nUFFNANG

Monday, May 5, 2008

Blogging...Blogging...What and Why?

Isu blogging mampu mempengaruhi minda masyarakat khususnya golongan muda..walaupun tidak 100%, tetapi dengan perkembangan teknologi, blogging merupakan salah satu idea dari media yang berupaya memberi impak dari segi corak pemikiran dan proses membuat keputusan.



misalnya, pada pilihanraya ke-12 baru2 ini, ia mampu mempengaruhi tindakan rakyat dalam proses pembuangan undi...hebatkan!!!



tetapi ramai blogger yang tidak beretika, menjaga tatasusila dan berakhlak dalam membuat penulisan. Sifat keegoaan atau keakuan yang berlandaskan hasad dengki dan nafsu telah mempengaruhi sebilangan blogger yang tidak bertanggungjawab dan tiada nilai integriti.



Setiap blogger perlulah memiliki akhlak, tidak berpecah belah, dan bukan sekadar glamour tetapi lebih menjurus kepada perpaduan dan demokrasi.



sesungguhnya seseorang blogger yang jernih jiwa dan mindanya akan menggambarkan betapa jauhnya sifat kebencian, fitnah, adu-domba dan hasutan.



Setiap blogger perlu menyumbang kepada pembangunan pemikiran negara walaupun tidak secara menyeluruh tetapi harus memiliki keupayaan itu dalam usaha mewujudkan demokrasi dan perpaduan melalui blogging tanpa meracuni pemikiran pembaca, khususnya generasi muda dengan fitnah, hasutan, penipuan dan sebagainya.


So apa tunggu lagi, celahkan isi-isi perpaduan dan demokrasi dalam blog anda...jgn hanya mereka cerita dan mengadu domba...ikhlas dan jujur dalam berblog...ok...(saja jer aku buat entry ni selepas baca paper BH. Blogging dah menjadi media baru dalam saluran elektronik masa kini..ok)


Petikan rumusan dari Berita Harian 'Rencana': 'Demokrasi siber untuk blogger beretika'

Saturday, May 3, 2008

Anugerah Industri Muzik...BErdua jer pegi..Mana yang lain?

TEngok pada logo ini sudah memadai kan...Anugerah Industri Muzik 2008..berlangsung 3 Mei 2008.
Aku dapat tiket free ker anugerah ini..hehe..so pegi jelah...bukan kene bayar pun...tq pada kak ct elly./..kerana sudi memberi tiket ini kepada kami berdua...kami?...
Aku ngan kawan aku, Amad...kitorang g berdua jer..sbb kengkawan lain semua tak leh g..kebanyakannyer balik kampung...huhuhu!!
Ini paling menarik sekali...mr Superman, Faizal Tahir yg baru lepas dari kene tahan dari kuar tv dan radio...Persembahan menyengat giler...best siot...dengar live...!!!Faizal terbang lagi tu...perghh cayalah!!!
Dihangatkan lagi dengan 2 pengacara sensasi...Mr Afdlin Shauki dan MS Adibah Noor..perghh,,,semangat diorang nie...kelakarnyer, masa iklan....buat lawak jer..kuang3!!!
Selingan sementara iklan, Acapan dan MR OS...pelawak terkenal negara turut diundang untuk memeriahkan majlis...selingan jer...tp kelakar siot!!! Cayalah!!!
"Kiblatku"..lagu persembahan Hazami...turut memukau...
FC...dayang dan Faizal TAhir, turut mengahangatkan suasana...tak la bising sangat ...baik jer diorng nie...kalu konsert AF, mau menjerit nie..ahaks!!
Ha. ni lah penonton sporting. Duduk seat sebelah aku, sederet...comel2 diorang nie....Yang tak dilupakan, tudung itam tu, kata kawan2 dia ni, model majalah Nur..digelar, Siti Muslimah...gelaran tu..glamornyerrrr!!!
Farah, sembang2 punya sembang, rupanya orang kampung aku...dok taman PKNK...tak la jauh sangat dari kampung aku...hehehe...nice to meet u Farah...

