nUFFNANG

Tuesday, June 24, 2008

Layan Wayang "The Incredible Hulk"

Wah...best best....hehehe.....lepas je layan lawan bowling pada ahad baru ni, aku ngan kengkawan team EbiFc sesaja nak melayan wayang. Maklumla, kitorang semuanya kaki wayang...bukan kaki ayam ke, kaki lepak ker atau kaki kaku kek!!!...ahaks
So dengan sukacitanya, kitorang melayan filem, The Incredible Hulk...pergh, action ajer dari mula hinggala abis...
Citernye pasal seorang saintis yg bernama Bruce, bersama dengan seorang Jeneral Tentera US cuba mencipta formula yang mampu meningkat daya kekuatan dan kepantasan untuk diaplikasi sebagai alat ketenteraan pada setiap pegawai tentera yang bertempur. Namun, ujikaji yang dijalankan memerlukan sample untuk diuji pada manusia, Bruce menawarkan diri. Dengan tidak semena-mena, sinar Gamma yang mengaktifkan formula itu telah tidak stabil dan membuatkan beliau mengasingkan diri, takut mengancam orang lain.
Bruce sedar, kemarahan boleh meningkatkan daya Gamma itu bertindak dalam sel darah merahnya, jadi Bruce perlu mengawal kemarahannya. Dan pada ketika itu juga, Jeneral yang membangunkan ujikaji itu, ingin mencari dan memusnahkan bukti kegagalan yg ada pada BRuce. Bruce pula cuba mencari penawar bagi merawat keadaannya itu.
Secara tidak langgsung, Bruce diburu oleh Jeneral itu, dan mengancamnya. Bruce cuba mengawal keadaan dan sehinggalah beliau dipulihkan buat sementara oleh seorang profesor yang dikenali sebagai Mr. Blue. Keadaan semakin haru biru, apabila Jeneral itu cuba mencipta semula formula itu dan diuji pada seorang pegawai tenteranya yg kuat, untuk menghalang usaha Bruce dari terus menjadi Hulk. tetapi sebaliknya berlaku...

Kerana kuasa yang ada, tentera yg namanya ntah aku tak ingat (heheh), menjadi gila kuasa dan mahukan kuasa yg kuat seperti Bruce. Mr Blue memberikan sample darah dan dimasukkan ke dalam badannya hinggakan sesuatu yg buruk telah berlaku. Ia menjadi makhluk yg sama kuat dan ganas. Peperangan antara 2 hulk itu, menjadi 'panaz' apabila masing2 menentang dengan onjektif masing2.

Nak tau lagi apa kesudahannya, tontonlah filem ini di panggung sekarang....ok...layan lagi...next movie.."Get Smart"...Selamat....

salam rindu...Awieworld

2 comments:

eedany said...

dah tengok... saya kasih 2/5 jer.

;p

MOLY said...

aku dah tengok !!
:D