nUFFNANG

Thursday, July 10, 2008

Sahabat TM...Meh ar lawan kalu tak takut!!

TM? Aku ada hutang ker?..oh tidakkkk...tetapi perlawanan boling persahabatan pada 6 Julai dengan Tm ler. Hehe,...Aku dipanggil untuk memeriahkan pertandingan ini, sekadar menggantikan orang sahaja. Bagaimanapun, tq so much...

Erm, tapi kan, aku sakit kaki dah time nie. GAgah jugak la main..sehari sebelum aku belah bahagian bisul yang membengkak di tapak kaki kanan aku nie. Aku dah puas tanya org nak minta ganti, tapi tak de sapa. So aku terpksa la jugak. So tawakkal ajerlah. So bila dah siap pakai kasut, glove dan guard bagai,. aku pun ready la. PErtandingan berlangsung di ARL Alamanda , PUtrajaya. Thnks to TM sebab kasi t shirt TM yang cantik dan selesa,,,hehe...
"Awie montel?...siapa dia?...nama macam sama jer ngan aku..."

Oh tiakkkk...tak guna punya kawan, asbestos betoi....suka hati anak tiri laki mak jiran sebelah rumah ko jer, letak aku ..'montel'...tp macam cute jer..heheh..boleh la..unik sikit..
3 game...alhamdulillah, dalam sakit2 pun boleh main ker...semangat nie,..hehe..yerlah, tak nak hampakan hajat orang yg minta ganti...nanti tak ajak lepas nie dah kalu aku kalah ker hapa ker, kuang3..keputusan:
Game 1: 164 (kurang bagus sebab byk open)
Game 2; 194 (kalah 1 pin jer ngan budak team aku jugak..195..hampeh)
Game 3: 235. sperti di atas (alhamdulilah..byk strike, spare 1 tp sayang, open ada 2..kalu tidak mau 280 ..hehe)
So dah penat main, kitorang semua dijamu makan tengah hari. Satu team, ada 4 orang..campur2 ngan org TM. dan 10 lane digunakan. So mmg meriah sebab semuanya main penuh semangat..cuma tak la havoc dan bising macam aku main dengan Fan Club sebelum ini...ahaks
So sebagai hadiah dan ganjaran ditabalkan juara keseluruhan (hadiah untuk kumpulan sahaja, individu tarak)...so hadiah tempat pertama...yang besar gabak ntah apa bendanya...nak tau apa?..jom bukakkkk....
Tadaaaa....rice cooker.....ahaks...tp aku ni jarang masak nasi..erm..nak masak apa yer selain nasi?...kukus jer la kot...kuih pau ker...sup ker,...bubur nasi ker....yer tak..apa lagi ek?...ermmmmm.....

tak per la...salam rindu dari awie jer la...ahaks...

Wednesday, July 9, 2008

Get Smart...!!!

Sebuah lagi filem mesti tonton iaitu Get Smart yang rasanya dah lama di panggung tapi aku baru je tgk..hehe..sedikit preview tentang filem ini...Ia merupakan filem komedi yang dibintangi oleh Steve Carrell (Maxwell Smart,Agent 86) dan Anne Hathaway (Agent 99). Max merupakan penganalisis kes yang cekap selalu mengimpikan tugas sebagai agent (Agent Perisik Rahsia yang dikenali sebagai CONTROL). PAda ketika ibu pejabat CONTROL diserang handap oleh orang dalam yang tidak dikenalpasti, maka Max secara tidak langsung dilantik untuk menjadi agant perisik menyelesaikain kes yang juga berkaitan dengan kumpulan pemusnah yang dikenali sebagai KAOS, kumpulan ini cuba menakluk dunia dengan menggunakan nuklear.
MAx menjadi Agant 86 bersama Agent 99 bersama berganding bahu menyelamatkan dari keadaan letupan berlaku...Dalam perjalanan mereka itu, berlaku pelbagai adegan lucu.

KOmen: Kalu nak dibandingkan filem yang seumpamanya, misalnya filem agent komedi yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson (mr. BEan) ...tak ingat la tajuk filem dia..hehe...tp mmg jauh bezanya.

So rating untuk ilem ini..6/10

Sunday, July 6, 2008

HAncock...Wanted....Melopong aku...!! LAyan BEbe!!

