nUFFNANG

Wednesday, January 9, 2008

Sok Sek...JOm KoNgSi!!!

Ya atau tidak?....Setuju atau sebaliknyer...Fikirkan...

Selamat pagi you all'z....ahaks... pagi2 lagi aku samapi je ofis, terus 'pediah' suratkhabar Berita Harian hari ini punya story, kita share ok...

Apa yang menarik perhatian aku ialah aduan dan isu berbangkit bulan ni. Isu material jugak. Jom sama fikir dan komen.

Pertama:
Kadar jenanayah yang melibatkan kecurian, rompakan, ragut, rogol dan sebagainya difahamkan berpunca daripada kawalan keselamatan yang kurang ketat dan terkawal. Adakah pemasangan CCTV di kawasan perumahan, tempat awam juga lokasi yang sering berlaku janayah adalah bersesuaian dan mampu membanteras jenayah di negara kita? Kedah mencatatkan jenayah tertinggi iaitu 45% dengan jumlah kes 2,439 pada tahun 2007 berbanding tahun 2006 manakala Perlis mencatatkan kadar jenayah terendah iaitu -13.87% bersamaan 149 kes pada 2007. Oleh itu, PM kita telah mencadangkan 6 pendekatan banteras jenayah iaitu:
  1. Mewajibkan pemasangan CCTV oleh pemilik atau penyewa bangunan
  2. Menawarkan pekerjaan kontrak kepada bekas polis dan tentera atau yang seumpanya dengan rekod pekhidmatan yang baik-insentif tambahan diberi kepada pesara
  3. Menawarkan pekerjaan kontrak kepada pesara yang sudah bersara dengan jawatan akhir dipegang
  4. Mengambil orang awam untuk memenuhi jawatan seperti kerani atau sumber manusia supaya anggota polis boleh menumpukan tugas kepolisan
  5. Menambah pusat latihan polis; dan
  6. Meminta kerjasama pemaju perumahan menyediakan beberapa pintu daripada rumah kedai berderet untuk dijadikan balai polis.

Apa kata korang?...

Kedua: Banteras penyeludupan keluar minyak masak ke negara jiran. Untung diraih penyeludup kerana:

  1. Harga siling tempatan sekilo: RM2.50
  2. Harga di negara jiran: RM4.50

Untung banyak diorang kan?...

Ketiga:Warga asing dilarang bekerja di lapangan terbang-arahan Kerajaan arah rakyat tempatan isi jawatan di pintu masuk. Kerja seperti pengendalian bagasi dan troli diambil oleh rakyat tempatan. Tujuannya adalah untuk:

  1. Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing
  2. Mengurangkan kadar tukaran wang asing dan wang RM
  3. Menjaga imej negara-anggapan pelancong luar terhadap pengurusan sumber manusia di Malaysia

Kalau dapat diatasi, sure pengangguran dapat dikurangkan..setuju?

Keempat:Hentikan panggilan 'Indon'...."Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka, saya percaya kita perlu menghentikan panggilan itu" kata Khairy Jamaludin, Naik Ketua Pemuda UMNO. So, sebutannya mesti penuh dong..'Indonesia', harus?

Kelima:Kuasai Bahasa Inggeris bukan Pro-British. Menguasai BI dengan baik dikatakan kurang patriotik. Dan isu ini tidak ada kene mengena dengan pro-Inggeris dan kurang nasionalistik atau patriotik. Ini adalah kata-kata daripada YBHG. Raja Zarith Sofia. Ujarnya lagi, rakyat Malaysia perlu mempunyai kelebihan berbahasa selain dari bahasa Melayu @ Malaysia.

Tetapi sebelum kita menguasai bahasa lain, adakah kita rakyat Malaysia pula benar-benar telah menguasai bahasa ibunda kita?...Martabat bahasa Melayu?...Penguasaan atau sebaliknya.

Banyak pula isu yang dikeluarkan hari ini. Bagi yang tak sempat nak baca tu, ini cuma sebahagian sahaja. Saja nak ajak korang kongsi bersama. Ye tak?...Kul 11 nanti aku ke Parlimen. Kalau ada isu menarik, mungkin boleh dikongsi, aku kongsi le yer... hehe

Take care....Wachaaaa!!!!

***Keep Smilling***

3 comments:

Anonymous said...

wow..amazing...very constructive writings..two thumbs up..

keep up the good work...

abg edi..

azmi said...

Banyak membaca banyak la komen2...
Teringin nak kenal abg edi...

Anonymous said...

ziana...what a nice name...tak apa kalo nak kenal sama abg edi...abg pun ingin kenal ziana...