nUFFNANG

Wednesday, March 5, 2008

A Bag For Me; Bowling FOr My Therapy!!!

Happy - Happy Moments

Pergh...Ari ni kerja tak banyak sangat. Mmg lengang jer. Masa banyak diabiskan buat kerja admin, baca blog, melapok dan melepak bersembang kosong dengan bos aku dan yang sewaktunya dengannya.

Hari mengundi mmg dah dekat. 2 hari jer lagi, masa untuk berfikir, 'siapa' yang bakal meneraju negara. Undi kita, penting buat semua. So, jgn lupa dan abaikan tanggungjawab kita yer... :P

Aku dah apply cuti extra tapi 2 hari jer. Saja nak enjoy life. Hehe. Dalam pada masa membaca blog kengkawan, aku terdetik nak beli sesuatu. Beg galas yang besar sikit. Bukan apa, terfikir bila akan datang nanti ada ekspedisi dan riadah yang luar biasa bestnyer, this year. So nak standby awal la kononnya. So petang ni aku bercadang nak melangkau ker Jusco CheraS Balakong.



Sizzling Black Pepper Chicken Yee Mee
Lepas waktu kerja, aku berdesup ke Jusco. tgk awan mendung macam nak ujan. So, kena la cepat tapi berhati2...ahaks!!.Sampai sana, terus bedal sizzling mee. Sedapnyer... nyam nyam dan nyam.

Beg Diadora
Setelah makan, terus aku membuat lawatan dan tinjauan dari kedai ke kedai yang berhampiran. Akhirnya, ini lah pilihan aku. Beg Diadora. Murah ler bg aku. Dan boleh muat Ps2, baju dan seluar baik luar dan dalam selama seminggu dan toiletries. erm, best2. (tringat Dr. Shah pun ada beli beg besar gabak, tp lagi besar dari aku nyer..)... :P


Inilah babe aku. Beg bowling yang memuatkan semua keperluan bowling aku. Ada kasut, 2 biji bola dan other aksesori bowling yg lain. Letak jer atas moto, dan menuju ke Metro Point, Kajang: Ampang Superbowl. Inilah aktiviti malam aku, sesudah melakukan perkara yang 'wajib', tetiba terasa jiwa dan raga ini membawak kepada tangan aku, gatal nak main bowling la plak. So apa lagi, "Lets Bowl babeh"..

Hah, amik aku... main tak hengat dunia. 5 frame aku hantam. Nasib tak hancur pin tu aku bedalkan. :P
Score paling tinggi masa tu 207 jer. Yg open tu, sbb ada gangguan dari lane sebelah. Hampeh tol. tak dapat nak makan strike lebih, untuk last frame nie. tapi tak per. Average jatuhan pin adalah 165.8 jatuhan pin. Lebih kurang 170 la. Tp tak la teruk sangat. Kebetulan plak masa tu, ramai pro-bowlers menunjukkan bakat memasing. Jadi aku tak ketinggalan, dengan menggayakan aksi permainan 'hook' yg telah aku kuasai selama ini.. haha.!!.. Poyo!!
Apapun, walaupun aku main sorang2, tp enjoy la sbb minat punya pasal.
Aku harap jugak kalu ada rakan blogger yg nak main bowling sama nie. Mau tak>?...
Kalu tak reti, meh aku ajar. Mesti boleh tp bayar le... leh?.. Heheh.. :P
***wachaaa***

14 comments:

abgmox said...

muahaha.. sib baik aku bukan kaki boling... takat2 baling bola tu bley la...

/ps ada aktiviti panjat2 gunung ka? backpakers ka??? ... ajak le aku sama afiemox skali.

Mediviron UOA Clinic said...

207? fu yoo....
aku score paling tinggi pun 140+ jer!

Unknown said...

hehe 207 tuuu best :D

Mieza's Penny said...

wah sdp sizling mee tu...black paper lg...harus nerai nih...main bowling sorang2..layannnnn...:D

maliksutanmuda said...

abgmox:... yup..mungkin ada xpidisi ke taman negara pahang. dulu g taman negara endau rompin, Johor.

chen:..140 tu kira tinggi jugak tau. sbb bukan senang nak hampir 1/2 dari total score 300 jatuhan pin. :P

budlee:..ni tak berapa best. pernah abg buat, 280 di Alamanda tahun lepas sebelum posa. :)

miexa.:. mmg sedap. biasanya, kaul kat mana2 jusco, mmg saya suka try sizzling. kalu sdap, saya g lagi. tp kalu tak sedap, saya takkan jejak fodd court dia, dengan anggapan makanan lain pun tak sedap. heheh!! :P

Ziana said...

terrer laa plak main boling!

echah_syed said...

mama dok carik shoutbox kat sini?? takde ekk :p

bila nak dtg kk??kalo gi tawau bole jumpa yani..

maliksutanmuda said...

ziana:..tak la terror. biasa jer...meh ler...nak main bowling kat mana nie> :P

mamacombi:. tak de la akak. lum letak lagi. bulan 4 ni. tp tak tetapkan tarikh biler...nnati saya bgtau akak dalam blog akak ek. tq.. :)

akupunyahal said...

wah u mmg terror main bowling.. sya tak pernah cecah 200 paling tinggi 160 jer... 5X strikes!

ita.itu said...

wie sdpnyer sizzling mee tu..terlior sih

maliksutanmuda said...

MKundang:..tq tp kebetulan nasib je tu. apapun, kalu dah minat, apapun menjadi mungkin. :P

ita:..mmg sedap. amik tisu lap air liur akak tu..kalu tak cukup g beli. heheh:)

Anonymous said...

hmmm 207 tu yang paling tinggi ko pernah dapat ker ada lagi yang tinggi? hehehehehehe.....jangan marah yer bro......aku nak kata pandai main boling tu x de la.....tapi score paling tinggi yang aku dapat ialah 265. masa tu aku main kat nilai springs......dan yang paling tinggi aku pernah aku dapat 286 kat jusco seremban.....muahahahahaha....jangan marah yerrrrr....skang ni aku dah lama tak main la bro.....sibuk sikit, takut nanti bola hook aku x menjadi bila main dengan ko plak hehehehehhehe

Inah said...

bowling??count me in :P

:: NbC :: said...

pergh terror le bro..

i balik nanti, bowling jom..