nUFFNANG

Monday, March 31, 2008

Terisi Di HAri Minggu... Melapok Dan Melepak Anyone?...

Sabtu...erm, biasa la kan. HAri cuti, so brehat jer lah. Tp kali ni luar biasa sikit. Hehe, kawan aku dari KL msj, ajak ke rumahnyer, melapok tgk konsert AF pada malam itu. Aku tanpa berfikir panjang, pergi jer la. LAgipun mmg aku ada plan nak ke KL. So, Gerakkkkkk!!!



Aku g naik tren star ke sana. Tak nak bawak moto, leceh nanti kalu nak ke KL. Tren lagi senangkan!!.. Kawan ku amik dari stesen jer.



Mula jer konsert, biasalah, 'juri' kat depan tv ni lagi hebat dari yg bertiga tu. Hehe, akhirnya, Ika yg suara tak berapa nak ada tu, terkeluar jugak, patutnyer minggu lepas lagi... hehe :P..

Diteruskan lagi selepas konsert, kawan2 aku ajak melepak ngan kengkawan diorang. Kira kawan baru la bagi aku. Tp diorang ni bukan blogger,aku sorang jer. Lokasi melepak, di Danau KOta, area Setapak kalu tak silap aku. Mmg tempat happening giler. Suker sangat tp mengenangkan terlalu ramai dan bersesak, tak dapat nak beli apa2. Duit pun tak bawak byk sangat. Huhuhu, jadinyer 'jalan2, cari penat jer la'(time ni dah jam 1 pagi...huh)... ahaks!!
Bila dah tawaf pasar tadi tu, kitorang tukar lokasi lepak yang ada minum2, Taman Bunga Raya. tak jauh dari Danau Kota tadi...tp satu kuntum bunga raya pun aku tak nampak Heheh.

Kat sini, yg menariknyer, dah jam 1 pagi lebih masih ramai orang yg makan2. Difahamkan, nasi lemak kukus ayam berempah dan char koew teow Penang MAri, adalah makanan paling popular kat sini. MMg menarik. Aku dah kenyang, so tak dapat la nak merasa..huhu. Lagipun, dah lewat pagi, tak elok sangat makan time2 gitu kalu tak biasa...betol tak?>> :)

Dah lepak, sembang, gelak2 kat situ tp no gossip, no ngumpat2....sorry, now allowed...hehe!!. Sejurus selepas itu, kitorang gerak ke lokasi lepak yg lain plak setelah 2 jam bersembang...Mak oi..lamanya!!

Lokasinya....^^^tempat letak kereta^^...mana ntah diorang nie bawak...aku follow jer. Sembang sambil makan kuaci..bersepah kulit. Ngan aku sekali buat sampah..haha!! Rupenyer, lagi ramai geng diorang ada kat sana, sudah tentu bukan kawan2 aku tetapi boleh plak jadi kawan walapaun baru kenal diorang...Dan aku digelar dan diberi nama.. "Tam"...hampeh!!! (kata diorang, nama tu sesuai sbb aku ni kulit gelap, so mmg kenelah..hehe)


Setelah penat melepak, Jam 5 pagi, kitorang pun balik umah. Disebabkan dah lewat aku dipelawa bermalam di rumah kawan aku nie. Umah mmg cantik dan besar. Mmg penat dan ngantuk sangat2. Setibanya di rumah, amatlah suka, seronok, terkinja aku bila melihat sekor kucing ini menyambut kepulangan kitorang ngan meownyer..ekornya yang kembang, dan mukanya yg cute giler, terlupa la kejap pasal letih dan sangap nak tido iteww..

Comelnyer.....geram aku tgk..memperkenalkan...Puteri Mia... mmg comel giler kucing milik kawan aku ni. Aku ni pantang tgk kucing, aku main la usik2 ngan Mia nie...30 minit kemudian baru la aku masuk tido...Hehe..


Apapun, aku tido dan terlewat bangun..jam 10.30 pagi...huhuuh. Cepat2 aku mandi dan bersiap sbb ada event penting yang perlu aku tinjau dan terjah...Apa?


NAntilah, aku nak buat keje nie...karang bos aku marah plak..asyik ngan blog jer.. Addicted kah aku ini?...Ahaks!!!

7 comments:

eedany said...

aku pun setuju gak ngan ko wie...ika patut kuar 1st konsert lagi. Suara dia kecik, ogy n ajai ckp macam suara budak2 tadika. Jahat aku kan...tak baik tau.

alahai tomeinya si puteri mira tu. Nampak 'tough' bodynya kan? Kalau aku suka pegang meow punya hidung. Sejuk2.. kalau sapu minyak cap kapak tentu tambah sejuk...jahat aku kan? Just imagine okeh...

Mesti enjoy sangat time tu sebab jumpa ramai teman baru kan encik Tam?

;p

ita.itu said...

wah awie.sakan hang jalan no..nampak meriah gak tempat tu kan...mcm best jek

maliksutanmuda said...

edany:..nakal la u...tp nak try la kat kucing nanti..oh mnyak cap kapak ok kan?.. Edany, nama kucing tu Puteri Mia...Mira nama kucing abg BearMAdu..huhu,!!!

encik Tam ek.. hehe. Enjoy jugak.sbb byk citer..bayangkanla, dari jam 2 lbh hingga 5 pagi sembang..ngntuk sangat dah tu, tahan jugak mata..!!

kakita:.. hehe tq tq, meraih giler..akak g lah...bawak famili..cubala, anda pasti suka!!! ahask!!

akupunyahal said...

sesekali mmg seronok spend masa macam tuh.. kadang i buat gak.. kucing tuh nampak sihat.. ha cita pasal pet hari tuh ingat nak beli dwarf rabbit tapi depa tak benarkan sbb i bukan PR sini

maliksutanmuda said...

la, yer ker,. kalu nak bela mmg kene PR dulu ker?..aduhai...sayangnyer.

kucing tu mmg sihat. lincah. ada foto lain yg menampakkan kecomelannya, kalu ada email, leh aku sendkan ke email u...tak de masalah> :)

echah_syed said...

tgk AF ekk.mama suke n excited sgt nak tgk saida n hot mama tu jer..

tapi kalo sore best c nubhan,nadia n riz kot.stacy pun best:p

maliksutanmuda said...

Mmg tgk mama. sbb season ni bg saya mcam lawak sikit la. Muka mcamtak de pakej. Terlalu muda tu tak kisah tp perangai macam tak de pakej nak jadi penghibur. Bosan gak kekadang tu. Mmg tujuan nak raih undi jer si Astro ni. heheh. tp setuju ngan mama..nubhan, stacy boleh tahan..Riz?...mcam sabut kelapa ada lah..hehe! :P