nUFFNANG

Thursday, March 20, 2008

Can U See?...Uols?...Answer me?

'Ha, awat tak amik!!"...JEnaka ini ada mesejnya, sekadar renungan dan fikirkan bersama ok. budak2 pun tau...cerdik tau.

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak aada..!!!

.....kan dah dapat hadiah dari memurid kan?..hehe. Pantaulah anak2 anda. Apa yang dipelajari di sekolah dan seterusnya di rumah. Pendidikan awal brmula dari ibu bapa, bukan dari guru semata2..ok!!!

6 comments:

akupunyahal said...

very good this one... tu lah kan.. kadang kita kena ingat yang pandai tak semestinya pandai sentiasa..

Mieza's Penny said...

muahahahaha...lawak la cite td...pengajaran pd cikgu nya kan...:p

kekdg bukan semua org pandai ada gak bodo nya...:D

MOLY said...

hahahaha .....
kan cikgu tuh dah kena balik ...

ita.itu said...

haha..pdn muka cikgu tuh..hehe

maliksutanmuda said...

malim:.. yup2. tp kekadang tu, perasan pandai dan tunjuk pandai tu pun ramai jugak. dah tak tau, mengaku tau. erm, macam2 org kat dunia ni yer.

kakmieza:.itu kene ingat selalu la. jgn ingat kita jer yg pandai sbb ada yg lebih pandai dari kita. kan!!

lily:..kene ngan bebudak, malu ler. rasanya lepas kes tu, cikgu tu celup muka dalam tanah sbb malu tak hengat...hehe!!

kakita:.kan padan muka dia. Cikgu, apapun. fikir dulu sebelum cakap..!!! ahaks!!

Anonymous said...

hahahahahaahhaah..ketawa macam org giler baca entry nih...hahahhahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa