nUFFNANG

Sunday, January 13, 2008

1 Niat, 1 Tujuan, 1 Destinasi...Chewah!!

Nyam..nyam..mulakan langkah kita dengan Bismillah, dan mamam. Sampai KLCC kami gegas cari benda makan. Lapaq jugak. Si adik Budlee ni tak leh makan lewat sangat. Orang kalu dah biasa amik sarapan 'fagi', silap sikit, perut masuk angin. PAstu muka macam cicak berak kapur..ada ker?...ahaks..
Si montel ni pilih nak makan kat Burger King. Tak pernah makan disini katanya. Aku dah berkali-kali dah. So disebabkan kelaparan dan keinginan dia sampai ke tahap melampau, dia pun memilih burger yg popular dan sodap, iaitu Whooper...erm...set besar lagi. Balunnnnnn!!!
Aku Double Beef and Cheese Burger...Bukan favo aku, tapi saga gatal lidah nak merasa. Set regular jer. Perut kecik..aku kan slimworld...'harkkk tuiihhh!!! hehe
Waduh, aku kalu tgk si montel ni makan, mmg syiok. Ada ajer aksi pelik dia buat. Candid nie... dia suka sos cili. Dah burger ditelan, sisa sos pada cup kecik tu dia jilat. Licin plak tu..hehe..comelnyer...!!! HAHAHAHAHAHAH kelakar la adik ni...
Dah kenyang makan kitorang masuk le ke hall Education Fair ni. MAk datok...punya lah ramai. LAst aku datang sini masa PC FAir. So kali ni lain plak. Aku nak cari peluang belajar part-time atau PJJ. Kata kawan aku, diorang offer murah dan ada biasiswa kolej atau universiti. Mmg ada. Sukernyer aku. Tapi kos pengajian mahal sikit maklumla IPTS. Adik Budlee plak, cari course diploma lepas SPM untuk adik lelaki dia.


Antara yang aku kutip, amik, simpan buat khazanah sendiri...hehe

Beg plastik isi pamplets dan brosures...lepas nie jadi plastik sampah...ahaks...jangan marah!!

Banyak ni...tapi dah baca semua. Mmg menarik dan ada yang dalam perhatian aku..ahaks.
Ni demo for culinary arts by Chef Mohd. Dah tua tapi terror tahap Gaban. Cantik kan?..berseni, tetapi kenapa lelaki, perempuan mana?...heheh saja nak menyakat.
Teliti dan halus. Kata Chef ni, nak belajar buat semua nie, amik masa cuma 3 bulan jer. Lepas tu mmg dah terror dan boleh buat business sendiri misalnya buat untuk hantaran perkahwinan. Sure laku giler... Dibuat makan dan perhiasan pun boleh.."Chef tumpang tanya, kalau saya nak toreh bikin bunga macam ni dengan buah kelapa muda boleh tak?..Durian ker?".....Chef pun "%^&R&^&%&%^%&%%&^%&^..Wachaaa kang baru tau!!"
Cheddar Cheese dan tomato kicik punya, tak sedap langsung. Uwekkk!! Harapkan cantik jer...Alahai, seni la katakan.


Foto syiok sendiri.
Ehem..ehem. Comel, lawa, seksi, halus kulitnya ya ammpunnnnn!!! Sabaq..sabaq..!!
Ni yang aku suka nie. Kerete lumba buatan sendiri. Direka oleh student di Automotif College...Siap ada sponsors lagi...yang pasti Malaysia Boleh!!

Ha, raya Cina mau disambut ini tahun...Merah aja this month. KAk Red, sure suker...dah hari dan bulan dia...raya kak jangan tak raya...!!!

Rasa nak makan aiskrim. So nak cuba Lecka Lecka..(nasib baik tak jadi Leko Leko..kopok leko) hehe.
Bila dah rasa sikit, itu dan ini, macam tak sedap jer. Biasa jer...best lagi Gelato...so aku tak jadi la. Adik Budlee pun tak jadi sebab ikut aku jer si montel nie...Picit pipi kang baru tau...ahaks!!

