SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!! ===================================
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... ===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Kena marah adalah! Letrik kat rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... ===================================
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!
6 comments:
heh heh :D
hahaa..lawak pg2..best layan ek
lawak2 camni walaupun dh byk kali baca, tapi tetap lawak.
hahahahahhaa.... lawak lawak lawak... memang lawak... thanks Awie... hahahahahahahaha suka suka suka
hehehehe ... sabau jek laa
aku tetap tergelak
:D
bud;.ahaks!!..haha..hehe.. :P
kakita: kene gelak sikit kasi mood kerja tu datang..ye tak kak..!!
izman:..hehe..betul tu..macam filem PRamle..tak jemu..tp logik jugak jawapan dia ek..eheh!!
abgBM:.. hehe..tak sangka menjadi..ahaks!!
lily:..gelak jer lily...ajak EA ko sekali..kuang3
Post a Comment