nUFFNANG

Monday, January 7, 2008

Cuci, Sental, Sukarela, Bukan Balasan Yg Dipinta..

Mmmmbbbeeeekkkkk!!!! Heran kan..tetiba kambing ni seolah-olah beri salam. Nak bgtau korang, kalu korang ingat pasal aku ada bgtau niat murni kitorang untuk membantu mangsa banjir di Pahang. So inilah story morry nyer...Bebel..bebel..dan terus membebel! Mmmmbbbbeeekkk!!!

"Selamat aku...kalu tidak dah lama jadi korban..Mmmbbeekk"
"Letih la mak...diorang ni buat tak peduli jer kat kita...mandi pun belum nie...ahaks"
Ayam kampung yang diburu telah menjadi mangsa makanan diorang...banzai!!
(2 orang tu nmpak macam adik beradik..beruang air gelaran diorang..)haha

Lokasi yang ditimpa bencana
"Amik picture aku tu baik-baik. Jangan lupa kirim salam dekat cashier Giant yer...

lama dah tak g shoping nie"

Lihat?...paras air mencecah ketinggian 12 kaki semasa air belum surut sebelum ini.
Keadaan jalan yang pecah teruk akibat keadaan struktur tanah yang pecah dan lembab di bawahnya. Kesannya, jalan yang bertar ini merekah seolah-olah baru lepas gempa bumi.
Musnah...dibawa arus ketika banjir deras mengalir....mangsa sempat melarikan diri ke Jepun..Uik cepatnyer..Just kidding..
Bertapa selama 4 hari 3 malam. Hibernasi...lepas tu, hentam nasi 5 pinggan..dengan pinggan sekali ditelan...Rakusnyer.. ("Woi, tengok orang ler"...)
Burung apa kah ini?...Cuba teka. (Semenjak Steve Irwin mati, aku tak tau nak tanya sapa pasal haiwan ni...dulu selalu gak 3G ngan dia...ahaks)

"Cuci sedara oi. Kasi bersih"...Tempat untuk berteduh untuk geng sukarelawan kitorang. Di sebuah sekolah berasmara..eh, asrama..JGN MARAH ARRR!!
Korang perasan tak?..ada 4 orang budak perempuan sedang mengambil posisi untuk terjun dari pokok tu. Budak perempuan, bukan budak lelaki. Memang bahaya tu. Mana la mak bapak diorang.. (Tension la abg..dok kat balai raya tak buat apa. Baik kitorang berlatih untuk sukan Olimpik nanti..Malaysia Boleh!!..Dussshhh!!
"Oh, ni lah orang kata, rumah kecil tiang nyer seribu..1..2..3..4..Tak cukup pun.." ahaks..Tu Bernard..kawan kitorang. Rajin sangat mamat ni. Tu tengah fikir macam mana nak jadikan rangka itu reban ayam peliharaannya...ye ker?
Erm. Acara yang tidak boleh dilepaskan dan digemari oleh seluruh umat manusia iaitu MAKAN. Makin bulat la diorang nie. Aku tak per...diet...ahaks!
Teruk..memang teruk. Entah berapa kosnya nanti untuk proses baik pulih.

Aktiviti diteruskan dengan acara mencuci dan menyental lantai. Banyak lumpur kan...kesian la mangsa banjir ni kan. Tp diorang ni dok berharap, jumpa duit syiling atau kertas dari tabung yang dihanyutkan air.."Kaya, pakcik kaya"...
Kaki sapa plak ni... Buat keje sikit, posing je lebih. "Udah buat la keje tu... potong kang baru tau..ahaks!!"
La, kerusi ni pun korang sental. Nak markah lebih ker?...Memang aku kagum la tgk korang ni. Rajin sangat. "Cuci betul-betul. Ups 'melepas' la plak..Off record kan?..Lega.."
Ini jalan raya sebenarnya. Tetapi bila ditenggelami dek air, dah jadi sungai dah..Erm...
So ini lah krew2 sukarelawan yang amat prihatin dengan mangsa bencana yang menimpa penduduk di Kuantan, Pahang. Sekalung budi dan tahniah kepada semua kerana usaha murni itu ada ganjarannya. InsyaAllah...next time, kita buat lagi ek...Yeahaaa!!
"The higher the goal, the harder the climb-the sweeter the reward"...
mana dapat pun aku tak tau...jadilah yer!!
(Semua pic tersebut adalah ehsan daripada saudara Rifaei aka Reefa )

5 comments:

Josh said...

Kerja yang murni, Awie! I felt touched to see how you guys had helped to relieve the sufferings of the victims. Keep up the good work!

maliksutanmuda said...

thnks josh. cuma u saja yg hargai usaha murni ni..yg lain?..entah la///thnks

akupunyahal said...

mmg teruk banjir ni yer... there is no way we can stop the flood from coming again.. but probably education and effective communications can prevent lost of property and life..

Josh said...

[awie] I used to get involved in these activities. Still do. Sebab tu ler appreciate. But really, apa yg Awie buat tu memang murni!

maliksutanmuda said...

tq tq...Josh..ur a great guy...lets help them...shall we?..

tak rugi tolong diorang..dapat la pahala..entah berpa tak tau ler..kerja Tuhan.