Aksi candid lagi. Kitorang saja try air cooler kat belakang tu. Nampak tak kat belakang adik budlee tu? Aku Minum ler sikit. Si montel ni minum banyak. Tengok sampai kembung pipi...mcam mana tak montel...tapi comel...ahaks!!
Posed lagi tp blur...biasa la camera cap Fujifilm tp tak de image stabilizer.
Pink Karer...naik getik aku tengok jejaka yang konon hensom pakai t shirt pink. Ada show boria ker?... Yg mamat baju oren tu, poyo jer. Tau aku nak amik foto, dia yg posed dulu. Mamat oren tu pun sama gak keje macam diorang, tp baju dia tak siap lagi, tak de saiz...ahaks.!!KAn montel tu...
Ha...kantoi dah! Kak Norsiah (office mate aku) dan anak perempuannya. KAntoi ngan aku kat luar KLCC ni. Dia punya la malu bila aku nak snap picture dia. HA ha ha..baru kak tau..siapa aku..masuk blog ni. Jangan marah ahhh!!
Cuaca tak cerah sangat dan tak mendung sangat. Just nice walapun ujan kejap dan renyai kemudiannya.
Lepas ke KLCC, kami gerak ke umah kawan baru kitorang. Dia ni kenalan chating aku. So tak langsung nak tengok rumah di area Kajang nie, Batu 18. Cantik la. Walaupun agak jauh sedikit, tetapi amat selesa, view dalam area hutan dan dekat ngan hutan lipur rekreasi air terjun. Bestnyer...
Cantik dan luas. Ada rumah nak dilelong oleh bank. Umah tingkat atas sekali. So aku datang ni pun nak tgk umahnyer. Kalu ada rezki, aku nak beli rumah kat sini itu pun selepas aku dah beli kereta dan umah ni dah dapat taraf CF. Belum dapat lagi ni...risau aku!!
Shah, sebelah kanan adik Budlee. Elok la sama montel, dah macam panda aku tgk... "Woi, minum ler, asyik bergambar jer..."...dah tuan umah sound aku..."Lantak aku ler.."
Teko set. Ala mak Datin Diaries...hehe... Katanya beli kat LAngkawi. Cantik setnya, pandai pilih. "Nak bawak balik buleh?...KO beli baru ler..."hehe..marah dia..
KAmi berborak..ups diorang berdua beborak, aku terlentang tido macam apa ntah. berdengkur kata adik Budlee. Letih kot...LAntak la...
Diorang ni sesambil bersembang dan melayan DVD konsert MADONNA...aku sempat tgk masa nak abis konsert jer. Tp best siot. Nak pinjam leh Shah ooi?>>>>>
Dah kul 7 lebih, kitorang gerak balik. Letih dah nie...Balik ingat nak membongkang awal sikit. Sebab esok petang lepas keje, aku ke gym kat ofis aku. MAcam biasa ler...
ok...jom Layan mimpi...hehe... selamat malam...
Krohhh...krohhh wachaaaa!!!!

7 comments:

Unknown said...

weh.. tu sos tomato okayyyy.. takde gamaknyer nak jilat sos cili cam tuu :D..

yer rumah shah very very very the selesa one.

saya culture shock sebab on the way dari bandaraya kuala lumpur tetiba masuk kat kawansan kampungs, kampungs okay.. ade berapa bijik kampung kita org pass on the way sampai..terasa mcm balik kampung lak tapi ade satu kekurangan...

kat situ takde lembu berkeliaran atau taik lembu di merata tempat..kalau ade bende tu sah.. sy ingat dah ade kat kampung sendiri daah

maliksutanmuda said...

hehe,,,silap...ala sama jer...sos jugak..yg penting sekali, gaya tu, hehehe....i like!!! ahaks

Mediviron UOA Clinic said...

haiyo. lu kalau banyak makan, nanti lu pun jadi montel oo...

Ziana said...

alaa sorg lagik pi edu fair!!
smalam tgk kat blog abg beruang!

eiii nape x habaq??
ziana nak survey sambung study :(
dah tetangguh dah nih..

bile ade lg ek?
mane Uni yg best?

maliksutanmuda said...

chen: ala tembam tapi cute dan comel juga hensom tahap dewa kira ok la tu...hehehe!!!!

Ziana: macam mana nak habaq dekat hang. Aku tak de kontek no hp hang. Kalu ada, setiap event aku ajak hang, sure..email kat aku..

maliksutanmuda@yahoo.com

ok

ita.itu said...

lawa gak umah tu...

maliksutanmuda said...

mmg lawa kat ita....besaq...luas...boleh letak gajah kat dalam tau...