nUFFNANG

Thursday, May 1, 2008

IRon Man..Berebut...MAkan?...William la apa LAgi!!

Bergegas lepas waktu kerja, aku terus punch card n merempit cepat2 balik umah. Siap2 dalam kul 6.30 petang ke stesen komuter Kajang ke MId Valley. PAsal apa aku kelam kabut sangat?...

MAnataknyer, dari petang jam 2 aku call n try book online GSC nak tgk wayang, filem Iron Man...Tak dapat la plak!!.. So tak de cara lain, kene la pergi awal dan beratur panjang..."Huh...."
Punyalah ramai orang kat MId VAlley tu sampaikan lorong untuk beli tiket menonton diasingkan, lorong kiri untuk lain2 movie kerana lorong kanan diperuntukkan khas untuk customer yg nak tgk filem Iron Man jer...Memang hit la filem nie....Selling FAst...so fast, and faster then ever...kuang3...

Akhirnya, berkat kesabaran, dapat gak tgk wayang..jam 9.40 mlm...baki seats ada 8 jer...last2 aku dapat seat T12 dan T13...depan sekali..hah, amik aku, melangut!!!
Citer ni mengisahkan tentang Tony Stark (Iron Man), yg merupakan tauke kilang membuat senjata terbesar dunia, yang bongkak dengan kebolehannya dalam mencipta senjata yang berkuasa tinggi.

NAk dijadikan cerita, beliau telah diserang hendap dan diculik oleh pengganas di Afghanistan yang diupah oleh pakciknyer sendiri, iaitu rakan kongsi bisnes kepada bapak Tony yang telah meninggal dunia.
Oleh kerana Tony ni pandai sangat buat senjata, pakciknya cuba menculik Tony dan memaksanyer untuk membuat misil yang paling hebat pernah dicipta oleh Tony. Tony tempatkan di dalam gua dan diberi peralatan untuk membuat misil tersebut.

NAmun begitu, Tony menggunakan peluang itu untuk membina sut besi dengan tujuan melepaskan diri dengan bantuan seorang lagi tahanan, yang namanya aku tak ingat, hehe..seorang penterjemah bahasa dan profesor sains..macam Tony jugak... Didalam gua ini jugalah Tony mencipta sut itu walaupun tidak sempurna. Oh yer, di dadanya itu adalah sumber tenaga untuk Tony terus hidup, pucanya, ketika Tony terkena serpihan bom misil buatannya sendiri ketika tentera pengganas menyerang hendapnyer....

Dari situ, Tony berjaya melepaskan diri dan pelbagai pengalaman lucu dan menarik semasa beliau membina sut yang baru...

Tony insaf apabila melihat kekejaman dari senjata yang diciptanya, beliau membuat keputusan untuk menutup kilang dan berhenti dari pengeluaran senjata. Tetapi, pakciknyer itu tidak berpuas hati dan cuba mempertahankan kilang itu demi kepentingan peribadi dan dendamnyer, beliau cuba merampas kuasa yg ada pada Tony dan mencipta sut baru..

dan mulalah pertembungan adantara mereka...best ooo....tgk la yer...tak rugi,,,2 jam tayangannyer..ok... :)Lepas tonton wayang, kitorang lapar. So lajak le ke William...2 orang makan, 2 menu berlainan...carbonara chicken..sedap sangat...MAngo Blended..pun sedap..
Chicken Premium....pun sedap...
Hehe..tidak berdua ajer, MR EA with his Lily...Ziana, Sue and her Fren, Amad...my fren....hehe...kami sampai lewat...tp sempat jugak la berborak ngan diorang n Uncle William...

Asyik bergelak jer...Uncle William pun keje buat lawak...mmg nak kene uncle ni...jaga ko..aku berdendam nak kenekan uncle nie..heheh!!!

Apapun uncle, mmg best la makan kat tmpat uncle nie...

oklah nak chow, dah kul 1.30 pagi nie...kenyang sangat..balik kira nak membongkang jer...ahaks..ok taking care..

Selamat hari Pekerja...

9 comments:

Ziana said...

wat lawak sakan ko mlm td ek..
hehehe..
si sue tuh gelak x benti2..
:)

MOLY said...

miahahahahha
aku enjoy jumpa ko . tapi kejap sangat .. jadi x puas laa kita nak bergossip mengumpat orang

sok sok lusa tulat kita plan jumpa lagi ke .. leh mengumpat tak hengat dunia kan ..

hahahaha ..
deep purple mahal beb !!!

kwang kwang kwang ~
aku masih leh tergelak lagi nih

:P~

Unknown said...

heh heh

agaknya nyer uncle tu heran tak, knp ade sebilangan org dok amik gambar makanan dia yek :D

Anonymous said...

wah wah... seronoknyeeee..
wmmg dah jd duta william lily dgn kakdik ni..
ehehee

Jie said...
This comment has been removed by the author.
Jie said...

Salam..

Kak Jie dtg dr blog cik lily...:D

dan kakjie double triple jeles nengok pic korang...

Mieza's Penny said...

wah bestnya mamam kat william kan...

meriah makanan ko...terliur jap...

seronok jumpa ngan lily n ziana..diaorang tu happy go lucky je kan...:D

Unknown said...

heehe..tu la..sakit perut dok gelak jek..

ita.itu said...

ayooo..sume sdp lah...jeles tau