PErghhh..layan ni...melayan ...haha...sabtu baru2 ni, aku ke g tgk wayang. TAk sabar aku nak tonton filem ini. KAli ini di TGV, Jusco Cheras Selatan. Biasa aku akan ke sini bila diri ini malas hendak ke KL...ahaks!!..Sedikit sinopsis tentang filem ini. Filem ini mengisahkan tentang Wesley, seorang pengurus akaun di sebuah syarikat. Beliau kononnya menghidapi penyakit hypertension, padahal tidak. Dia sebnarnya memiliki kelebihan yang dikatakan istimewa dan sesuai untuk menjadi pembunuh upahan seperti bapanya (yang menganggotai kumpulan pembunuh upahan yang digelar Fraternity)
Wesley telah sebenarnya telah diumpan oleh The Fraternity yang diketuai oleh Sloan, untuk membunuh Cross (bapa Wesley) yang dikatakan mengancam kumpulan itu dari terus membunuh mereka yang tidak bersalah. BAgaimanapun, untuk mencapai hasrat itu, Sloan cuba memperdayakan Wesley dan melatihnya dengan ilmu tembakan (nasib baik tak ilmu silat atau kuntau..hehe), yang mustahil untuk dilakukan...(yerlah, tembakan yang pelurunya boleh melencong..perghhh hebat) sehinggalah Wesley benar2 mahir.
Wesley dilatih oleh Fox (Angelina Jolie) sehingga mahir. tetapi pada masa itu, Wesley tidak sedar, bahawa orang yang sedang beliau buru adalah ayahnyer yang cuba melindunginya dari dibunuh, tetapi ia berlaku sebaliknya.
Dalam satu kejadian di keretapi, Fox mendapat arahan untuk membunuh Wesley, namun fox merasakan Sloan benar2 mempermainkan mereka...Fox membunuh diri dan membiarkan Wesley memburu Sloan sebelum akhir babak.

Saksikan aksi filem ini, rating aku?...8/10

Hari Jumaat plak, lepas keje.. (seblum tgk Wanted)...aku tonton filem Hancock. Filem ini juga amat lah menarik..menggunakan kesan khas CGI, dan plot cerita yg amat menarik, berjaya menumbangkan nafsu menonton wayang ini,..maklumla kaki wayang kan!!
Mengisahkan tentang seorang lelaki yg mempunyai kuasa hebat giler, terbang laju mcam jet, dan kuat macam apa ntah..takkan gajah kot..hehe, macam superman la sebab kalis peluru..yer tak!!!

mempunyai perangai buruk, suka memusnahkan harta benda orang..temasuk bangunan padahal dia menyelamatkan keadaan yg huru hara, rompakan atau kecurian..maknanya menegakkan keadilan la...lebih kurang gitu ler. Sehnggalah satu ketika beliau terjumpa sorang laki yg berkeluarga yang kebetulan beristerikan pasangan Hancock sejak 80thun yang lalu (mereka kononnya diciptakan berpasangan), Tanpa disedari Hancock, beliau dinasihati oleh rakannya untuk brubah dan menjadi superhero.
Kesudahannya, Hancock menjadi superhero yang disegani...ahaks...tp yg best filem ni, mmg kelakar..Dilakonkan oleh Will Smith (mmg aku minat sangat mamat ni , pandai berlakon...lawak siot)...bintang drama sitcom, The Fresh Prince Of Bel Air...

So kalu yg belum tonton, g la kat pannggung berdekatan...kalurasa nak beli DVD tu, pandai2 lah yyer...(ori ker or cetak rompak?0lu fikri la sndiri)...

Aku kasi rating filem ini 8/10..orait la tu kan...

kira ok lah ek...apapun nak makan kejap...2 filem ntry dalam satu hari, esok ntry hari ahad nyer...ok nak makan kejap..g pasar malam hari ni...lama tak makan apam balik...so beli la untuk sorang makan...(takkan sepuluh kot...ahaks!..mana larat)

ok...esok kene g klinik Putrajaya..for minor operation...operate apa?...Tungguuuuu!!!

Salam rindu dari ku...Awieworld

***Wachaaa***

Friday, July 4, 2008

Tak Baik tau, ungkit mengungkit...Biarlah ikhlas hati yer!!!