Waduh...nilah part yg paling aku tak tahan nie..memula tu ok jer la, tapi, makin lama makin bingit telinga aku...Hallo, kalu konsert AF aku tak kisah la nak menjerit tap, kalu majlis anugerah ni tak yah la menjerit...buang tebiat ker!!!...Siapa?

MInah berbaju hijau tu la. Dia ni fanatik sangat ngan MR superman..taktau la apa yg dia minat...tang mana pun aku tak tau...sampaikan dia jadi hampir gila..dilangnyer.. "I LOVE U FAIZAL"....


Nilah videonyer...aku rakam guna HP aku...lantak dia la...korang dengar la sendiri...MMG SAKIT TELINGA.... aku duduk betul2 belakang dia.....Seksa jugak hoiii!!! KOrang dengar la betul2 yer...



Sesudah majlis, aku tertunggu jugak la dato' Siti kan, tapi tak de la plak...yg nmpak cuma Que HAidar jer...takperla amik la foto buat kenangan dan BUKTI mengatakan aku ada disana..nanti cakapa saja pun tak guna jugak, nanti tak percaya kan...yer lah sapa nak percaya....kkan!!!


apapun, mmg penat ler sikit sebab sesak ngan orang2...janji kita sama2 menyokong industri muzik tanahair...

ok...Muzik Menyatukan Perpaduan....

***wachaaa***

Friday, May 2, 2008

Theraphy+ Makan+ Borak+ Bowling=PEnat Oiiii!!!

Selamat HAri PEkerja uols...hari ini aku mmg jenjalan jer kerjanya. Maklumla dah cuti kan. So aku ngan kawan aku, Amad (bukan nama sebenar dan bukan juga blogger..hehe)... ke Mid Valley . PErgh, Jusco buat sale dan ada juga kedai2 lain buat sale sempena hari pekerja nie.


Waduh, copot jantungku dibuatnyer. Mmg rambang mata....tp kene isi perut dulu sebelum mula theraphy...hehehKitorang makan kat Domino's Pizza.....kami pilih Pizza Chicken bla bla dan bla Double Decker Cheese...(aku tak ingat namanya tp sedap...)
GArlic bread dia mmg sedap dan lembut sangat, best daripada Pizza HUt..tp pintal2 tu macam rambut kakak aku jer..hehe, teringat plak...!!!
DAh chopping bgai, kelaparan mula menghantui diriku ini...Terasa tidak puas melantak di William tempoh hari kerana ada menu lain lagi yg belum di try test...Lily oh Lily, tanpa EA nyer...kami terjah diorang termasuk Ziana...(duta2 ni mmg melekat ajer di sini..)..

Tak per kot miss Duta William, Awieworld aka Pangeran Cinta nak join melantak....jom makan!!! Kuang3...

Wah, terkujut banget gue...rupanya terjumpa blogger lain termasuklah Dr Shah, Abg Beruang Madu dan rakan2 diorang..open table lagi...meriahnyer..suka la uncle William tu...(uncle william bila nak buat blog...?..)
KAk...oh kak....comelnyer.....Siapa?..semualah comel.......boleh?..heheheNice to meet akak ni yang juga seorang blogger yang berwibawa......:)
Sebenarnya, aku ada janji ngan kawan aku nak ajar main bowling sama kat Metro kajang, Ampang Superbowl. Mula jam 10, dan membawa ke jam 11, punyalah syiok melayan Ziana dan Lily yang happening itew...lajak ler....sambil2 minum2...(nasib baik tak aku tak mabuk minum mango spesial..hehe mabuk ker?...)
Saja posed syiok sendiri..hehe...kenyang, dan enjoy sangat...aku dan Amad dari William ke MEtro Point, dan terus main bowling nagn kawan aku tu. Mmber baru aku la kiranya....

Aku bukan apa, sesambil main tu, aku tengah cari player untuk tambahan kepada 1 team lagi bagi Ebi Fc. So nak jadikan 4 team semuanya. masih perlu 2 orang lagi..so sesapa yg rasa nak cuba bakat, bgtau aku ek...(wah, macam ujibakat AF la plak...)... hehe..ok...mau chalo membongkang...

Thursday, May 1, 2008

IRon Man..Berebut...MAkan?...William la apa LAgi!!

Bergegas lepas waktu kerja, aku terus punch card n merempit cepat2 balik umah. Siap2 dalam kul 6.30 petang ke stesen komuter Kajang ke MId Valley. PAsal apa aku kelam kabut sangat?...

MAnataknyer, dari petang jam 2 aku call n try book online GSC nak tgk wayang, filem Iron Man...Tak dapat la plak!!.. So tak de cara lain, kene la pergi awal dan beratur panjang..."Huh...."
Punyalah ramai orang kat MId VAlley tu sampaikan lorong untuk beli tiket menonton diasingkan, lorong kiri untuk lain2 movie kerana lorong kanan diperuntukkan khas untuk customer yg nak tgk filem Iron Man jer...Memang hit la filem nie....Selling FAst...so fast, and faster then ever...kuang3...

Akhirnya, berkat kesabaran, dapat gak tgk wayang..jam 9.40 mlm...baki seats ada 8 jer...last2 aku dapat seat T12 dan T13...depan sekali..hah, amik aku, melangut!!!
Citer ni mengisahkan tentang Tony Stark (Iron Man), yg merupakan tauke kilang membuat senjata terbesar dunia, yang bongkak dengan kebolehannya dalam mencipta senjata yang berkuasa tinggi.

NAk dijadikan cerita, beliau telah diserang hendap dan diculik oleh pengganas di Afghanistan yang diupah oleh pakciknyer sendiri, iaitu rakan kongsi bisnes kepada bapak Tony yang telah meninggal dunia.
Oleh kerana Tony ni pandai sangat buat senjata, pakciknya cuba menculik Tony dan memaksanyer untuk membuat misil yang paling hebat pernah dicipta oleh Tony. Tony tempatkan di dalam gua dan diberi peralatan untuk membuat misil tersebut.

NAmun begitu, Tony menggunakan peluang itu untuk membina sut besi dengan tujuan melepaskan diri dengan bantuan seorang lagi tahanan, yang namanya aku tak ingat, hehe..seorang penterjemah bahasa dan profesor sains..macam Tony jugak... Didalam gua ini jugalah Tony mencipta sut itu walaupun tidak sempurna. Oh yer, di dadanya itu adalah sumber tenaga untuk Tony terus hidup, pucanya, ketika Tony terkena serpihan bom misil buatannya sendiri ketika tentera pengganas menyerang hendapnyer....

Dari situ, Tony berjaya melepaskan diri dan pelbagai pengalaman lucu dan menarik semasa beliau membina sut yang baru...

Tony insaf apabila melihat kekejaman dari senjata yang diciptanya, beliau membuat keputusan untuk menutup kilang dan berhenti dari pengeluaran senjata. Tetapi, pakciknyer itu tidak berpuas hati dan cuba mempertahankan kilang itu demi kepentingan peribadi dan dendamnyer, beliau cuba merampas kuasa yg ada pada Tony dan mencipta sut baru..

dan mulalah pertembungan adantara mereka...best ooo....tgk la yer...tak rugi,,,2 jam tayangannyer..ok... :)Lepas tonton wayang, kitorang lapar. So lajak le ke William...2 orang makan, 2 menu berlainan...carbonara chicken..sedap sangat...MAngo Blended..pun sedap..
Chicken Premium....pun sedap...
Hehe..tidak berdua ajer, MR EA with his Lily...Ziana, Sue and her Fren, Amad...my fren....hehe...kami sampai lewat...tp sempat jugak la berborak ngan diorang n Uncle William...

Asyik bergelak jer...Uncle William pun keje buat lawak...mmg nak kene uncle ni...jaga ko..aku berdendam nak kenekan uncle nie..heheh!!!

