nUFFNANG

Tuesday, April 8, 2008

Tak sedap Hati..kenapa yer?...

"Ish, rasa tak sedap hati la plak. KEnapa ek?"...
Hari Isnin, yakni semalam, mmg rasa tak sedap hati. Bila datang je ofis, baru la aku ingat, rupenyer akak yang satu seksyen dengan aku telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu untuk major operation bagi penyakit kritikalnyer pada hari Jumaat baru2 ini.
Beliau ditempatkan di Hospital Putrajaya. Aku ke ospital pada jam 1 tgh hari bersama dengan bos aku. Kitorang 1 team, 1 seksyen mmg macam adik beradik. Tambahan plak, mmg aku sayang akak ni (namanya Che HAbsah). Dia pun sayang aku macam adik dia..terharunyer aku!!!
Wad Obstetrik 2A, Aras 2, katil no. 6.
Katil No. 6...
Inilah keadaan beliau setelah pembedahan berjaya dijalankan. Sudah 4 hari beliau disini. Kesian dan terharu aku tengok. Sedih..aku hampir menitiskan air mata bila melihat 'kakak' aku nie kelihatan amat letih, lesu, dan tidak bermaya...
Difahamkan beliau mengalami ketumbuhan di dalam rahim. Jadi ia perlu di buang dan ketumbuhan dalam perutnya dikatakan sebesar kepala budak baru lahir...berdiameter 7 sentimeter...cubalah bayangkan..besar sangat!!!
Dah la akak ni kurus, lemah lembut...Erm..sedih sangat. Masa kitorang sembang2, aku terbuat lawak...biasa la aku suka mengusik akak nie...dah biasa. Dia ketawa tp terpaksa tahan sbb kesakitan yang dialami, memaksa beliau untuk berposa dari ketawa...
Alahai akak...! Kemudian dia suarakan pada aku dan rakan yang lain, "Akak teringin nak awie masakkan akak sesuatu...bubur nasi ker..sikit pun jadilah..."...Aku dah mula dah...nak leleh air mata...tp aku tahan dengan buat lawak dengan gurauan yang ala2 ringan2 gitewww!!..
"Insyaallah akak, saya ni tak pandai masak, tp cuba la buat apa yang termampu. KAlu tak macam Chef Wan, macam Chef Ismail pun jadilah..."....

Cuaca punyalah panas. Kitorang kene masuk ofis dah. So kene gerak....Sorry akak..lain kali awie datang lagi..ok!!!

PEtang kul 2.30, kene g dewan kat bawah, ajar bebudak ni koir untuk event mesyuarat agung Puspanita. Ada la dalam 13 orang. Ok la tu...Lelaki?....dah event untuk wanita, jadi wanita jelah..lelaki goyang kaki kat ofis ler....heheh!!!So pagi ni, mesyuarat berlangsung...Alhamdulillah, bebudak koir pun selamat menyanyikan lagu Negaraku, lagu KOrporat dan paling best, lagu tema Puspanita..MMg Sedap sangat...hahah!!! Tp yg mengajar ada la cikgunyer, aku ni baru je belajar nak jadi konduktor koir dan assistant cikgu jer...Cikgu kitorang nama Fendi a.k.a abg angkat aku...sayang sangat kat dia...baik!!...Bujang lagi tau...sapa nak kenal ngan dia leh la...hehe!!

oklah...nak buat keje sikit. Petang karang jam 6 ada lawan futsal, kalu tak de aral yang melintang jadilah. Kat Cyberjaya...so jumpa kat sana ek...hehe!!

***wachaaa***

4 comments:

Mediviron UOA Clinic said...

hope the kak gets well soon

maliksutanmuda said...

tq tq...pesanan anda akan dilayan besok hari..hahaha!!!.. :P

Mieza's Penny said...

semoga sihat akak...

apalg awie buatlah bubur....jgn hangus udah....:p

maliksutanmuda said...

kak mieza, awie tak reti nak masak bubur...tak pernah buat..makan pernah ler..akak resipi!!.. leh? :)