Hari ni dah tentu la hari Jumaat..penghulu segala hari. Hari ni juga aku rasa macam best jer. Kenapa ek?....Ntah, aku pun tak tau...

Tp tetiba bila baca blog, singgah ke sana dan sini, aku terfikir sejenak...tentang "Memberi lebih baik dari menerima"...

Semenjak 2 menjak ni, hatta bulan JUn dan Julai, ada peristiwa yang aku pasti tak boleh lupa.

Aku selalu berfikir dan merenung, apa yang kurang dan apa yang lebih pada diri aku. Apa yang selalu aku fikir, pasal nak menjaga hati orang, nak berkawan lama tu macam mana, ish, kekadang yang meminta tu lebih dari apa yang diberi...

yer lah, wang ringgit tak boleh membeli kebahagiaan, itu pendapat aku. Tp kenapa ada yang masih menilai, wang ringgit adalah segalanya?...

Pernah kah kita terfikir, kerana wang ringgit:

  1. Boleh putus kawan...percaya tak?...erm, ada tau. Bila masa duit dan masa dihabiskan, dan tidak dapat apa yang dihajatkan, ungkit dan perbalahan...lalu putus kawan..salah siapa?..tak tau la aku...
  2. Hati boleh jadi tak ikhlas, bila tak dapat apa yang diharapkan...misalnya kasi RM1 tp harapkan balasan pahala berjuta juta kali ganda..padahal beramal jarang sekali.
  3. Boleh beli gossip....belanja makan sikit, boleh tau macam2 cerita...duit kopi namanya...mengumpat pun tak berpada...yang tidak benar di 'ya'kan...
  4. Orang yg hatinya ikhlas pada mulanya sahaja, boleh buta kerana duit. Tak nampak kebaikan orang...apa yang dia nampak duit, boleh beli cinta...kasih sayang...kebahagiaan...
  5. Kita beli dan makan untuk kita...mahal bagai tak per, janji selesa dan mengenyangkan..tapi lupa sedekahkan walaupun 1 sen pada yang memerlukan...
  6. Bila dah marah, bengang ngan seseorang, perghhh..ni yang bahaya. Fikir yang bukan2, habis diungkit pasal duit, masa dan tenaga...kenapa yer?..semua benda dalam dunia ni termasuk hati budi, ikhlas, sayang, cinta yakni yang mana tak boleh dinilai dengan wang ringgit, pandai pula dinilainya...apa teori dan asas perkiraan tersebut?...

Kadang2 aku terfikir, kenapa duit jadi punca?...mungkin zaman sekarang amat mementingkan duit. Tanpa duit, hubungan tak boleh kekal lama.

Aku dah cuba tau...Aku cuba cari kawan baru....kuar dengan kawan itu, belanja dia makan...berbual baik, sopan, tidak ada gossip, tak ada umpatan...

tetapi, tak pulak jadi kawan baik aku pun...sebab aku belanja dia makan tempat murah ker atau sebab mmg tak jodoh untuk jadi kawan?...

erm, baru aku tau...bila difikir dan ditelaah, mmg hebat ciptaan Tuhan, MANUSIA...

Dikurniakan akal untuk berfikir, dan bertindak. Susah nak diduga. Tetapi lain pulak jadinya bila disalah guna...Ada yang:

  1. Rupa sangat baik...bersih...berkulit cerah..tapi pencuri
  2. Kawan dah lama, kira kawan baik sejak sekolah...tp bila susah cari kita meminjam duit. Dah tolong kasi, enjoy...lupa diri dan bila ada duit, buat2 lupa untuk bayar..makan bertahun nampak gayanya...
  3. Bila berjanji tak tepati...gara2 jauh...susah nak jumpa, tambahan plak ada moto, tak de kete...(erm, dah la tak mampu pakai kete, dah pasal kete pun leh hilang kawan)..
  4. Nak menang hati orang lain, kene buat belanja makan ker, kasi duit belanja ker, jemput dari tempat kerja ker....tolong hantar dan ke mana2 saja...tetapi sebagai balasan, mesti setimpal dengan apa yang dihajatkan...misalnya, cinta, sayang, teman setia...(erm, perlu buat macam tu ker?)

Sebaliknya, pada orang yang bersama mereka ini, jadi serba salah. Nak balas macam mana?...Boleh jadi orang yang di harapkan pun macam dia juga dan mungkin juga sebaliknya.

dan boleh jugak disalah tafsir kejujuran seseorang.

