nUFFNANG

Friday, January 18, 2008

Singgah Sebenter..Jalan2, Cari Makan...PAsar Tani

Amin...selesai solat Jumaat, aku ke pasar tani berhampiran dengan MOF dan MECD, yang terletak di ruang letak kereta. Dibuka setiap hari Jumaat sahaja dari jam 10 pagi hingga 10 malam sahaja. Penganjurnya ialah FAMA dan MECD.
Saja aku nak story kat sini korang tentang apa yg ada di Putrajaya. Maklumla, Putrjaya ni selain dari Alamanda dan pasar basah, ini adalah salah satu tarikan di sini.
Pasar ni dekat dengan ofis aku. So, singgah la kejap beli benda makan dan kerepek untuk di bawa pada esok harinya.

Keropok leko juga ada dijual disini. Sedap, sebab diimport dari Terengganu. Peminat kopok leko, apa lagi, datang ler serbu...hehehe.

Gerai juga ada disediakan bagi sesiapa yg terasa tak tahan lapar dan nak enjoy makan beramai-ramai dengan kengkawan yg berlainan ofis. "Makan la cik abang oi, jgn pedulikan saya...nak masuk blog ni...fofular lagi..hehe"...Suker diorang.
Selain kopok, buah-buahan segar juga dijual. Geram tgk buah pelam nie. Tak leh tahan, aku beli ler setengah kilo. HA,....balun la geng ofis aku...LAyannnn!!

Kraftangan buatan tangan dan kaki (kalau ada)... ahaks!!

Pakaian dan barang perhiasan diri turut dijual.
Sayur-sayuran segar....fresh giler nie....
Ha...ni aku rasa ada yang mencari tapi susah nak jumpa. Rempah ratus buatan sendiri...sapa yg minat memasak, mesti suka rempah nie. Mmg buatan orang kampung dan boleh dikatakan sedap jugak.

Ada jugak yg jual nasi, kuih, kerepek, barang2 kering, kain baju, jam tangan, dan byk lagi lah. Tapi just nak kasi tau, jgn terkejut dengan harganya yer. Anggap ajer la, perkara biasa. Sebab agak mahal dari tempat lain.

Tp kira bersesesuaian la dengan tempat nyer, Putrajaya. hehe...

Kalu dah ke Putrjaya tu, calling2 le yer...leh lepak sama...ok?...

***wachaaa***

7 comments:

Anonymous said...

creative as usual...good job...

awie is the best la...


republik cinta

MOLY said...

sedap pulak tgk pelam tuh ... kopok lekor .. ulam2 pun ada ...

Ziana said...

nih same tmp dgn pasar ramadhan putrajaya tuh ek awie?

Anonymous said...

a good concept for small business tapi jangan la mahal sangat karang x ada sapa nak beli pula...ya x? kalau buat bagi standard sikit kerusi meja and the outlook of the whole concept lagi menarik...tapi harga maintain la juga yer?

maliksutanmuda said...

republik cinta: thnks. u ni rajin membaca, nanti datang malaysia, i bawakkan u ke sini yer. Putrjaya is a nice place to visit.

Lily: byk lagi i tak tunjuk kat sini. Memang berjenis la buah dan sayur. mmg besar...luas..rambang mata dibuatnya.

ziana: a ah. sama tempat. Dimana lagi tempat yg luas, situ jer. tp luas punya pasal, letih jugak la nak jalan. KUrus la ko ziana kalu selalu ke sini, tp naik balik badan sebab makanan byk giler..pilih jer..sedap plak tu.

anony: thnks sbb baca blog i tp bgle nama. hehe. Di alor setar pun ada jugak. Penganjur pun sama. Harga mmg susah nak komen sbb kos transport dan sewa agak mahal. Hrga berpatutan la. Tp sedap, fresh dan puas hati. Tak rugi..cuba lah...

Harganya sesedap rasa jer...Kami di putrjaya dah biasa, so alah bisa aja.

Anonymous said...

awie..why not u zoommmm kat bahagian pakaian n tudung tudung...mesti meriah n menarik kan? memandangkan sekarang nie berjenis jenis tudung ada di jual...mawi lah..dato k lah..macam macam nama depa bagi..hehehe

maliksutanmuda said...

zoom ?...bukan ada untung pun buat gitu.