nUFFNANG

Friday, July 4, 2008

Tak Baik tau, ungkit mengungkit...Biarlah ikhlas hati yer!!!

Hari ni dah tentu la hari Jumaat..penghulu segala hari. Hari ni juga aku rasa macam best jer. Kenapa ek?....Ntah, aku pun tak tau...

Tp tetiba bila baca blog, singgah ke sana dan sini, aku terfikir sejenak...tentang "Memberi lebih baik dari menerima"...

Semenjak 2 menjak ni, hatta bulan JUn dan Julai, ada peristiwa yang aku pasti tak boleh lupa.

Aku selalu berfikir dan merenung, apa yang kurang dan apa yang lebih pada diri aku. Apa yang selalu aku fikir, pasal nak menjaga hati orang, nak berkawan lama tu macam mana, ish, kekadang yang meminta tu lebih dari apa yang diberi...

yer lah, wang ringgit tak boleh membeli kebahagiaan, itu pendapat aku. Tp kenapa ada yang masih menilai, wang ringgit adalah segalanya?...

Pernah kah kita terfikir, kerana wang ringgit:

  1. Boleh putus kawan...percaya tak?...erm, ada tau. Bila masa duit dan masa dihabiskan, dan tidak dapat apa yang dihajatkan, ungkit dan perbalahan...lalu putus kawan..salah siapa?..tak tau la aku...
  2. Hati boleh jadi tak ikhlas, bila tak dapat apa yang diharapkan...misalnya kasi RM1 tp harapkan balasan pahala berjuta juta kali ganda..padahal beramal jarang sekali.
  3. Boleh beli gossip....belanja makan sikit, boleh tau macam2 cerita...duit kopi namanya...mengumpat pun tak berpada...yang tidak benar di 'ya'kan...
  4. Orang yg hatinya ikhlas pada mulanya sahaja, boleh buta kerana duit. Tak nampak kebaikan orang...apa yang dia nampak duit, boleh beli cinta...kasih sayang...kebahagiaan...
  5. Kita beli dan makan untuk kita...mahal bagai tak per, janji selesa dan mengenyangkan..tapi lupa sedekahkan walaupun 1 sen pada yang memerlukan...
  6. Bila dah marah, bengang ngan seseorang, perghhh..ni yang bahaya. Fikir yang bukan2, habis diungkit pasal duit, masa dan tenaga...kenapa yer?..semua benda dalam dunia ni termasuk hati budi, ikhlas, sayang, cinta yakni yang mana tak boleh dinilai dengan wang ringgit, pandai pula dinilainya...apa teori dan asas perkiraan tersebut?...

Kadang2 aku terfikir, kenapa duit jadi punca?...mungkin zaman sekarang amat mementingkan duit. Tanpa duit, hubungan tak boleh kekal lama.

Aku dah cuba tau...Aku cuba cari kawan baru....kuar dengan kawan itu, belanja dia makan...berbual baik, sopan, tidak ada gossip, tak ada umpatan...

tetapi, tak pulak jadi kawan baik aku pun...sebab aku belanja dia makan tempat murah ker atau sebab mmg tak jodoh untuk jadi kawan?...

erm, baru aku tau...bila difikir dan ditelaah, mmg hebat ciptaan Tuhan, MANUSIA...

Dikurniakan akal untuk berfikir, dan bertindak. Susah nak diduga. Tetapi lain pulak jadinya bila disalah guna...Ada yang:

  1. Rupa sangat baik...bersih...berkulit cerah..tapi pencuri
  2. Kawan dah lama, kira kawan baik sejak sekolah...tp bila susah cari kita meminjam duit. Dah tolong kasi, enjoy...lupa diri dan bila ada duit, buat2 lupa untuk bayar..makan bertahun nampak gayanya...
  3. Bila berjanji tak tepati...gara2 jauh...susah nak jumpa, tambahan plak ada moto, tak de kete...(erm, dah la tak mampu pakai kete, dah pasal kete pun leh hilang kawan)..
  4. Nak menang hati orang lain, kene buat belanja makan ker, kasi duit belanja ker, jemput dari tempat kerja ker....tolong hantar dan ke mana2 saja...tetapi sebagai balasan, mesti setimpal dengan apa yang dihajatkan...misalnya, cinta, sayang, teman setia...(erm, perlu buat macam tu ker?)

Sebaliknya, pada orang yang bersama mereka ini, jadi serba salah. Nak balas macam mana?...Boleh jadi orang yang di harapkan pun macam dia juga dan mungkin juga sebaliknya.

dan boleh jugak disalah tafsir kejujuran seseorang.

Semua ini ada kaitan dengan:

  1. Kepentingan diri sendiri
  2. Iri hati
  3. Cemburu
  4. Tak pernah ada rasa sabar
  5. Degil
  6. Berfikiran negatif
  7. Susah sangat nak menerima nasihat orang lain
  8. Mudah terasa
  9. Mudah hilang pertimbangan
  10. Fikir yang bukan2

Secara umumnya, ini lah kot yang dinamakan "nampak macam ikhlas, tapi hati2, ada makna disebaliknya"....

Ada yang kata "Tak kisah"....benar2 memaksudkannya...tetapi ada yang cuma berpura dan pihak satu lagi tak boleh terima...

Ada yang kata "Its ok."...sama situasinya seperti di atas

dan sebagainya...

Pemerhatian demi pemerhatian telah aku buat dan aku dah catatkan..cuma tak tunjuk jer. Yer lah, semua ini berdasarkan pengalaman aku yang tlah aku lalui...

Dari aku dulunya macam bebudak, fikir nagatif, tak suka itu dan ini...bila dah mula bekerja dan kenal ramai jenis orang, pelbagai profesion, amatlah berharga bagi aku.

Walaupun ada yang membenci aku, sesungguhnya aku tak membenci pun mereka yg membenci aku..tak baikkan?...

Apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah, "Manusia cuma meminjam apa yg Tuhan berikan. Sampai masa, kita akan memulangkan segalanya, sehingga tiada apa2 yang dibawa selain amal ibadat dan perbuatan kita di dunia"...

Sesaja aku buat ntry ni , terasa nak ceritakan sikit pasal pengalaman yg tak seberapa..harap uols ada yang sudi untuk berkongsinya....yer!!

Jika bisa buang yang keruh, ambil yang jernih....tak per jugakkan..tp kalu yg berhati batu, erm, susah sikit tu...maklumla kalu dah benci...dibuatnyer jadi musuh..huh!!!..

apapun, semoga berbahagia la hendaknya pada mereka yang diluar sana. Cuma kalu dah kene pada batang hidung sendiri, mungkin baru nak fikir balik agaknyer...mungkin jer lah, tu pun kalu sedarla...yer tak!!!

Insyaallah, kalu diizinkan Tuhan, aku diberi peluang hidup pada saat ini, esok, lusa dan hari berikutnya, pasti aku akan menghargainya. Aku mesti bersedia pada apa jua kemungkinan biarpun 'pahit terpaksa aku telan'...

Salam sayang buat insan yang pernah menjadi sahabat aku sebelum ini...so many thnks!!!

***Awieworld**

3 comments:

MOLY said...

betol tuh ..
tak baik ungkit2 di kemudian hari ..
lagi2 bila bab makan ...
ehem ~

Anonymous said...

Banyak kali baca entry ni.
Pandainya kamu mengarang ayat2.
Azmi.

eedany said...

Yup betul cakap lily. Tak baik ungkit apa-apa yg dah dibagi...

zaman sekarang susah nak cari teman sejati...

:)