Semua ini ada kaitan dengan:

  1. Kepentingan diri sendiri
  2. Iri hati
  3. Cemburu
  4. Tak pernah ada rasa sabar
  5. Degil
  6. Berfikiran negatif
  7. Susah sangat nak menerima nasihat orang lain
  8. Mudah terasa
  9. Mudah hilang pertimbangan
  10. Fikir yang bukan2

Secara umumnya, ini lah kot yang dinamakan "nampak macam ikhlas, tapi hati2, ada makna disebaliknya"....

Ada yang kata "Tak kisah"....benar2 memaksudkannya...tetapi ada yang cuma berpura dan pihak satu lagi tak boleh terima...

Ada yang kata "Its ok."...sama situasinya seperti di atas

dan sebagainya...

Pemerhatian demi pemerhatian telah aku buat dan aku dah catatkan..cuma tak tunjuk jer. Yer lah, semua ini berdasarkan pengalaman aku yang tlah aku lalui...

Dari aku dulunya macam bebudak, fikir nagatif, tak suka itu dan ini...bila dah mula bekerja dan kenal ramai jenis orang, pelbagai profesion, amatlah berharga bagi aku.

Walaupun ada yang membenci aku, sesungguhnya aku tak membenci pun mereka yg membenci aku..tak baikkan?...

Apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah, "Manusia cuma meminjam apa yg Tuhan berikan. Sampai masa, kita akan memulangkan segalanya, sehingga tiada apa2 yang dibawa selain amal ibadat dan perbuatan kita di dunia"...

Sesaja aku buat ntry ni , terasa nak ceritakan sikit pasal pengalaman yg tak seberapa..harap uols ada yang sudi untuk berkongsinya....yer!!

Jika bisa buang yang keruh, ambil yang jernih....tak per jugakkan..tp kalu yg berhati batu, erm, susah sikit tu...maklumla kalu dah benci...dibuatnyer jadi musuh..huh!!!..

apapun, semoga berbahagia la hendaknya pada mereka yang diluar sana. Cuma kalu dah kene pada batang hidung sendiri, mungkin baru nak fikir balik agaknyer...mungkin jer lah, tu pun kalu sedarla...yer tak!!!

Insyaallah, kalu diizinkan Tuhan, aku diberi peluang hidup pada saat ini, esok, lusa dan hari berikutnya, pasti aku akan menghargainya. Aku mesti bersedia pada apa jua kemungkinan biarpun 'pahit terpaksa aku telan'...

Salam sayang buat insan yang pernah menjadi sahabat aku sebelum ini...so many thnks!!!

***Awieworld**

Kelmarin Dulu,Kelmarin dan Semalam........huh?...

UUUuu...cedapnyer!!!.....Tp for display jer....not for eat ok...ahaks....

Kelmarin dulu......aku tak lalu ar nak makan nasi...heheh..ye ker?
....

tak mungkin.....erm......KEdai cookies baru kat KLCC....BAkin Boys....erm....mmg cedap tau..ada cup cake...ada cookies...besar2 plak tu....aku ada beli dan makan....tp tak amik foto...sedap sangat nyer pasal sampai lupa nak amik fotonyer...huhuhu!!!

erm...kelmarin plak tak mau makan nasi arrr, takut gemuk.....time lunch teringin nak makan noodles....so ke Signature KLCC mushroom chicken egg noodles...erm....sangat menyedap kan...kenyang erkkk!!! Alhamdulillah
Semalam...sebelum nonton filem Sepi, sempat kagi aku try alat pengurut kaki Osim nie...harga diskaun kata mereka cum Rm 598..selepas diskaun. SEdap jugak mesin ni urut.....hehe...ups dah lambat....wayang dah nak sttart...ok show...

erm, madam kwans...famous dengan nasi lemaknyer....tapi tak makan itu, aku makan lamb grill...oh sedaopnyer.......arghhhhhhhhhh!!!
yang menarik nyer lagi, kalu order jus, leh campur 3 perasa...aku campur belimbing, limau dan karot....heeh, sedap giler....erm..jeles kengkawan aku...

Dan inilah dia. 4 keping daging kambing yang di grill enak...sangat2 enak...madam kwans di KLCC...sure menambat hati anda...ahaks, macam iklan tv la plak..
my boss makan nasi ni ha, mende ntah namanya...tapi makan tak abis, last2 aku jugak la kene abiskan....adah macam vacumm dah aku nie...
masa kat Chilis. KLcc jugak...kami bertiga. aku, bos aku dan kawan sejawat aku teringin nak makan kat sini.so dordernya air nie...sangat sedap tp lupa nama lagi..tp yang pasti, ada rasa air kelapa dan limau nipis...juga susu...
ni la tachos..kalu tak silap aku...cheese nyer mak oi...menyengat bebe!!!
Spagetti bolognese..juga memikat hati dan byk portion nyer..nak abiskan , perlu berkongsi 3 tau....macam kat William plak/..(arghh, rindu plak nak makan kat william sana)
Nachos, kalu tak silap aku la....ada toteila yang intinya 4 potong daging ayam, cheese, sayur dan lada....erm...sedap beb...sedap....sangat!!
next time di Chilis, burgernyer polak..besar gabak aku tgk aritu...


again,,,,tu jer lah,hehe...malas ar nak taip pepanjang,,,, apsal ek?...erm,,,,mengantok kot...apa kata kita tido nak?...hehe...jom arrrr...

salam rindu buat semua....awieworld

Wednesday, July 2, 2008

I love this MOvie!!

Hari ini slps waktu kje, aku terfikir nak nonton wayang...tapi sorang jer ler....huhu!!/ SEPI.... kan...


ha, Sepi...aku lum tgk lagi...jadi sempena menyambut keadaan aku hari ini yaknie Sepi, aku pun decided nak tonton wayang kat PAvillion.....saja g jauh sikit, lama tak g sana..huhu!!Aku tahu, agak terlambat aku nonton wayang citer nie..bukan apa, ada yag kata best, ad ayang kata tak best....konfiusss!!!
Arghh, pedulik, tgk sendiri arrrrrr.
Starting jer aku dah suka....gambar cantik....mula citer dengan humour dari Afdlin Shauki...actor dan pengarah yg aku suka dan minat sangat.....
Pandai dia melakonkan watak itewww...berpasangan denga Vanida Imran....dari sepi seorang bujang....akhirnya ngorat VAnida...dapat jugak...bahagia hendaknyer...


Filem arahan Khabir Bahtiar ni mmg bagus....walaupun plot ceritanya berasaskan cinta, dan gaya persembahan juga, seperi filem CINTA, tetapi masih boleh memberi kesan emosi kepada penonton especially aku...huhuuhu!!!
3 kisah sepi dan cinta..digabungkan dan digarab dengan baik.....ada kesinambungan dan saling kait antara satu cerita dengan cerita atau situasi yang berbeza tetapi objektifnyer sama...
so mmg bagi aku, puas hati....aku suka...tetapi kalu nak dikira dari segi kesan kepada emosi....filem CINTA lebih baik dari filem ini...


apapun, filem ni mgm bagus..cuma aku tak sempat nak tonton filem 'PEnsil'.....huhuh...kejap sangat kat panggung....tak dapat sambutan kot....sayang betoi la....

so tu jer la aku buat ari ni....erm esok filem apa plak ek?...hehe...wayang lagi ...tp sorang jugak la...apa leh buat..layan SEPI....hehe

salam rindu dari awie....wachaaa!!!

Tuesday, July 1, 2008

Nak buat apa ek?...Tak tau laaaaa...

Erm...hari ni agak letih jugak..memikir mcm mana nak buat, nak abiskan keje yg masih byk lagi...makin hari buat makin byk plak benda yg kene tambah untuk support kesimpulan nanti...erm,,,tp tak per..relax jer la..kalut2 kang, nanti sakit kepala plak...ahaks!!
On da way balik Kajang, aku teringat kawan aku cakap, ada pertunjukkan laser dan air di Putrajaya. Aku pun bergegas ke sana...
tp kabur sikit la......persembahan tersebut adalah dari tourism mlaysia...
Cinnabon?...ala, dekat plaza low yat, g jumpa aku punya taiko....saja sembang2...tp isu utama, padal arwah Fizi..kami dok ingat lagi pasal arwah...erm....apapun hidup mesi diteruskan...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan roh mu semoga dicucuri rahmat dari Allah swt. Amin.

salam wachaa dari awieworld...