nUFFNANG

Sunday, February 17, 2008

Batu Permata; Tinggi Nilainya

Amethyst (Kecubung)

Ramai orang dalam dunia ni, tak terkecuali seorang pun agaknyer meminati batu permata. Ada yang suka merah, biru, kuning, hijau dan sebagainya. Tetapi bg aku, batu purple atau Amethyst aka Kecubung, adalah warna batu yg aku minati. Dan ia juga birthstone aku, Februari.

Lanjut tentang batu ini adalah sperti berikut:


  • Amethyst (SiO2) yang dikenali sebagai kecubung merupakan batu quartz yang berwarna ungu. Amethyst berasal dari perkataan Greek; amethuskein, "to intoxicate" (penawar) dimana kepercayaan lama ada menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan peminum menjadi mabuk.


  • Amethyst merupakan batu mineral "supercomposite" yang terdiri daripada "lamella" seperti belang yang berselang diantara bahagian kanan dengan kiri quartz.


  • Struktur ini dipercayai terjadi akibat daripada tekanan mekanikal. Hasilnya, amethyst mempunyai corak seakan-akan cap jari (berbelang-belang). Selain itu, corak di dalam batu amethyst juga dipercayai terjadi akibat daripada kehilangan air daripada mineral berkenaan hasil daripada tekanan dan haba dalam tempoh masa yang sangat lama.


  • Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Amethyst dipercayai telah digunakan sejak zaman Mesir kuno sebagai bahan perhiasan yang antik. Amethyst merupakan mineral yang banyak ditemui. Walaubagaimanapun, amethyst yang berkualiti hanya boleh didapati di beberapa negara sahaja seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia (daerah Mursinka yang terletak di Ekaterinburg), India (Sri Lanka) dan Zambia.


  • Amethyst juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya "Rose de France" yang bewarna merah jambu pucat (pale pinkish lavender).


  • Amethyst yang paling berharga bewarna ungu kebiruan yang memancarkan cahaya bewarna merah yang dikenali sebagai "Siberian" (kerana hanya dijumpai di Siberia serta beberapa kawasan di Zambia dan Uruguay). Selain itu, terdapat amethyst yang bewarna ungu dengan warna oren seperti warna citrine yang dikenali sebagai amethrine yang banyak dijumpai di Bolivia dan Brazil.Amethyst merupakan birthstone bagi bulan Februari.

So, apa macam?..hebatkan batu amethys nie?...hehe...

1 comment:

Unknown said...

hmm contact lense freshlook amethyst sangat lawa. kakak sy pakai memang nampak cun. eh sy dulu pakai memang nampak ok :D