nUFFNANG

Friday, March 28, 2008

Rest Kejap..Utk Beberapa Hari..Down..!!!

Erm,... hari ni Jumaat, penghulu segala hari. Bagi aku, setiap hari Jumaat mmg istimewa. Tp ada beberapa perkara yang membuatkan aku down.

Aku buat blog untuk aku, dan nak jugak share bersama rakan lain. Selain itu, nak tambah kawan, mencari kawan, jadi kenalan dan berkenalan dengan kawan2 yang aku rasa istimewa.

Bila dah mula buat blog, macam2 dah aku rasa. Byk yang baik dan ada yang tak baik. Yang tak baik nyer, ada yang salah faham pada aku.

Dari aku entry blog citer pasal aktiviti aku, apa yg berlaku pada hari-hari aku, sehinggalah aku membaca blog-blog rakan2 lain.

Aku pun tak tau nak cakap apa dan macam mana.

Tp sebagai manusia biasa, sekiranya ada yang terasa hati atau terguris hati atau terkilan dengan entry dari blog aku, atau komen2 di blog tuan-tuan dan puan-puan sekelian, aku menyusun 10 jari memohon maaf yer. Sama ada secara langsung atau tidak langsung...

Mungkin ada yang suka dan mengkehendakkan aku down, so aku tunaikan hasrat beliau. Biarlah aku mengalah jika itu yang membuatkan beliau selesa dan happy.

Kepada semua bloggers yang mengunjungi blog aku, aku ucapkan terima kasih. Bagi yang telah drop comment tu, juga terima kasih banyak.

Blog PAngeran Cinta aka Awieworld, akan berehat untuk beberapa hari ini. Jumpa lagi yer...Assalamualaikum...

***wachaaa***

9 comments:

eedany said...

Apasal rasa down ni wie?

Tapi ada bagusnya tenang2kan fikiran dulu yer wie.

Teruskan berblogging... Wachaaa!

:)

ita.itu said...

x pe la awie..bio lah org tu gembira...satu hr nanti dia rasa lah cane..sabo wie

Shah said...

Bro, thanks for the present - baru dapat beberapa hari lepas.
Apasal lak down ni? Your blog should be written only for YOU! Kalau kita blog utk puaskan hati orang lain macam2 lah timbul masalah & rasa tak puas hati dlm diri kita sendiri. Tulis aje apa yang kita nak tulis sebab itu catatan peribadi kita & sesuatu yang kita nak baca semula di masa akan datang. Pedulikan apa yang orang fikir & komen atau tak komen :-)

akupunyahal said...

hmm... well blog ni ibarat rumah kita.. kita berhak untuk hias kan dia dengan apa jua as long as ianya tidak melanggar etika... dan bagi mereka yang bertandang ke rumah kita kenalah bagi salam dan hormat dan tidak sesuka hati meninggalkan apa-apa yang difikirkan boleh menyakitkan hati tuan rumah. Tapi itulah manusia kan.. ada yang berlagak segala hingga lupa tuan rumah itu ada maruah diri dan perlu di hormati. Kalau mereka datang atas undangan then mereka tetap kena hormat tuan rumah apatah lagi bila datang tak diundang.. tak pe lah yer Awie.. sabar jer lah...

Anonymous said...

cheq khasa cheq tau sapa yg buat hang down.bersabaq je na. whatever happened, keep on blogging bro.we will always support u.

MOLY said...

memang dunia blog nih macam2 peel nya ..

but what ever it is .. just stay the way we r .. ignore the rest !!!

happy weekend
;)

orangrawa said...

it's ur blog and it's ur own point of view so ko berhak nak tulis apa saja yang korasa nak luahkan....so, jangan down-down, relaxla bro!!

abgmox said...

aik.. mox tinggai 3 hari pi kursus.. balik tgk dah ada down2 pulak... xkan la nak ikut nasib blog mox tu pulak :p langsung xdak cerita ekekek... meh pelok2 >:D<

Mediviron UOA Clinic said...

awie!! it's your blog, darling. write whatever and whenever u want, no need to please anyone but yourself. all the best and happy blogging.

yes,would love to see ya if u come to penang. my email address is chenth@hotmail.com . if u can email me your phone number or if i can have your e-mail address, i will e-mail you my number. see ya!