Enam anak Suharto tumpuan pendakwa
Pemerhati jangka usaha gigih diambil selepas kematian bapa JAKARTA: Selepas Suharto disemadikan, anak-anak bekas Presiden Indonesia itu berdepan dengan kegigihan baru di kalangan elit Indonesia untuk meneruskan dakwaan rasuah terhadap mereka, kata penganalisis.
Tutut Suharto (Daughter)- (50years, $700 million)
Enam anak Suharto dilihat secara meluas mewakili warisan terburuk kronisme ketika pemerintahan Allahyarham bapa mereka, yang masih diamalkan walaupun selepas bekas Presiden itu melepaskan jawatan pada Mei 1998.
Sigit Suharto (48years, $300 million)
Menggunakan hubungan keluarga ketika pemerintahan 32 tahun bapa mereka, anak-anak Suharto mengumpul kekayaan menerusi sebilangan syarikat konglomerat, dengan diberi layanan istimewa untuk mendapatkan kontrak, didakwa rasuah dan melanggar undang-undang.
Bambang Suharto (45years, $3 Billion)
Keluarga itu didakwa mencuri antara AS$15 bilion (RM48.69 bilion) hingga AS$35 bilion (RM113.65 bilion), menurut anggaran Transparency International 2004. Kegiatan itu berakhir dengan penggulingan Suharto pada 1998 yang mula menyaksikan anak-anaknya berdepan tuduhan rasuah tetapi pendakwaan berkenaan agak perlahan.
Allahyarham Suharto
Namun dengan kematian Suharto ia memberi kebebasan ke atas ramai di kalangan elit negara itu - yang merasa bertanggungjawab terhadap “Bapa Pembangunan” - untuk meneruskan kes rasuah, kata ketua Transparency International Indonesia, Todung Mulya Lubis. Di kalangan ramai pemain politik, sikap yang biasa ialah “anda perlu menghormati pemimpin tua itu, tetapi apabila beliau meninggal dunia keadaan sudah berubah”, kata Lubis. Anak-anak Suharto sudah mengambil langkah ‘membersihkan’ empayar perniagaan mereka dengan menjual aset kontroversi dan berprofil tinggi. Bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa atas tuduhan rasuah, kata Lubis.
Hutomo Tommy Mandala Putra (36years, $800 million) Sebagai pewaris bapa mereka, anak-anak Suharto mungkin mendapati diri mereka disaman lebih AS$1.4 bilion (RM4.54 bilion) dalam bentuk pampasan dan pengembalian aset negara yang dituntut kerajaan, tambahnya. Anak lelaki bongsu Suharto dan paling disayangi Hutomo ‘Tommy’ Mandala Putra dibebaskan daripada penjara pada 2006 selepas menghabiskan hukuman hanya lima tahun daripada hukuman asal 15 tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang hakim Mahkamah Agung.
Tommy kini berada di tengah beberapa perbicaraan rasuah yang bergerak lambat sementara kakak sulungnya Siti Hardiyanti ‘Tutut’ Rukmana jauh lebih baik, dengan siasatan dakwaan rasuah daripada sebuah syarikat senjata api Britain hilang begitu saja beberapa tahun lalu. Yang tinggal kini ialah tokoh perniagaan utama, abangnya Bambang Trihatmojo, yang mana kekayaannya dianggarkan bernilai AS$200 juta (RM649.184 juta) meletakkannya di tangga ke-33 dalam senarai mereka yang kaya di Indonesia oleh majalah Forbes Asia 2007. Angka itu jauh menurun berbanding anggaran kekayaan bernilai AS$3 bilion (RM9.73 bilion) pada 1999 oleh majalah Time terhadap kekayaan keluarga itu. - AFP
....Inilah resam hidup di dunia. Sukar nak diduga. Pemergian bekas Presiden Indonesia ini, masih meninggalkan kesan yang tidak baik kepada ahli keluarganya. BAgaimana lah kesudahannya nanti?... erm...Wallahuallam...
4 comments:
koreksi bro...foto yang Awie posting itu bukanlah foto Sigit..tapi foto anaknya Sigit yang bernama Ari Sigit...ada kesamaan nama antara Bapak (Sigit H) dan his first son (Ari Sigit)...
Please hurry up to change the foto before Suharto's family see your blog...hehehe...just kidding...
Ok bro...thanks..
ini foto itu dari web site indonesia...bukan direka...saya pun tak faham apa maksud kamu...
seronoknya ada kenalan kat sana...bolehlah jd reporter kat sini wakil dr sana...hikhik..dh sarap..
udah saparan mieza...ada la sorang jer...tp nanti coming soon, ada lagi la kawan baru...dari singapore dan filipin
Post a Comment