nUFFNANG

Sunday, March 2, 2008

Lepas Kursus, Sambut Besday- Thanks!!

Kursus oh kursus. Setelah outstation ke Melaka minggu lepas, aku sambung dengan kursus di akademi latihan di Nilai, Negeri sembilan selama seminggu. Mmg minggu tu agak pack sikit. Basuh baju, prepare apa yg patut. Maklumla kursus lama plak tu.

Kursus yg aku hadiri ialah Pengauditan Penyata Kewangan BAdan Berkanun Persekutuan. Lecture diberi oleh 'Big Four'.. Apa tu?...Ha, kalu nak tau, ada 4 Firma Audit Swasta yg terkemuka. iaitu
  1. Earnst & Young (EY)
  2. Delloitte KAssim Chan (DKC)
  3. KPMG (mmg penuhnyer ini jer)
  4. Price Waterhouse Coupers (PWC)-tp tak kasi lecture

Boleh tahan jugak beratnyer ilmu perakaunan dan perngauditan nie. Apapun, ilmu lebih penting dan berharga nilainya..!!! TAk leh tahan dah mata nie, terpaksa la lelap kejap...Faham2 ajer la yer!!!

"Skrin besar lagi... Puas hati"

Bila malamnyer, ada acara karaoke. Acara yg boleh merosakkan telinga dan lagu..hehe.. Biasa la di akademi ni, pihak pengurusan kasi kelonggaran untuk beriadah macam nie. Tp 2 hari jer. Selasa dan Rabu. Apapun, aku mmg suka karaoke so melalak la dari jam 9-12 malam. hehe. semua jenis lagu aku bedal. Janji enjoy. Yeeehaaa!!

BEsday aku 28 aribulan. Balik kursus, ari jumaat, abg angkat aku kol. Tanya kat mana. Sbb mlm tu dia nak belanja aku main bowling dan makan. So alhamdulillah, ada yg ingat besday aku. esoknyer plak, adik Budlee nak belanja aku makan. Aku ni tak la kisah sangat tp kalu nak belanja tu, aku terima jer la, dah hajat orang kan!! Hehe. So dipilihnyer, di Sushi Groove, Sunway Pyramid.

Hijau pilihan restoran makanan Jepun nie. Unik dan mmg sedap. Perasan tak, baju Budlee sama macam kaler set nie?..hehehe...
Ups...tak sangka. KL ni mmg kecik..oh bukan, Malaysia mmg kecik. Masa sibuk nak blah dari situ, tetiba aku terperasan. This Chinese girl. Cute. Potongan badan cantik. Rupenyer, kawan lama aku masa amik diploma di PUO, Ipoh. Mmg magik la masa ni. tak tau nak cakap apa. sempat sembang panjang. sorry Budlee, tunggu jap jer...

So mmg bermakna la hari itu. Thnks pada abg angkat aku, Budlee dan kawan aku yg lama sangat tak jumpa. "Nanti aku kontek ko, kita jumpa ramai2...k!!...

***wachaaa***

5 comments:

Mieza's Penny said...

best ek klu ada org nak sambut besday kita...rasa dihargai lak..tersentuh tul... :D

maliksutanmuda said...

mieaza:...huhuhu...terharu..sok sek..

Mediviron UOA Clinic said...

what a small world! kan awie!

MOLY said...

happy belated birthday awie !!
;)

maliksutanmuda said...

chen:.. a ah...memang kocik jer...tp u jer yg i tak jumpa lagi..hehe :p

lily:..tq tq...takkan ucap ajer kot..mana adiahnyer?.. :p