nUFFNANG

Sunday, July 6, 2008

HAncock...Wanted....Melopong aku...!! LAyan BEbe!!

PErghhh..layan ni...melayan ...haha...sabtu baru2 ni, aku ke g tgk wayang. TAk sabar aku nak tonton filem ini. KAli ini di TGV, Jusco Cheras Selatan. Biasa aku akan ke sini bila diri ini malas hendak ke KL...ahaks!!..Sedikit sinopsis tentang filem ini. Filem ini mengisahkan tentang Wesley, seorang pengurus akaun di sebuah syarikat. Beliau kononnya menghidapi penyakit hypertension, padahal tidak. Dia sebnarnya memiliki kelebihan yang dikatakan istimewa dan sesuai untuk menjadi pembunuh upahan seperti bapanya (yang menganggotai kumpulan pembunuh upahan yang digelar Fraternity)
Wesley telah sebenarnya telah diumpan oleh The Fraternity yang diketuai oleh Sloan, untuk membunuh Cross (bapa Wesley) yang dikatakan mengancam kumpulan itu dari terus membunuh mereka yang tidak bersalah. BAgaimanapun, untuk mencapai hasrat itu, Sloan cuba memperdayakan Wesley dan melatihnya dengan ilmu tembakan (nasib baik tak ilmu silat atau kuntau..hehe), yang mustahil untuk dilakukan...(yerlah, tembakan yang pelurunya boleh melencong..perghhh hebat) sehinggalah Wesley benar2 mahir.
Wesley dilatih oleh Fox (Angelina Jolie) sehingga mahir. tetapi pada masa itu, Wesley tidak sedar, bahawa orang yang sedang beliau buru adalah ayahnyer yang cuba melindunginya dari dibunuh, tetapi ia berlaku sebaliknya.
Dalam satu kejadian di keretapi, Fox mendapat arahan untuk membunuh Wesley, namun fox merasakan Sloan benar2 mempermainkan mereka...Fox membunuh diri dan membiarkan Wesley memburu Sloan sebelum akhir babak.

Saksikan aksi filem ini, rating aku?...8/10

Hari Jumaat plak, lepas keje.. (seblum tgk Wanted)...aku tonton filem Hancock. Filem ini juga amat lah menarik..menggunakan kesan khas CGI, dan plot cerita yg amat menarik, berjaya menumbangkan nafsu menonton wayang ini,..maklumla kaki wayang kan!!
Mengisahkan tentang seorang lelaki yg mempunyai kuasa hebat giler, terbang laju mcam jet, dan kuat macam apa ntah..takkan gajah kot..hehe, macam superman la sebab kalis peluru..yer tak!!!

mempunyai perangai buruk, suka memusnahkan harta benda orang..temasuk bangunan padahal dia menyelamatkan keadaan yg huru hara, rompakan atau kecurian..maknanya menegakkan keadilan la...lebih kurang gitu ler. Sehnggalah satu ketika beliau terjumpa sorang laki yg berkeluarga yang kebetulan beristerikan pasangan Hancock sejak 80thun yang lalu (mereka kononnya diciptakan berpasangan), Tanpa disedari Hancock, beliau dinasihati oleh rakannya untuk brubah dan menjadi superhero.
Kesudahannya, Hancock menjadi superhero yang disegani...ahaks...tp yg best filem ni, mmg kelakar..Dilakonkan oleh Will Smith (mmg aku minat sangat mamat ni , pandai berlakon...lawak siot)...bintang drama sitcom, The Fresh Prince Of Bel Air...

So kalu yg belum tonton, g la kat pannggung berdekatan...kalurasa nak beli DVD tu, pandai2 lah yyer...(ori ker or cetak rompak?0lu fikri la sndiri)...

Aku kasi rating filem ini 8/10..orait la tu kan...

kira ok lah ek...apapun nak makan kejap...2 filem ntry dalam satu hari, esok ntry hari ahad nyer...ok nak makan kejap..g pasar malam hari ni...lama tak makan apam balik...so beli la untuk sorang makan...(takkan sepuluh kot...ahaks!..mana larat)

ok...esok kene g klinik Putrajaya..for minor operation...operate apa?...Tungguuuuu!!!

Salam rindu dari ku...Awieworld

***Wachaaa***

5 comments:

MOLY said...

aku nak tengok wanted !!!

nazzman ibrahim said...

mcm pernah ku lihat wajah ini tapi di mana ya???

Ziana said...

wanted dah!
mmg best!
:)

MOLY said...

ok aku dah tgk wantedddd
bess
;)

Anonymous said...

hancock= x best!