes, yg nak buat aku mula menyumpah disebabkan seat aku telah diduduki oleh org lain. itu aku tak kisah lagi kalu ada seat lain tetapi yang menambah bara dan kehangatan jiwa raga aku bila seat yang ada untuk aku duduk hanyalah 1 seat nombor 27C. uols tau tak apasal aku hangin ngan MAS tp bukan kerusi tu?...
uols nak tau tak...kerusi itu telah dirosakkan....aku tak tau sapa rosakkan. dah la anak2 kapal yg harap muka lawa tapi bengong, bleh plak diorang kasi can plak penumpang lain dok kat seat aku dengan suka hati. yg menanggung rasa tidak selesa ketika duduk.
pramugari 1: encik, saya nak minta maaf yer, bukan saya yg arahkan mereka duduk di seat encik. (sambil bertinggung merayu supaya tidak melaporkan hal ini pada pihak pengurusan MAS)
Aku:... Tapi saya rasa tidak adil sebab seat itu dah diperuntukkan untuk setiap penumpang berdssarkan nombor seat. awak tak boleh sesuka hati memberi seat pada orang lain melainkan dengan kerelaan penumpang yang sepatutnya duduk di seat berkenaan.
pramugari 1: saya minta maaf encik. nanti sekejap saya panggil ketua kapal.
10 minit kemudian...
Pramugari 2: Ya encik, ada masalah apa?....
Aku:.... seat ini bukan untuk saya. saya 27D, di tempat encik ini duduk. Boleh awak jelaskan kenapa saya perlu duduk di kerusi rosak ini?...(dah mula nak kuar ayat makian dan cacian)
Pramugari 2:...saya minta maaf ya encik sebab kerusi rosak ini diluar pengetahuan kami. kami dari KL tadi pun tak ada terima laporan dari penumpang yang duduk di seat itu. jadi kami tidak tahu. saya minta maaf encik.
Aku:....Itu saya pun tak tahu....kalu saya tau seat ni rosak pun saya akan laporkan tapi saya penumpang. takkan saya yang kene selak semua seat dan tunggu laporan dari penumpang semata2. Penumpang adalah pelanggan awak. awak perlu menjamin keadaan dalam kapal selamat dan selesa betul tak?...
Pramugari 2:... saya faham semua itu. saya minta maaf.
(5 minit kemudian, ketua kapal merangkap pilot datang)
Pilot:.. kenapa encik?
Aku:...lagi mau tanya (dalam hati jer)... Pendek kata, seat yang rosak ni bukan seat saya.
Pilot:...kalau begitu, awak (pramugari 1) tolong semak seat mana yang kosong....
Pramugari 1: takde tuan, seat semua penuh.
Pilot: saya minta maaf encik. memang tak de seat kosong. Kalau encik mau, kita boleh tukarkan encik ke penerbangan sebelah malam, jam 9.20. bagaimana?
Aku:...kenapa saya yang jadi mangsa keadaan. seat saya 27D...jadi seat saya ok..kenapa saya pulak dinasihatkan berbuat demikian.
Pilot:...erm.....begini. saya harap encik boleh bersabar. saya cadangkan setibanya di airport KLIA nanti, encik boleh buat aduan. saya bagi pihak anak2 kapal saya memohon maaf atas kesulitan yang encik hadapi. Lagipun saya harap encik bersbar. penerbangan ke KLIA cuma 45 minit. saya akan pastikan encik dan lain2 penumpang akan selamat sampai.
Aku:...Oklah kalau begitu. saya duduk saja disini. tetapi saya harap perkara ini tidak berlaku lagi ok...
****so sampai jer kat Klia, aku terus g buat aduan. mau panjang lebar aku adukan. lantaklah itu hak aku. tp masa atas kapal terbang tu pun, ketua kabin tu dok pujuk aku spy tak buat laporan. Sudey lah.....tak makan pujuk ok....aku gegas buat laporan jugak. uols tanggung la sendiri.
tujuan aku bukan burukkan servis MAS tetapi keadaan kerusi yang rosak tu mmg tak boleh dimaafkan....tak per...nanti aku sambung citer lagi pasal nie..sebab ada yg dialog lagi ngan penumpang sebelah aku yg mencuri seat...huh...siap ko makcik....hahahah!!!!

10 comments:

KeMatZ said...

yang aku nak tanya... orang yang duk seat ko tu... tak rasa bersalah ke.... tak kan dia jadi tunggul ajhe... kalau aku dah lama sepak....wakakkaka

Jijie Armidza said...

yer........komplen.....komplen.......harus......customer is always right!!!

maliksutanmuda said...

kematz": mamat tu ada la cakap kat aku ayat lepas diri..."saya pun tak tahu. diorang yg suruh saya duk kat seat 27d nie...sepatutnya tak leh la kan!!..takkan la diorang tak tau seat tu rosak.."...huh, saba jer lah aku


kunyeet:..tau tak per...harus...wachaaa kang...!!!

grow2g3th3r said...

emm memang berangin!... kalau saya kena pun..saya buat aduan... dan kalau saya...saya tak kira..nak gak duduk kat seat yg dah sah2 tertera utk saya...

apa2pun... congrats kerana awak telah menjalankan tangungjawab sebagai consumers...

ita.itu said...

yg aku x paham tu napa org yg amik seat ko x disuruh bangun?

maliksutanmuda said...

grow:..thnks 4 visiting my blog. tu la pasal yg aku heran sangat tu. tu pun diorang bodek supaya aku tak buat laporan bila sampai klia..huh, tak de maknanya...dah hak kita kan...!!! :)

kakita:. itu la pasal...pilot dia lagi le suruh saya yg tukar flight malam....tak mang*** pikiran diorang kan,,, idea nyusahkan orang...huh!!! geram nie.

izman said...

pd aku sungguh unfair, sebab semua ada no seat. tindakan report adalah bagus, tapi apa action MAS?

so far aku belum pena ada pengalamn sebegini dgn mas.

maliksutanmuda said...

report dah buat tp sampai hari nie, lum ada apa2 feedback dari MAS. tak tau sama ada tindakan dah diambil atau belum.... :(

aShaBuLz said...

terunya MAS....layan org negara sendiri macam ni. rasanya kalau pelancong luar negara...lain layanan dia...chis...

Faizal M Zain said...

kalau haku jadi kau.,,, mati koma aku nak duduk jugak di seat yg di allocate kat aku...
kenapa diorang refuse utk halau org dok kat seat kau tu?
kalau diorang tak nak halau duduk jer atas riba sundal yg refuse utk duduk seat diroang tuh