Apapun uncle, mmg best la makan kat tmpat uncle nie...

oklah nak chow, dah kul 1.30 pagi nie...kenyang sangat..balik kira nak membongkang jer...ahaks..ok taking care..

Selamat hari Pekerja...

Wednesday, April 30, 2008

Letih Sangat....Tidoq Ajer lah!!!

Petang semalam lepas kerja, aku singgah kejap di Alamanda, PUtrajaya. Lama tak g sana..cadang nak lepak lama, just round2 , window shoping. Tp badan ni agak dan amat keletihan. rasa macam nak tido jer. Perut tak lapar sangat tp rasa nak mengunyah...

So teringin plak nak makan this Crispy Popiah...sedap sangat . aku suka...hehe!!!...Ni jer yg aku rasa leh masuk kat tekak aku buat masa tu. MAklumla, badan letih sangat, mood pun tak der...so makan jer la apa yang boleh dimakan.....



sesampai jer umah, aku tgk tv..tanpa sempat aku g mandi. atas sofa tu jugak aku terbongkang tidor....bukan sebab kenyang tp letih yang amat....hari ini pun byk keje nak kene setelkan ..4 akaun sampai sekaligus....Perghhh!!! lagipun, esok cuti HAri Pekerja....



So aku mengambil kesempatna ini untuk menucapkan kepada semua pekerja2 yang dinobatkan sebagai pekerja berdedikasi, Selamat Menyambut Hari Pekerja 2008...yer...!!!


***wachaaa***

Tuesday, April 29, 2008

Fifi...Missing?...Fifiiiiiiii!!!!!!!

Semalam seperti biasa aku lepas keje jam 5 blah la dari ofis. Tak de la rasa tak sedap hati ker, atau apa2 yang ganjil...sesampai jer kat rumah, macam biasa aku terjerit2 sebut dan panggil nama Fifi aku tu.."Fifi.....fifi ooooiiii...Assalamualaikum..."....

PAstu diam jer....tak jawab pun salam aku...(nak kene jentik telinga dah nie... :) ... 10 minit panggil, jerit dia tak kuar. Heran gak aku...biasanya terkinja2 dia duduk depan gate dia tu...Aku pun rasa macam lain jer...sekali bila aku selak bumbung umah dia yang kocik iteww, Fifi dah takde,,,hilang,....hilang...Ah, sudah...."Fifi.....mana ko nyorok nie...."...Dah nak meroyan dah aku dibuatnyer....
Dari 1 bilik ke 1 bilik.....setiap celah rumah aku cari....tak jugak jumpa...Terfikir kat toilet...tp rasa macam tak mungkin jer...."Takkan Fifi g toilet..cari apa...erm...."
Sejenak aku fikir punya fikir...."Lubang....."
Sah...terjun lubang kat bilik mandi....Dah memang sifat menatang nie suka lubang..Mula gelap, aku ingat bukan Fifi..mana tau ada spesis lain yg numpang ker,,,risau gak aku...tapi bila disuluh...."Alahai sayang ku Fifi...ko cari apa dalam lobang nie oiiiii"...

Cuak aku...Mula aku guna plastik beg...hulurkan dia, kasi dia gigit dan kemudian angkat, sebab tangan aku besar dan tak muat juga tak sampai. Lubang tu dalam...

