nUFFNANG

Tuesday, March 11, 2008

Mengundi Dan KAmpung Halamanku..!!

Happy - Happy Moments

What a wonderful world...my home town.. Alor Star, Kedah. Aku buat keputusan untuk balik kampung lama kali ni selain dari mengundi, mmg nak jumpa adik kesayangan aku yang balik dari Sarawak. Dah lama sangat, hampir setahun tak jumpa. So masa ni lah nak berkumpul dan berkongsi masa bersama kluarga dan adik beradik.
A mug from my luvly sister. Thanks kak. Simple hadiahnyer. Walaupun biasa jer, tp 'besar' maknanya bagi aku. 'Just for u, happy belated besday'..
HA ha ha... bertolak dengan bas. Sesampai rumah, kitorang terus buka cerita. Sok sek macam2 cerita. Abah dan mak, mmg nampak seronok sangat sbb anak2 dapat berkumpul, terutama sekali aku ler. Masa ni, tak larat nak gelak. Abah mmg suka buat lawak. Ceritanya?.Salah satunya abah kene serang dek kerengga masa nak ambil telur kerengga, nak dibuat umpan memancing...HEhe..selanjutnya, tak leh cerita..memalukan ajer..Hehe..bila teringat jer, mmg aku ketawa sndiri..!! Ahaks!!
Anak abang aku yg no. 2. Yang kiri tu, Nazmeer dan NAzmeerul. Anak buah aku ni, mmg rapat dengan aku. Soalan paling diorang suka tanya,, "Pak Anjang bawak balik PS2 tak?..".. erm, tak de lain, tu la korang. Dah tu, kalu tak kasi main, pandai bodek. Buat air la, nak suapkan nasi la, hehe,... panjang akal diorang nie.."Sayang korang!!!"
Kenduri kawin adik kepada kakak ipar aku berlangsung semalam. Cara kampung dan sememangnyer orang kampung. Makanannyer simple sangat. Cuma kerabu perut, Gulai daging dan kurma daging. MMg sedap sangat walaupun simple.Tak perlu la byk lauk kekadang tu kan?..Membazir jer..Aku pun sedap punya pasal, balun jugak tapi kuantitinyer sikit her makan , tetap terjaga dan terpelihara dietku.HEhe.
Baju melayu putih, sama kaler dengan langsir. Hehe. Kira aci ler.

Lepas makan knduri, aku gegas g Pekan Rabu. BAgi sesapa yg tak pernah datang sini, ni ada sedikit preview tentang Pekan Rabu.
BUsana muslim ada dijual disini, kuih tempatan, dan kraftangan juga ada disini.
Songket, baju melayu siap dan tempahan diterima. Wah, promote nie...
Ubat-ubatan tradisional, pewangi (minyak atar).minyak angin dan sebagainya. Murah ooo...!!
Dari kiri, Abang aku (no 2), kakak aku (no. 4) dan adik aku yg dari sarawak tu (bongsu)...Malamnyer, kitorang main bowling. Merupakan acara wajib tau. Kalu berkumpul jer, mmg ni la permainan yg paling syiok buat kitorang. Aku sanggup bawak balilk, heret beg bowling aku tu ke kampung semata2 nak enjoy playing bowling with them. Baru ada Fight. haehe!!
"Percaya..pada diri dengan harapan dan keyakinannnnnnn!!!"... Sok sek.. ni part yang paling sedih nie. Berangkat pulang ke Kajang. Dengan bas double decker. Huhu..
Good bye my hometown..KAmpung ku, halamankku..."Ku di halaman rinduuuuu:"..huhu.!!!

10 comments:

echah_syed said...

sedapnyer kerabu perut..combi pernah gi kawen kawan kat pendang ujung tahun lepas..lauknyer cuma daging panggang cicah air asam,kari daging & kentang satu lagi aper ekk?x ingat laa

tapi mmg best giler..sedap sbb sejak dok sabah lom pernah rase lauk kenduri yg sedapp !

org kedah mmg pandai masak kan..sbb adik ipar org kedah masak woww kelassss !

Mieza's Penny said...

wah2 dpt jumpa mak abah n keluarga seronok no...lg2 jumpa anak buah..:p

akak pun klu blk kg hubby mesti sgh kat Pekan rabu ni..acara wajib utk memborong...:D

mmg klu kenduri kawin kat kedah lauknya simple2 jer..sdp2 lak tu..yg plg akak suka gulai kari lembu...perghhh...:D

maliksutanmuda said...

Salam:.

mamcombi:..mmg sedap. nafsu makan saya boleh tergugat tau. org kedah biasanya mmg pandai masak kari/gulai. kerabu dah pelbagai. tak tau nak cakap macam mana, pendek kat mmg best. saya pandai masak ayam masak kicap..hehe gulai lom khatam lagi :P

kakmieza:seronok sangat. akak biasa borong kat sana ek?..pekan rabu kalu nak cari barang muslimah, mmg best. murah dan cantik. tp kene hati2 sbb ada kedai yg tekan harga mahal kalu tak ditemani dan tak pandai menawar harga. so, petuanya, bawak la kawan yg pandai tawar harga (org kedah)..ok!! :P

Unknown said...

wah kerabu perut... sy tak pasti.. tak pernah mkn, atau tak perasa makan

hikssss


pekan rabu.. best tuuu.. kat situ jer lah dia jual songkok, saiz besar.. sy payah nak cari songkok. kepala saya teramat lah besar.. sumu org tak percaya sehingga dia org tgk saya pakai songkok.

Josh said...

Welcome back Awie. Memang seronok balik kampung jumpe family member.

ita.itu said...

hehe..lawak la ayah hang..mesti sakit ek kena gigit tuh..hehe

akupunyahal said...

wah Pekan Rabu tu macam2 ada.. rajin jugak dulu ronda2 kawasan tu bila busan2 dok kat nun hujung dunia tu

echah_syed said...

awie..jom post pic mak n ayah kawen..tingin nak tengok.mesti sama cam mama combi kan malu2 kamben :p

dolu2 mak andam yg suh posing begitu n begini bkn bole pandai2 sendiri..nnt kena marah.lawakz ekk :D

MOLY said...

aku penah pegi pekan rabu. penah penah ..

siap shopping lagi
aku gi masa bulan puasa ...

tapi bes laa
:D

Intan Sharina said...

tringat kampung halaman ku di aloq staq..bestnya klu skali skala dpt p pekan rabu..dulu ms tak tinggai kat kl lg, tak tringin pun nak p pekan rabu..tp bila dah dok bkampung kat cni..tringin tu rs membuak2..hehe..sbnrnya rindu kat kg..huhuhu.