Kemudian aku terfikir, aku ada jaring ni. So dari elok segi empat, aku bujurkan ia. So aku hulurkan dan sauk Fifi ke dalam jaring....Alhamdulillah berhasil....!! "Fuh, mmg copot jantung aku dibuatnyer.."
Alahai, kesian Fifi....menggigil dia...aku nak nangis pun ada. Tgk keadaan dia yg serba kerdil dan gigil ngan air sejuk dalam lobang tu...Ceding jer...
"KEsian ko Fifi...meh aku lapkan....".... Guna lah kain lapkan badan dia yang kesejukan itewww...Dia pun jadi tak tentu arah dah....Alhamdulillah, Tuhan panjangkan umur dia....Amin.!!
Letak balik dalam sangkar dia, dan dia pun makan dan minum apa yang patut. Aku rasa agak lama dia dalam lobang tu, salah aku jugak, sbb tak cek dia ada ke tak dalam sangkar tu...Rupenyer bumbung dia terkopak sikit. Tu pasal dia leh kuar dan merayau...!!!
Sorry yer Fifi...lain kali takkan jadi lagi yer...Jodoh ko pun aku lum dapat cari lagi. Tu sebab ko kuar, nak cari sendiri ek?,.,,,tak yah la, kucing ngan hanjeng byk kat luar sana...tak sempat kawin karang, terus jadi arwah....huhuhu!!!

So hari ini bulu dan badna Fifi dah makin pulih..tak menggigil lagi. Cuma mungkin dia trauma sikit atas apa yang terjadi....NAnti balik nak kene belai dia...Sob Sob...Sediah tau...!!!!Sabaq Sabaq...

Monday, April 28, 2008

No Luck...BUt Enjoy!!! Dont Worry Be HAppy Awie!!!

"waduh....masing2 macam ayam berak kapur.."...Awal permainan mmg lambat panas....

Semalam aku ada perlawanan boling di Berjaya Times Square. Anjuran Da VOm FC aka Club Mila...MUla lewat jugak, kul 10 pagi..Dengan perut kosong tak makan apa, harap teguk air sejuk jer...huhuhuh!!!!
Perlawan dah mula. Team aku, yg lepas dapat no. 5...mmg not bad tp kali ni, macam tak de luck jer. so kene la usaha keras jugak untuk dapatkan tempat at least top ten...
Game 1 dan 2 agak tidak memuaskan. Jatuhan pin masing2 hanya 146 dan 167 (lebih kurang gitulah..lupa)... dan ini score game terakhir...'A' tu nama aku...(biasa nama aku letak AWIE)...hehe...So 4 strikes in the row...ada 3 baki balingan...entah apa jadi...
Tadaaa...total jatuhan untuk last game, 201 jatuhan pin. OK jer tp masih tidak memuaskan bagi aku...so tak termampu untuk beat mana2 kategori...apapun, dah cuba dan maybe rezki membuah for the next tournament....
Punyalah ramai...penuh..semua lane ni dari fan club2 AF yang ada juga termasuk pasukan jemputan...mmg riuh rendah dibuatnyer....tambahan plak dimeriahkan dengan kehadiran Mila, Syawal, Reza, Diddy dan lain2 lagi...
Foto bersama Mila....So ni team kitorang...Ebi FC 3.....
Perut dah lapaq, Abis game baru nak dikasi makan...tp hameph sikit....dibekalkan nasi goreng ayam yg amatlah tidak sedap, keras, dan tiada sudu plastik dibekalkan..so kene guna jari jemari utk menyuapkan nasi ke mulut ini...amatlah hanj*** sangat..!!! Bayar Rm37.50...mahal tau...tp?...Malas nak cakap, karang aku sumpah seranah kang, apa tak dapat...buang karan jer!!.. (Sabar itu separuh dari Sabariah)...kuang3!!
Sedih....makan jugak la dah lapaq nie..janji gaya ensom tu kene kontrol...makanlah juga...!!! Huhuhu!!
Nisa...amboi akak nie...mmg semangat sangat..cute...comel....peramah...wah, memuji abis nie.!!..Walapun baru kenal, tp syiok la ngan diorang nie...tak de la memilih kawan sangat...main Redah Jer...Ups terlebih sudah...>>>
3 lagi wanita perkasa, comel lawa, ish, memuji lagi.....tak per kan..mmg betul pun...lantak la dah blog aku, nak memuji macam mana pun...ahaks!!!
"Wachaaaa"....Inilah team Ebi Fc....paling sporting....kenal tak lama tapi mesra...Alhamdulillah,....thanks to all of u guys and girls....kat lantai tu la kitorang leh duduk lepak....teringat masa sukan sekolah dulu, lepak kat padang pun macm ni gak..heheh!!!!
Kalender poket..Edisi Mila....cantik....!! Salah satu goodies yang diberi. Mila dalam rangka promosi album terbarunyer...So kalu ad ayg berminat kat Mila, beli la albumnya yg original...sedap gak lagu dia... :)
BErtuah ker?....Boleh la dikira bergitu sebab aku nie susah sangat nak dapat hadiah cabutan bertuah...tp kali nie alhamdulillah dapat jugak...amatlah suka dan germbira...(bekalan untuk ujung bulan bila tak de duit nak makan...hehe)...
Sponsored door gift dari Petronas...ada le beg dalam tu...biasa jer... :)
Tahniah...buat 1 daripada team kitorang yg berjaya dapat tempat ke-3 (kalu tak silap aku ler)...jatuhan pin tak jauh beza sngat tp masih bagus...mmg bagus pun diorang...main mmg kow2 punya...sbb menebus kehampaan tournament lepas di Summit tempoh hari...tahniah sekali lagi..!!!
Kefli juga turut hadir memeriahkan suasana...tp datang sorang jer ker>?...mana **** tu?...Ups, terlebih sudah...gossip nie!!!! :)
Dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dari Mila....Siap ada pom pom jantan lagi...hehe!!!
Permainan kerusi muzik, pun ada....tp ini kan pengacar tv kat Astro tu...apa nama ntah...!!!
Mila pun main juga. Tp pertama kali aku berdiri dekat ngan Mila masa amik foto tu, mmg terasa yang amat la besar diri aku ni...Kocik sangat...halus....comel...rasanya kalu nak angkat dan humban dia kat mana2 lah, mmg sedang sngat...kasut pun kocik...bebudak umur 6 tahun pun besar dari dia....heheh..jgn marah yer Mila...gurau2 kasar jer...ahaks!!
Letih main bowling, menjerit dan melalak kat boling arena tadi tp tak puas..tak cukup...Kata mereka nak g karaoke..ahrghhh, sudah...!!!
betul2 menguji kekuatan vokal aku..haha....mmg aku suka sangat karaoke...so bila reramai macam nie, gerak la kitorang ke Red Box Low Yat....first time aku merasa karaoke kat Red Box. Mmg best...lagu baru byk sangat...dan sound system yg amat bagus...puas hati..bebraloi bayar RM30 satu kepala....kene plak ramai nyanyi...lagi syiok aaaarrr!!!....dari petang membawa ke malam...sampai lebam dada aku...kuang3!!!
Fuh, mmg seedaappp suara korang yer...mmg best...Yg tengah tu, Ika...bukan takat pandai main bowling, nyanyi pun sedap..ala2 Dato' CT tau...serius...aku betul2 puji nie...
Yang ini Faizal..kitorang panggil dia Hadek...konon manja tp kepala ngan jiwa,,,rock ala sentimental..hehe...aku ingat dia nie tak nyanyi..segan, malu..sebab gaya tu dah ada tp bila dah pegang microfon tu, erm..jgn harap la nak lepas mic tu...
byk la lagu kitorang bedal nyanyi melalak beramai2 ala2 kumpulan koir gitu...paling tak tahan..bila memasing gelek Inul...ngan rap lagu Backstreet Boys...hehe....

jam kul 8.30 mlm....lama sangat melalak, aku kene berpisah kejap ngan diorang sbb nak g Metrojaya Berjaya Time Square nak g terjah perfume....macam murah jer...so aku ngan kawan aku memblahkan diri...jadi tinggalnyer, cuma 4 orang jer dalam sangkar itewwww!!!
So g la shoping kejap dan kemudian pulang ke rumah dengan rasa amat keletihan...oh tidakkkkK!!!....mata dah tak leh tahan lagi...baju byk tak basuh lagi....so esok ajer lah...tu pun kalu rajin....***wachaaa***